"Baik kau diam sebelum Angah naik ke bilik korang dua?!" amaran kecil diberikan pada adik kembarnya. Dari tadi asyik menjawab. Sakit pulak hati dia dengan dua ketul langau tu.

Mencicit lari Hayra dan Hayze dibuatnya. Terasa gerun pulak dengan ugutan abang kedua mereka. Lagi pun jangan dibuat main dengan lelaki itu. Mereka sendiri tidak boleh jangka dengan Hayzack walaupun sudah bertahun lama membesar bersama-sama.

"Apa awak ni. Ugut mereka berdua macam tu" kepala Hana tergeleng kecil. Sesekali mata Hana melirik memandang sekeliling. Cantik betul taman bunga Puan Sri Arlina.

Tiba-tiba sepasang mata Hana terhenti pada satu bunga yang diminati. Sejak bila bunga tu ada. Kenapa selama ni dia tak perasan? Mana tak perasan sebab harini baru hari pertama dia jejak kakinya ke taman belakang.

"Kau minat bunga tu ke babygirl?" soal Hayzack. Bukan dia tidak perasan pandangan Hana yang memusat ke taman bunga milik Bondanya.

"Haah saya minat dengan bunga ros kuning tu sebab kata orang bunga tu melambangkan kegembiraan. Jadi setiap kali saya dalam keadaan sedih saya akan pandang bunga tu dan perlahan-lahan rasa sedih saya tu akan lupa" cerita Hana sambil tersenyum manis.

"Macam mana kau boleh minat bunga tu. Tell me?"

"Nanti jelah saya cerita. Lagipun kejap lagi dah nak masuk waktu zohor and kita kejap lagi nak gerak pergi rumah baru kita right. Yang hal ni bila-bila masa saya boleh cerita dekat awak" ujar Hana.

"Yelah kau berhutang dengan aku jangan buat lupa-lupa pulak nanti" selesai berkata Hayzack terus meninggalkan susuk tubuh Hana berseorangan.

Bibir Hana tersenyum hambar. Kalau awak dengar cerita saya pasti awak sendiri akan jatuh simpati dengan nasib yang menimpa saya dulu hati Hana berbisik sedih.


 Kalau awak dengar cerita saya pasti awak sendiri akan jatuh simpati dengan nasib yang menimpa saya dulu hati Hana berbisik sedih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




SALLY menarik nafas sebelum dia mula mengetuk pintu bilik VVIP di kelab malam itu. Apabila masih tidak mendengar sahutan dari dalam sekali lagi dia mengetuk pintu bilik itu. Namun , kali ini sedikit kuat berbanding tadi.

Beberapa minit menunggu barulah terjengul tubuh sasa seorang lelaki di hadapannya. Lelaki itu menyilang tangan sambil menyandar pada sandaran pintu di tepi.

"Malik mana?" tanya Sally tanpa berbasi lagi. Kadang-kala kepalanya akan menjenguk ke belakang lelaki itu. Mencari susuk tubuh orang yang mahu dia berjumpa.

"Kau nak buat apa cari Malik" sinis lelaki itu bersuara. Badan Sally yang seksi tersarung dress sendat ditatap tidak lepas. Lelaki biasalah kalau ada rezeki depan mata memang sah-sah takkan lepaskan peluang untuk pandang!

"Yang kau sibuk pahal? Bagi jelah tahu aku kat mana dia" kasar suara Sally membalas. Jelingan tajam diberikan pada lelaki itu yang sedang tergelak sinis. Fikir kelakar lah tu?

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now