" Aku nak pergi toilet kejap. " Pinta Jihoon dan menerima anggukan kedua sahabatnya.

Selepas sahaja Jihoon berlalu, tubuh Junkyu teruk ditarik oleh Yoshi.

" Kau percaya ke cakap Jihoon? "

Junkyu tergamam. Dia memandang kiri dan kanannya lantas membisikkan sesuatu di telinga Yoshi.

" Tak. Aku rasa Jihoon stres. Ayah dia baru meninggal weh. Mak dia pula kerja macam tu. Tak apalah, kita layan jelah. "

" Betul. Macam mana pun, Jihoon tetap kawan kita. Kesian dia. Muda lagi dah ada gangguan mental. " Geleng Yoshi. Junkyu juga turut bersetuju. Mereka kembali menikmati hidangan mereka.

--------------------

Jihoon menapak ke tandas. Baru sahaja dia mahu membelok, lengan bajunya ditarik kuat ke koridor.

" Ehh apani! " Kaget Jihoon. Dia menepis kasar tangan yang menariknya.

" Ahhh! " Jerit seseorang. Jihoon kaget. Dia kaku melihat figura didepannya.

Seorang gadis yang berbalut anduh dilengan kirinya.

Dia sedang mengusap tangannya yang baru ditepis oleh Jihoon.

" Eh maaf! Kenapa kau tarik aku?! " Marah Jihoon. Gadis itu dipandang tajam.

" Kau Park Jihoon kan? "

" Haah. Mana kau tah-- "

" Kau boleh nampak hantu kan? "

Jihoon terdiam.

Telus dia memandang wajah gadis dihadapannya.

" Apa kau merepek ni? "

Gadis itu tersenyum sinis sebelum lutut Jihoon ditendang kuat. Terduduk lelaki itu menahan sakit. Gadis itu dengan pantas menarik dagu Jihoon bagi memandangnya.

" Aku Ahn Saeyoon. Dan aku sama macam kau. Boleh nampak dorang. "

Mata Jihoon membulat.

" Dulu, ada seorang gadis yang tolong kami. Tapi cuma 4 orang sahaja yang lepas. "

" Kau ke yang tolong 4 hantu sebelum ni? " Duga Jihoon. Dan gadis itu menolak lidah kedalam pipinya.

" Yes aku. "

" Dan kau dah hilang kebolehan tu? Kenapa? "

Gadis itu mengusap pipi Jihoon sebelum ditampar kasar.

" Auchhh! " Aduh Jihoon. Dia mendengus lantas tangan gadis itu dicengkam kuat. Matanya tajam memandang wajah si gadis.

" Kau ingat kau ni siapa main tampar ke muka aku?! "

" Kau punca aku jadi macam ni! " Teriak Saeyoon.

Jihoon berkerut. Tangan gadis itu dilepaskan.

" Aku? "

" Kau kemalangan kan before this. Kemalangan di jalan raya yang mengakibatkan kecederaan orang awam dan kematian ayah kau. " Tajam Saeyoon membalas.

Meninggalkan Jihoon termangu.

Dia terduduk dan kepalanya diraup kasar.

Mereka senyap.

Tidak bersuara.

Lama.

" Macam mana kebolehan kau boleh hilang? And mana kau tahu aku boleh nampak hantu? " Soal Jihoon memecah kesunyian. Saeyoon mengeluh.

" Aku dah tak dapat nampak dorang lepas aku sedar daripada rawatan. Dan aku dapat tahu ayah kau yang langgar aku. Jadi, aku siasat. Aku discharged awal daripada kau, jadi aku datang hospital hari-hari untuk siasat pasal kau. " Saeyoon memandang wajah Jihoon. Mereka bertentang mata sebelum pandangan Saeyoon dilarikan.

Mi Àngel // Jihoon ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ