BAB 6

1.2K 163 17
                                    

" Baik! Saya akan edarkan markah ujian akhir tahun kamu semua! " Lantas Kim saem segera mengedarkan kertas peperiksaan yang sudah ditanda.

Dan hinggalah tiba di Saeyoon.

Sebaik sahaja mendapat kertasnya, segera mata meliar melihat satu persatu markahnya.

Bahasa Korea 25%

English 10%

Matematik 5%

Dan beberapa lagi yang sangat teruk. Saeyoon hanya mengangkat bahu. Malas mahu kisah lagi. Ini memang resultnya sejak dulu.

Memang teruk macam ni.

" Tahniah pada Chaewon! Berjaya dapat markah terbaik kelas dan top 10 dalam batch. " Puji Kim saem. Chaewon hanya tersenyum manis.

Kim saem melihat semua anak muridnya sebelum pandangannya jatuh pada Saeyoon.

Dia bercekak pinggang.

" Bila kamu nak berubah, Ahn Saeyoon? "

Saeyoon tersentak. Segera dia menegakkan badan dan memandang Kim saem dengan rasa gentar.

" Kamu tak ada study buddy? Kawan yang bantu kamu belajar? Sampai bila nak teruk macam ni? " Soalnya lagi bertubi. Dan Saeyoon hanya menunduk.

Dia tahu dia bodoh.

Sebab tulah dia menyuruh adiknya, Sonyoung belajar bersungguh-sungguh. Biarlah dia yang bekerja. Sekurang-kurangnya, adiknya akan bebaskan keluarga daripada belenggu kemiskinan.

" Minggu depan kamu semua dah start cuti akhir tahun selama seminggu. Jadi, kamu semua tahu kan? Naik je sekolah, kamu semua kena pilih aliran. Sama ada aliran sains tulen, atau pun seni. Pilihlah yang terbaik. Jangan berhenti setengah jalan. "

Pesanan Kim saem terngiang ditelinga gadis itu. Memilih aliran? Saeyoon tahu dia sangat bodoh kat sains, namun dia tidak jugak dikurniakan kebolehan dalam seni.

Dengusan kasar terhasil. Dengan senyap-senyap dia mengeluarkan telefonnya lantas chat bersama Jihoon ditekan.

" Kau amik aliran apa? "

Send.

Typing...

Typing...

Typing...

" Entah. "

Saeyoon mendengus. Typing lama, reply tu je ke?

" Baik, para pelajar! Saya sudah menampal keputusan batch kamu di papan informasi kat depan bilik guru. Kamu semua boleh tengok dan fikirkan laluan apa kamu mahu naik cuti ni. " Pesan Kim saem sebelum menapak pergi serentak dengan bunyi loceng rehat.

KRINGGG!!!

Dan dapat dilihat, kesemua rakan sekelas Saeyoon keluar untuk melihat keputusan mereka. Saeyoon menggeleng malas dan melabuhkan kembali kepalanya diatas meja.

Sebelum dia terfikir sesuatu.

Park Jihoon tu pandai ke?

Macam mana kalau level dorang sama?

Bolehlah Saeyoon menganjing. Segera gadis itu bangun dan menapak ke bilik guru. Sebaik sahaja tiba disitu, papan informasi sudah dikerumuni ramai pelajar. Berkat tubuhnya yang agak kurus, Saeyoon berjaya menyelinap sehinggalah dia tiba didepan sekali.

Betul-betul di depan papan informasi.

Namanya dicari dahulu.

123/130.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now