Park Jihoon tetap Park Jihoon.

Annoying!

" Kau pergi baliklah. Aku nak mandi. Aku boleh jaga diri aku. Kau tak payah susah-susah. "

Gelengku. Kakiku diatur ke tangga meninggalkan Jihoon sendirian di sofa. Dalam diam, aku mengeluh.

Aku kena tegas kali ni. Sebab aku sedar yang aku dah jatuh terlalu dalam kat Jihoon.

Sebelum aku tak boleh keluar, baik aku cepat-cepat tepis.

Jihoon ada crush.

Dan bukan aku.

Kalau hasilnya sakit, baik aku mengalah awal-awal.

Sakit dahulu, daripada sakit kemudian.

Untuk kali terakhir, aku mengerling Jihoon yang sedang duduk si sofa sambil menilik telefonnya.

Aku janji akan pergi lepas semua request kau selesai, Ji.

-----------------------------

Selepas sahaja mandi dan menyegarkan diri, aku menapak ke tingkat bawah.

Sunyi.

Tiada suara.

Selepas baca surat Jihoon, aku hanya mengangguk faham.

This weekend aku jaga kau. Uncle aunty dengan adik kau tak ada kat rumah.

Sekarang ni?

Aku dah agak yang Jihoon akan pergi. Siapa lelaki tu untuk stay dengan aku kan? Tak apa, aku boleh jaga diri. Tempoh 2 hari tu kejap je.

Aku menuju ke peti sejuk lantas dibuka. Mataku melilau mencari susu segar yang baru dibelikan oleh aunty. Sebab aku belum lapar, jadi aku hanya mahu isi perut dengan susu je.

Nanti aku dah lapar, aku masak ramyeon.

Dan hidungnya terbau sesuatu.

Ini bau....

" Hai. "

Ya Tuhan.

Ngapain aku diuji sebegini....

" Kenapa kau tak balik lagi? Apa kau buat kat dapur rumah aku ni? HAH?! " jeritku. Jihoon membulatkan mata sebelum tertawa kecil.

" Kau okay tak ni? Air banyak masok telinga ke? " Sengihnya. Aku mendengus dan menjeling kuat.

" Aku serius ni, Ji. "

" Yelah, aku pun serius. Tanya soalan macam aku nak rogol kau! "

" HEYY!! "

" Hah yelah! Memang ah kau suruh aku balik. Tapi aku tak cakap, aku setuju nak balik. And ni amanah uncle kat aku untuk jaga kau. Kalau aku balik, astu jadi apa-apa kat kau, aku kena tanggung! " Bebelnya. Aku mendengus dan menuang rakus susu kedalam cawan tanpa menghiraukannya.

" Aku dah masakkan ramyeon ni. Kau tak nak ke? " Pelawanya. Aku geleng.

Tak nak aku.

Tah-tah makanan dia tak sedap ke. Tak cukup garam ke. Tak cuk-- GRUUUUUU~~~~

ADUH!

PERUT PERUT!

" Aku dengar perut kau bunyi. Nak jual mahal lagi ke? " Usiknya. Aku menjeling dan membawa susu ke hadapan televisyen.

Makin aku duduk dapur, makin lapar aku.

Tubuhku dilabuhkan diatas sofa lantas tangan kanan laju menekan remote. Pelbagai channel ditekan sebelum aku tertarik pada Running Man.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now