6:30 am

Ali pov

Pagi Isnin

Suasana yang sangat nyaman dan segar untuk memulakan hidup dengan penuh bersemangat

Lebih-lebih lagi aku sendiri adalah pemilik rumah Cafe kecil keluarga aku yang agak terkenal di kawasan cyber raya

Agak sibuk jika fikirkan walaupun hari bekerja belum bermula

"aiman, bangun" aku tepuk beberapa kali bahu adik bongsu aku, aiman sampai dia sedar dan selepas beberapa minit akhirnya dia bangun

"sekarang arghh pukul berapa along?" dia tanya aku sambil menguap

Aku tersenyum sikit melihat rupa dia yang agak buruk selepas bangun tidur

"pukul 6, cepat bangun solat lepas tu pergi sekolah"

Dia mengangguk mamai dan bangun dari katil kemudian mengambil tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi

Aku tersenyum sendiri kemudian aku menukar pakaian dan turun ke bawah(cafe) bagi berjumpa dengan adik perempuan aku, alisa

"selamat pagi " aku menyambut dia dan berjalan ke arah dia untuk melihat makanan apa yang dia masak untuk sarapan

"selamat pagi along" dia balas aku tanpa memandang aku kerana dia sibuk menumpukan perhatian dia dekat makanan yang dia masak

"alisa masak apa?" aku tanya dia kemudian aku mengambil cawan di sebelah singki untuk membuat kopi

"waffle dan sandwich untuk bekal aiman" kata dia dengan lembut

"oh" aku membalas dia sambil mengangguk dan kembali menumpukan perhatian aku kepada kopi yang aku nak bancuh

Skip

"along!!!angah!!! Aiman dah siap" aku dengar suara aiman dan dia berlari ke arah kami dengan gembira kemudian dia memeluk aku dan alisa dengan erat

Aku dan alisa tersenyum dan membalas pelukan dia dengan erat juga

"selamat pagi angah" kata aiman dengan gembira

"selamat pagi, ha dah pergi duduk makan sarapan" alisa mengarahkan aiman untuk pergi makan dan Aiman akur dengan arahan itu

"baik angah" balas aiman kemudian dia duduk di meja dan makan waffle madu yang berada di dalam pinggan yang disediakan oleh alisa

"along pun pergi makan" alisa memandang aku dan menyuruh aku pergi makan juga dan aku akur dengan arahan dia sebab aku pun perlu mengisi perut sebab kejap lagi aku nak hantar aiman pergi sekolah

Skip
6:50 am

"jaga diri, along pergi hantar aiman kejap je" aku berkata kepada alisa dan dia menganguk faham kemudian dia menyerahkan bekal makanan yang dia sediakan olehnya kepada aiman

"ni bekal, jangan lupa makan" kata alisa dengan tone yang agak garang sedikit sebab dia tahu aiman mesti lupa nak makan sebab budak ni sibuk belajar dekat perpustakaan je waktu rehat

etherealजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें