" Aku tak pernah simpan dendam. Kau kawan aku, ada dengan aku susah dan senang. Aku takkan marah kau, Yosh. Kau kawan terbaik aku pernah ada. "

" Aku tak berniat jadi macam tu. Tapi korang tahu kan...aku trauma. Cukuplah aku pernah hilang Mahiro dulu. Aku tak nak hilang korang pula. " Keluh Yoshi. Dan tanpa disangka, Jihoon dan Junkyu bertindak memeluk tubuh Yoshi.

" Kau takkan hilang kitorang. "

Mahiro merupakan kawan Yoshi semasa di Jepun dahulu. Sebelum lelaki ini berpindah ke Korea. Namun, Mahiro terkorban dalam nahas jalan raya. Semasa sedang mengejar penerbangan Yoshi.

Kerana itulah Yoshi sangat berjaga-jaga. Dia tidak mahu kehilangan sahabat lagi.

" So, aku dah lama tak datang sekolah ni. Any kemajuan pasal relationship Jihoon dengan Saeyoon? " Sengih Junkyu. Yoshi juga turut tersenyum sama.

Meninggalkan Jihoon tertanya.

" Kemajuan? Apa maksud kau? "

" Eh kau! Nak berpura-pura bodoh pulak. Kau suka Saeyoon kan? " Tebakan Junkyu membuatkan lidah Jihoon kelu.

Pemuda Park ini memilih untuk menunduk tanpa menyambung ayat Junkyu.

" Taklah! Aku dengan Saeyoon tu kawan je. " Geleng Jihoon. Yoshi mengeluh kasar lantas kepala Jihoon ditunjal.

" Kau ni, Ji! Janganlah tsundere sangat! Kalau suka cakap suka! Nak tunggu sampai bila? "

" Betul tu, Jihoon! Jangan sampai jadi macam aku. Saeyoon tu dah baik dah. Dia memahami kau, selalu ada dengan kau susah dan senang melebihi kami. So apa salahnya? " Sokong Junkyu. Dia menggenggam tangannya mengatakan tindakan Jihoon perlu dimajukan lagi.

" Tapi korang tetap kawan susah senang aku! "

" Ya! Tapi Saeyoon tu partner kau. Both bawa makna sama. But partner lebih ada dalam susah dan senang seseorang itu. "

" Siapa kata dia partner aku? "

" Aku yang kata! " Jeling Yoshi. Jihoon yang baru mahu menggeleng tersentak apabila Junkyu memotong katanya.

" Kalau kau tak nak confess kat Saeyoon, aku ambil dia. "

Jihoon berkerut.

Wajah Junkyu dipandang tajam sebelum jari tengah dinaikkan.

" HA TAHU PUN MARAH! KATA TAK SUKA! " Provok Junkyu. Jihoon mendengus dan menolak lidahnya kedalam pipi.

" Aku takutlah. "

" Takut apa pulak. "

" Saeyoon pernah cakap kalau seseorang itu confess, dia akan berhadapan dua kemungkinan je. Stranger or lover. "

" Kalau kes kau, ianya lover. "

" Yakin je kau. "

" Aku yakin 100% Saeyoon tu suka kau juga. Confess cepat lah Park Ji! Jangan jadi bacot. " Marah Junkyu.

--------------------

Jihoon menarik nafas kasar. Dia berkali-kali menepuk dadanya bagi menghilangkan rasa gemuruh. Selepas dirasakan dirinya okay, segera pintu diketuk.

Tok tok!

Terus seisi kelas seni tertumpu pada pemuda Park itu. Namun, hanya senyuman dibalas.

" Pagi, Mrs Goh. " Sapa Jihoon. Guru perempuan itu tersenyum dan mempersilakan Jihoon melangkah masuk.

" Oh Park Jihoon. Pagi. Kenapa? Nak jumpa siapa? "

Dalam diam, Jihoon melirik sudut hadapan kelas yang sedang dia jejaki ini.

Ada Saeyoon dan seorang lelaki sedang berdiri bersama. Sepertinya mereka didenda.

Atas sebab yang Jihoon tidak ketahui.

" Errr.. Mrs Goh. Boleh saya jumpa Ahn Saeyoon? Dia yang mana ya? " Senyum Jihoon. Mrs Goh berkerut dan mengecilkan mata.

" Kenapa kamu nak jumpa Saeyoon? "

" Oh, ini barang dia tertinggal semasa dia kat kelas sains dulu. Jadi, saya nak pulangkan. "

" Kenapa tak pulangkan lepas waktu sekolah je? "

Aduh. Jihoon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Banyak tanya pulak cikgu ni.

Cikgu ke polis ni?

" Saya kena balik awal harini. Ada hal di rumah. Saya harap cikgu memahami. "

Mrs Goh berdehem dan mengangguk.

" Saeyoon kat sudut hujung tu. Kena denda. Dah tahu dia tu pelajar seni, bawaklah set lukisan. Bukannya bawa diri je! Kita nak melukis atas kertas. Kalau bawa diri je, camne nak lukis? Tampal badan kat kertas? " Bebel Mrs Goh. Dia menjeling dua pelajar yang sedang dihukum berdiri itu. 

Dalam diam, Saeyoon mengutuk guru perempuan tua itu.

Dahlah harini hari pertama dia mendaftar kelas seni.

Manalah lengkap lagi barangannya.

Tiba-tiba kena denda.

" Ahn Saeyoon! Ni Park Jihoon nak jumpa awak. " Jerit Mrs Goh. Baru sahaja gadis itu mahu menapak ke luar kelas, dia ditahan kembali oleh Mrs Goh.

" Siapa kata saya benarkan bincang kat luar? Serahkan je barang tu depan mata saya! "

Jihoon mengeluh halus.

Ingatkan dirinya, lepas ni jangan masuk kelas Saeyoon kalau Mrs Goh tengah mengajar!

Jihoon menghampiri gadis itu dengan pantas. Terjengil mata Saeyoon apabila Jihoon berdiri didepan matanya.

" Pahal kau masuk kelas aku time perempuan sihir tu mengajar?! "

" Aku desperate lah, sayang. "

Damn.

Terberhenti jantung Saeyoon seketika. Matanya tidak berkelip beberapa ketika sebelum Jihoon berdehem.

" Nah. Baca kat rumah. "

" Surat apa ni? "

" Baca kat rumah. "

Jihoon menunduk mahu menapak pergi. Dia tersenyum manis pada guru perempuan itu namun dia mendapat kerutan di dahi.

" Bagi surat? Are you guys couple? "

Baru sahaja Jihoon mahu membalas, Saeyoon sudah bersuara.

" Ni surat mendiang Miya untuk saya, saem. "

Dan jelingan tajam dihadiahkan Saeyoon kepada guru itu. Membuatkan Jihoon kagum seketika.

Thats ma girl.



Another 3-4 chapter left, and this story gonna end ♡

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now