Hanya meneruskan perjuangan

"Wait, Zarith! Apa yang kamu nyanyi ni? Kan cikgu dah bagi lirik lagu tadi?!" Cikgu Idah mula membebel kepada Zarith.

'Suara merdu, tapi sayang... kena marah! Haha!' Amyra mengutuk Zarith di dalam hati.

"Amyra! Giliran kamu pula!" Cikgu Idah memanggil nama Amyra pula.

"Nak nyanyi apa ni cikgu?" Amyra kebosanan. Kenapalah dia memilih kelab muzik?

"Haih, kamu berdua ni elok kahwin saja lah! Dua-dua tak dengar arahan! Sudah, Amyra turun dari pentas" Amyra mengherotkan bibir.

Suruh dia menyanyi? Silap besar lah!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Seminggu sekolah di SMK Wira Permai. Amyra sedikit sebanyak mampu menerima sekolah tersebut dengan berlapang dada.

Haha.. ingat dia baik sangat ke?! Silap besar lah! Hari ini, dia cuba ponteng kelas Sejarah Cikgu Botak!

Dia mula menaiki anak tangga sehingga menuju tingkat atas sekolah.

Bukan tingkat atas sahaja, dia kini berada di bumbung sekolah! Amyra terpandang sosok tubuh di hadapannya.

"Haha. Tengoklah sapa yang ada kat sini" Amyra tertawa sinis.

"Apa kau buat kat sini, perempuan?" Zarith kembali memandang langit yang mendung. Malas dia mahu bergaduh dengan Amyra hari ini. Not in the good mood!

Tapi, setiap kali dia kata dia tak ada mood... Pasti mereka bergaduh jua! Entah kenapa dia tidak boleh melihat Amyra menang dengan begitu mudah sekali!

"Saja, tak boleh ke? Bumbung ni ada nama kau saja kah?" Amyra berdiri di sisi Zarith.

"Berani kau ponteng kelas kan? Bukan kau ni pelajar pandai ke?" Zarith mengukirkan senyuman sinis.

"Apa salahnya? Ada susahkan kau ke?" Amyra juga ralit memerhatikan langit yang bakal menurunkan hujan.

"Belum pernah lagi sekolah ni ada pelajar perempuan yang ponteng kelas tau" Zarith berkata tanpa memerhatikan seraut wajah di sisinya.

"So, aku lah yang pertama. Biarlah aku cipta rekod baru untuk sekolah ni! Kenapa, kau risau?" Nada suara Amyra berbaur sarkastik.

"Untuk perempuan macam kau? Haha lambat lagi! Mati sekalipun aku tak akan risaukan kau!" Zarith juga membidas kata-kata Amyra.

"Whatever. Biarkan aku ponteng kelas dengan aman"

Amyra fikir dia akan berasa selesa jika berada di bumbung sekolah, rupa-rupanya dia tersilap!

Macam mana dia boleh terlupa tentang 'naughty boy' yang selalu dimention oleh pelajar-pelajar di Melaka ni?!

"Let me guess, kau ni kurang dapat kasih sayang en?" Amyra menyambung perbicaraan mereka.

"Ha? Perlu ke aku bagitahu kau?" Zarith terus bergerak ke tiang lalu bersandar di situ.

"Well. Kau nampak macam kurang kasih sayang. Kesian kau kan?" Suara Amyra kedengaran sinis.

"Ada susahkan mak ayah kau ke?" Amyra mengetap gigi.

"Mak ayah tak payah main lah! Ada aku kacau atuk kau ke?! Tak kan?!" Amyra mencapai kolar baju Zarith.

"Kau ni, liar kan?" Amyra menolak tubuh Zarith kasar.

Masing-masing mendiamkan diri. Setelah peristiwa Zarith mengaitkan isu ibu bapa, terus Amyra tidak mahu berkata apa-apa.

"Kenapa ponteng kelas cikgu?" Zarith cuba membiarkan suasana menjadi bising.

"Suka hati aku lah!! Kau pun satu kelas dengan aku kan. Kau mesti tahu kenapa aku ponteng kelas Cikgu Botak tu"

Ya, Zarith sangat jelas. Cikgu Botak mengajar dengan penuh lemah lembut. Sebab tu pelajar bosan apabila berada di dalam kelas Sejarah!

Kalau lemah lembut semasa English atau Bahasa Melayu okay lagi! Ini masa Sejarah?! Siapa je tak mengantuk!

Cikgu Botak. Gelaran itu diterima oleh Cikgu Zafri kerana dia botak belakang! Sudah tiga tahun kepalanya botak begitu.

Bila difikirkan kembali, ia sangat-sangat kelakar!! Jangan gelak, okay? Tak baik tau!

"Apa pandangan kau tentang cinta?" Amyra bertanya sambil berpeluk tubuh.

"Love? I don't believe it" Zarith memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Walaupun tiba-tiba sahaja Amyra bertanya tentang perkara itu, dia tetap juga melayan.

Untuk apa cinta? Cinta jugalah yang mengaburkan mata kedua ibu bapanya.

Sudah jelas kawan ibunya terlalu taksub akan ibu Zarith. Tapi mereka masih melayannya dengan baik.

Sekarang, apa jadi? Kedua ibu bapanya telah menghilangkan diri, atau lebih tepat...

menempuh alam kematian.

"Haha. Kau tak percaya kuasa cinta?" Amyra tergelak dengan sinis sekali.

"Dah tu, tak kan aku tak percaya kuasa Tuhan pula" Zarith menggulingkan bebola mata ke atas.

"Biar suatu hari nanti kau akan rapuh disebabkan wanita. Aku janji perkara ni akan berlaku!" Amyra tersenyum lebar.

"Well, kita tengok saja nanti" Zarith hanya beriak selamba. Dia tidak takut langsung dengan budak perempuan di hadapannya.

Zarith mula melangkah ke kawasan tangga. Dia meninggalkan Amyra di situ seorang diri.

"Kita tengok lah, mamat berlagak poyo!" Amyra mengecilkan matanya.

Sampai bila Zarith Haziq
mampu untuk berlagak poyo?

✧ To Be Continued ✧

Ada orang request publish awal.
So, here am I!
Btw, thanks 100+ viewers!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now