Special Chapter (2)

9.7K 831 515
                                    

Beberapa minggu kemudian.

Ini bermaksud Aathif dan keluarganya sudah pulang semula ke Malaysia. Percutian mereka hanya bertahan 4 hari sahaja kerana mereka terpaksa pulang semula ke Malaysia atas alasan Aathif tidak sihat.

Aathif sakit ke?

Tak.

Cuma...

Uwerkkk!! Uwerkk!!

"Abang.. Abang okay?" Tanya Medina prihatin. Kesian dia melihat suaminya asyik muntah muntah sahaja.

Aathif hanya menggelengkan kepalanya. Dia terus menarik tangan isterinya dan keluar dari bilik air. Katil dituju. Medina disuruh duduk dan terus dia melabuhkan kepalanya di atas peha Medina.

"Abang ada nak apa-apa tak?" Tanya Medina sambil mengusap lembut kepala suaminya.

Sekali lagi Aathif menggelengkan kepalanya.

Guess what?

Ya, Aathif terkena alahan orang mengandung. Mula-mula Medina tergelak apabila mendengar apa yang doktor katakan. Tapi lama kelamaan, kesian pula dia melihat Aathif. Alahannya semua beralih kepada Aathif. Jadi, Medina hanya okay sahaja. Tapi adalah sikit-sikit dia mengidam tu.

"Abang larat nak pergi kerja tak ni?" Tanya Medina.

"Larat tak larat kena pergi kerja juga sayang sebab hari ni abang ada meeting penting" Balas Aathif sambil menyembamkan mukanya di perut bulat Medina.

Dia suka dengan bau Medina. Wangi dan boleh elakkan dia dari muntah-muntah macam tadi.

"Tapi muka abang pucat ni. Kalau pengsan dekat office macam mana?" Tanya Medina lagi.

Aathif memandang isteri.

"Hmm.. kalau sayang temankan abang pergi office harini boleh?" Tanya Aathif.

Medina tersenyum. Dah agak dah. Aathif sekarang mana boleh nak berenggang dengan dia.

"Mestilah boleh. Anything for my husband" Tutur Medina.

Aathif tersengih lalu sambung menyembamkan mukanya di perut bulat Medina.

"Abang tidur kejap eh. Tadi sebelum subuh bangun awal. Takut abang letih pula dekat office nanti" Kata Medina kepada suaminya.

"Hmm sayang temankan lah abang dekat sini" Pinta Aathif pula.

Medina menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

"Okay. Sayang temankan abang. Abang tidur okay" Balas Medina sambil tangannya mengusap-usap rambut Aathif.

Aathif hanya menggumam perlahan. Lama kelamaan matanya kian memberat. Mahunya tak mengantuk. Pukul 3 pagi tadi dia tersedar sebab perutnya memulas-mulas minta keluarkan isi. Selepas selesai solat subuh tadi, sekali lagi dia memuntahkan isi perutnya.

Sedang ralit Medina mengusap rambut Aathif, pintu bilik tidurnya dibuka dari luar.

"Mama! papa!" Seru Aaryan sambil kakinya melangkah ke arah katil papa dan mamanya.

"Shhh sayang. Diam sikit. Papa sleep" Kata Medina sambil menggamit Aaryan datang dekat dengannya.

Aaryan patuh. Dia memanjangkan lehernya memandang ke arah Aathif yang sedang lena di peha Medina.

"Papa sakit ke mama? Kesian papa" Tanya Aaryan sambil meletakkan tangan kecilnya itu di dahi Aathif.

Medina tersenyum.

"Papa cuma tak sihat sikit je sayang. Jangan risau okay?" Balas Medina.

Aaryan menganggukkan kepalanya.

Mrs. Aathif Naufal (EBOOK)Where stories live. Discover now