" Aku buat apa? "

" Janganlah halang Jihoon dengan Saeyoon. Aku rasa dorang tu suka sama suka. Kita ni siapa nak menghalang. "

" Tak, Miya. Aku kawan Jihoon, aku tahu dia macam mana. Jihoon tu dah stres dengan kematian ayah dia, kes mak dia lagi. And kehadiran Saeyoon tambahkan lagi tau tekanan dia. "

" Aku rasa kehadiran Saeyoon yang warnai hidup dia. "

" Look. Aku nampak Jihoon tu-- "

" Jihoon apa? Jihoon lagi bahagia kan sejak dia kenal Saeyoon? Kejadian Jihoon masuk kelas emosional tu, aku rasa kau tahu kan kenapa? Sebab Saeyoon abaikan dia. Aku rasa kau pun akan jadi macam dia kan kalau aku abaikan kau, Junkyu? "

Dan mulut Junkyu seperti dikatup diam. Tiada apa mahu dibalas. Nafas dihela kasar. Dia memandang Miya yang sudah selesai menghabiskan aiskrim.

" Jom jalan pergi tempat lain. Aku benci kau ungkit pasal orang lain masa kita berdua. "

-------------------

Jihoon mendelik kesal. Dah 3 hari.

3 hari.

3 hari ada jantan tak guna tu yang mendatangi rumah dia. Berjumpa momma. Dan mereka berdua banyak berbual di sofa.

Berdua.

Dan kadangkala dibawa ke bilik.

Jihoon benci pemandangan begini. Jika mendiang appanya masih hidup, mesti appa akan sedih melihat momma begini.

Jihoon kembali menapak ke biliknya. Dia terbaring dan menatap kipas disiling yang ligat berpusing.

Laju.

Selaju kusutan dikepalanya.

" Ada kawan kau report kat cikgu yang kau ni gila sebab boleh nampak hantu. Jadi, cikgu nak panggil kau naik cuti ni. "

" Kawan aku? Siapa? "

" Yoshi. "

Jihoon menghembus nafas kasar. Dia ragu-ragu sebenarnya. Dan dia tersepit. Antara Yoshi dan Saeyoon.

Kedua-duanya dia percaya.

Jadi, dia perlukan masa bertenang.

Jihoon mengambil kunci motosikalnya lantas menapak keluar dengan laju. Tidak dihiraukan langsung mommanya dan seorang lelaki yang sedang duduk di sofa.

Dia benci.

Sebaik sahaja motosikal dihidupkan, dia terus memecut laju ke taman berdekatan Sungai Han. Fikirannya kusut, jadi dengan melihat sungai dan rumput hijau, sekurang-kurangnya, kurang sikitlah beban dikepalanya.

Sebaik sahaja tiba, lelaki Park itu terus menapak ke taman berdekatan. Punggungnya dilabuhkan pada bangku yang disediakan. Nafas dihela berat.

Matanya menilik air di tasik yang bergerak lembut. Tenang. Sekaligus menenangkan hatinya.

Kanak-kanak yang berlari riang juga mengusik hatinya. Dia gembira melihat mereka bergembira di usia begini. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Bergembira lah.

Sebelum menempuh alam dewasa.

" Hahahahah! " Perhatian Jihoon ditarik apabila terdengar gelak tawa seseorang.

Gelak tawa yang amat dikenalinya.

Jihoon berpaling dan pandangan matanya jatuh pada seorang gadis dan seorang lelaki yang sedang duduk berhadapan.

Mereka ketawa dengan riang.

Dan tanpa disedari, mereka telah menyakiti hati Park Jihoon. Menyakiti mata Park Jihoon.

Lelaki itu mendengus. Dia pantas bangkit dan kembali ke motosikalnya.

Hatinya berdenyut kesakitan. Dia benci apa yang baru sahaja dilihatnya.

Dia baru melihat Saeyoon.

Tertawa bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Park Jihoon meraup mukanya kasar. Dia benci dengan perasaan dia sekarang yang jelas sekali sedang cemburu. Untuk apa? Mengapa?

Sebaik sahaja Jihoon sudah menunggang pulang, dia berkerut kehairanan apabila melihat rumahnya sudah kosong.

Mana momma dan lelaki jalang tu?

Jihoon menapak ke arah biliknya sebelum dia terperasankan sesuatu.

Ada orang dibiliknya.

Jihoon mengepal tangannya. Ini yang dia benci.

Orang asing dalam biliknya.

" Korang buat apa dalam bilik aku?! "

Dan momma serta lelaki yang tidak dikenali oleh Jihoon terperanjat besar. Mereka mengurut dada mereka.

" Maaf Jihoon. Momma dengan uncle masuk sebab kitorang nak-- "

" Pergi mampus dengan apa yang korang nak. Sekarang ni aku nak korang berambus daripada bilik aku kalau tak nak tengok aku mengamuk. "

Selepas sahaja dua penyeludup itu menapak keluar, pintu dihempas kuat oleh Jihoon. Dia menjerit kuat.

" ARGHHHHHH!!!! "

Hatinya masih sakit melihat Saeyoon bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Dan sekarang momma beserta lelaki tidak dikenali itu pula membuat hal.

Jihoon menghempaskan badannya diatas katil.

Dia tidak faham.

Apa yang baru dia rasakan tadi? Hatinya terbakar, dia rasa nak mengamuk, dia rasa nak meraung.

Semuanya selepas melihat Saeyoon bersama lelaki itu tadi.

Jihoon pantas menggeleng. Dia menolak lidahnya kedalam pipi.

" Jihoon... "

Tersentak lelaki itu sebelum dia menggulingkan matanya keatas.

" Kau nak apa? "

" Dah 72 jam sejak Jihoon terima request saya. Dan-- "

" Eh kau boleh sabar tak! Aduh kau ni! Aku tengah serabut, kau boleh ajak aku buat request. Jadi hantu tu, cubalah memahami sikit hidup manusia! " Tengking Jihoon. Dan menyentapkan si hantu.

Dengan perlahan, si hantu bergerak perlahan kebelakang. Sehingga dia menghilang.

Tanpa disedari, Jihoon sudah melanggar syarat utama. Syarat yang pernah diingatkan oleh Saeyoon padanya dahulu.

" Weh Maharaja! Dia jadi kelip-kelip! " Jihoon melopong. Saeyoon tersenyum.

" Kelip-kelip. Maksudnya, roh sangat berterima kasih dengan kau. Dia gembira dengan permintaan terakhir dia yang tertunai. " Jelas Saeyoon. Jihoon masih kaku.

" Kalau dia tak gembira? "

" Dia akan jadi abu. Dan terbakar didepan mata kau. "

" Mana kau tah-- "

" Sebab aku pernah hampakan permintaan salah satu roh. Tempoh mereka cuma 72 jam selepas kau setuju mahu membantu. Jika terlebih, mereka akan pergi dalam keadaan permintaan tidak ditunaikan. "

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now