" Saya pasti puan Hyunmin dah pergi ke tempat yang lebih baik. "

" Dunia terlalu kejam untuk dia. Keluarga saya terlalu kejam untuk dia. Biarlah dia rehat di sana. Saya redha dengan pemergian dia. " Senyum Sangyeon.

Dan serentak air mata mulai memenuhi takungan Jihoon dan Saeyoon. Mereka kaku berdiri menahan sebak.

" Terima kasih sebab menyampaikan. " Sangyeon bangun dan menepuk bahu kedua remaja itu sebelum menapak pergi.

Mata Jihoon mengekori pemergian si suami.

Dia berpaling melihat Hyunmin yang sedang menangis disisinya.

" Siapa yang bunuh kau, Hyunmin? Siapa yang hapuskan kebahagiaan kau dengan suami kau? " Soal Jihoon, lembut. Saeyoon hanya memerhati dengan rasa ingin tahu.

" Aku nak tahu juga. " Celah Saeyoon. Jihoon menjeling.

" Nanti aku translate. Dah kau diam. "

Saeyoon berdecih dan menggulingkan matanya keatas. Bahu Jihoon disenggol marah.

Hyunmin menapak ke bangku yang disediakan dan melabuhkan punggung disitu, diikuti Saeyoon dan Jihoon.

" Perempuan yang korang nampak tadi tu, dia lah eomma Sangyeon. Dan... "

" Dan? "

" Dialah pembunuh aku. "

" Tahniah! Hyunmin dah sah jadi isteri Sangyeon! " Puji Puan Lee dibilik mereka selepas sahaja majlis resepsi tamat.

Sangyeon disisi tersenyum manis.

" Terima kasih, mama. " Senyum sang anak. Dia memeluk tubuh eomma kandungnya itu.

Hyunmin pula terduduk elok diatas katil. Senyuman tak hilang daripada bibir.

" Ni mama buatkan air untuk korang. Minumlah ya. " Pelawa Puan Lee. Namun, baru sahaja Hyunmin mahu mengambil cawan di kiri, tangannya dicepuk lantas dialihkan ke bahagian kanan.

" Air kiri ni air Sangyeon. " Bidas Puan Lee. Hyunmin hanya tersenyum mengalah. Air kopi yang dibuat, dihirup perlahan.

" Sedap air mama. Sangyeon keluar jap ya? Nak ambil gift kat ruang tamu. " Sangyeon meminta diri dan menapak keluar.

Meninggalkan Puan Lee dan Hyunmin berdua.

" Bahagia eh kau? Lepas dah dapat kahwin dengan anak aku, plan kau mesti nak rampas harta dia kan?! " Tengking Puan Lee. Membuatkan Hyunmin tersentak lantas menggeleng laju menidakkan.

" Saya betul-betul sayangkan Sangyeon, ma. "

" Jangan panggil aku mama! Aku jijik. " Tubuh Hyunmin ditolak sehingga tersebam tubuhnya kebelakang.

Saat itu, dia merasakan sesuatu menjalar ditubuhnya. Seperti sesuatu yang tajam. Menyiat setiap organ dalamannya. Hyunmin memegang dadanya yang mulai memanas.

Dia rasa sesak nafas.

Nafasnya menderu laju sebelum...

BUARGHH!

Mulutnya mengeluarkan darah pekat. Membasahi baju pengantin yang masih tersarung.

" Mati kau! Mati! Aku dah kata jangan mengada nak dengan Sangyeon! Tapi kau degil. Ini balasan kau! " Puan Lee menampar wajah menantunya lantas menapak pantas meninggalkan bilik.

Dan apabila Sangyeon kembali, matanya hanya sempat melihat sekujur tubuh isteri yang berdarah tidak bernyawa.

" JOM GEGARKAN RUMAH DIA BALIK! " marah Saeyoon. Dia mengepal tangan kemarahan.

Sementara itu, Jihoon masih termangu.

" Terima kasih sebab bantu. Korang memang baik. Terima kasih Park Jihoon, Ahn Saeyoon. "

Dan Hyunmin terbang menjadi kelip-kelip lalu menghilang dibalik awan.

-------------------

Selepas membantu Jihoon, Saeyoon kembali ke rumahnya.

Rumahnya yang bagaikan neraka.

" Dah balik? Kau cepat masak! Aku dah lapar! " Dan sebaik sahaja menapak masuk, dia menadah telinga mendengar makian sang ayah.

" Barang dapur dah habis, ayah. " geleng Saeyoon.

PANGG!

Pijar pipinya menerima tamparan. Terteleng kepalanya ketepi. Dapat dirasakan bibirnya berdarah kerana tamparan itu.

" ASAL KAU TAK BELI?! DUIT KAU MANA?! KAU BUAT JOLI DENGAN JANTAN?! " teriak sang ayah yang masih dibawah pengaruh alkohol. Saeyoon menahan rasa geramnya dan terus menapak pergi tidak menghiraukan sang ayah.

" HEYYY! " terus si ayah laju mengejar lantas menarik rambut si anak. Mengaduh kesakitan Saeyoon. Meringis giginya menahan kesakitan.

" DAH BERANI KURANG AJAR YA?! "

PANGG!

Satu lagi tamparan hinggap di pipi Saeyoon. Kali ini, bibir Saeyoon luka di kedua-dua belah. Jika gadis lain, mungkin air mata sudah memenuhi pipi.

Namun gadis ini tidak.

Kerana dia sudah lali.

" PAGI TADI AYAH DAH AMBIL DUIT SAEYOON KAN! MANA ADA LAGI DAH SEKARANG! " tengking sang anak. Namun, si bapak masih agresif memukul.

Tangan, kaki, pipi, semuanya dipukul kuat.

" Ayah! Jangan pukul akak lagi! " Celah seseorang lantas tubuh Saeyoon ditarik kuat.

Itulah adiknya, Ahn Sonyoung.

" Jangan sibuklah, bodoh! " Maki si bapak dan tangannya masih cuba memukul Saeyoon.

Sonyoung mengepal tangannya kuat.

"KALAU AYAH TAK NAK STOP, ADIK CALL POLIS! "

Dan suasana senyap.

Si ayah melepaskan tubuh Saeyoon. Dia mendengus kuat dan terus menapak keluar rumah. Pintu dihempaskan sekuat mungkin.

Sonyoung melihat tubuh si akak. Bengkak sana dan sini. Bibir si akak juga berdarah teruk.

" Jom adik ubatkan. "

" Tak payah lah dik. Kau pergilah sambung belajar. "

" Nak ubatkan kejap je! "

" AKAK KATA TAK PAYAH, TAK PAYAHLAH! " tengking Saeyoon.

Meninggalkan Sonyoung tergamam.

Saeyoon terus menapak kebiliknya lantas pintu dikunci. Dengan perlahan, tubuhnya melorot jatuh. Dia termenung memandang sudut biliknya.

Tangannya menyentuh perlahan bengkak di bibirnya. Berkerut dahinya menahan kesakitan.

" Kau pergi mana tadi sampai pipi kau lebam? "

Saeyoon tertawa apabila teringatkan pertanyaan Jihoon pagi tadi.

Lebam itu dia dapat semasa dia sedang membelikan Jihoon makanan. Dia terserempak dengan ayahnya dikedai yang sama. Kerana bergelut dengan duit dipegangan Saeyoon, sang ayah menumbuk kuat wajah anak.

Meninggalkan lebam biru.

Hidup dengan ayah yang pemabuk dan adik yang masih bersekolah membuatkan dia sangat tabah menghadap cabaran hidup.

Hatinya dah keras.

Batinnya dah lama tiada.

Dipukul, ditendang, dimaki, ditengking.

Semuanya Saeyoon sudah lali.

Tiada siapa yang pernah ambil berat.

Yang pernah kisah.

Tetapi Park Jihoon... Lelaki ini.

Istimewa.

Mi Àngel // Jihoon ✓Where stories live. Discover now