" Maaf, tadi Saeyoon balik terus lepas habis waktu sekolah sebab-- "

" Sebab aku tak tunggu kat gate? " Sampuk Jihoon.

Saeyoon mendengus kegeraman.

Park Jihoon, boleh tak stop buat jantung aku berdebar?

" Saeyoon dengan Sonyoung pack your things. And kita pindah rumah uncle harini juga, okay? Jangan risau. Kami akan layan korang macam anak kami. " Sengih aunty.

Dan gadis itu tersenyum penuh hiba.

Aunty Cha merupakan adik perempuan mendiang eomma. Dah 15 tahun berkahwin. Dan dia masih tidak dikurniakan sebarang zuriat.

Tetapi, hidupnya sangat mewah. Rumahnya besar, kereta berjenama dan hidupnya dikelilingi harta. Cuma itulah, mereka kurang seri budak-budak.

" Maafkan kami ya sebab lambat ambil korang daripada appa korang. Kami tak boleh tuntut hak penjagaan korang selagi Ahn tu masih ada. "

" Tak apa! Apa yang penting, aunty dah ambil kami! " Sengih Sonyoung. Saeyoon pula mengangguk setuju.

" Err.. maaf uncle aunty. Boleh tak saya nak pinjam Saeyoon jap. " Pintas Jihoon. Dan Saeyoon tergamam.

Anehnya, aunty setuju dan mengangguk.

" Pinjamlah lama mana pun. Dia milik kamu. " Saeyoon membutangkan mata memandang aunty. Dan ibu saudara gadis ini tertawa kecil.

Serentak satu tangan menarik tangan Saeyoon untuk keluar sebentar. Gadis itu hanya mengikut.

" Petang ni ikut aku. "

" Hah? Pergi mana? "

" Request hantu next. Dia teringin nak pergi graduation day dia buat kali terakhir. "

Saeyoon memandang wajah Jihoon, lama. Kata-kata Yoshi berputar hebat di kepala. Dia rasa kali ini dia perlu selfish sebentar.

Dia nak membantu Jihoon.

" Okay. Pukul berapa? "

" 5 petang ni. Kat Dewan Utama tu. Aku dah minta izin uncle aunty kau dulu. And dorang okay. Nanti aku jemput kau kat rumah dorang eh? "

" Ermm.. Jihoon? "

" Ha? "

" Kau tak marah? "

" Untuk apa? "

" Kat bilik perubatan tu. Aku tengking kau, aku suruh kau bl-- "

Kata-kata Saeyoon terhenti apabila Jihoon sedang menekup pipinya. Membutang mata gadis itu.

" Jangan cakap pasal hal ni lagi. Kau buat aku serba salah tahu tak. Aku kan dah janji nak jaga kau. "

----------------------

" Terima kasih, noona, hyung. " Sengih si hantu lantas dengan perlahan, dia bertukar menjadi rama-rama.

Terbang keatas dan menghilang.

Jihoon tersenyum. Satu lagi request dah tertunai. Hatinya senang setiap kali berjaya menyelesaikan permintaan hantu-hantu itu.

Saeyoon disisi hanya memandang dewan yang semakin kosong kerana acara graduation sudah tamat. Roh yang baru sahaja mereka bantu tadi merupakan roh seorang pelajar yang bunuh diri kerana stres belajar.

Tekanan keluarga, tekanan guru menyebabkan pelajar itu membunuh diri dengan cara terjun daripada tingkat 3 sekolah.

Dan permintaan terakhir roh itu cumalah mahu melihat majlis graduasi yang sepatutnya dihadiri olehnya.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now