Bab 2

4.3K 124 3
                                    

Bab 2

"Hazreel. Ui, Hazreel!" panggil rakanya di depan meja dia. Hazreel yang tadi termenung kini sedar.

"Fikir apa sampai jauh termenung. Tembus dinding tu." Sempat lagi terselit jenaka untuk menghiburkan hati Si Hazreel ni. Nasib teman baiknya, Airil selalu di sisinya.

"Ha, takda papelah. Penat sikit je. Dengan tulisan budak-budak ni, pening aku nak membacanya," adu aku pada dia. Macam-macam tulisan yang dijumpai dalam buku budak-budak ni.

"HAHAHAHA, biasalah. Kita pun pernah lalui, itu salah satu tugas kita tau," ucap Airil memberikan kata-kata semangat padanya.

"Iye aku tahu. Aku tak cakap pun aku tak nak kerja ni. Tapi bersyukurlah ada kerja dari tak ada kerja langsung." Rakannya Si Airil hanya mengangguk setuju.

"Eh, sembang-sembang jugak. Kau ada kelas kan pukul 9.30 ni sampai 10.30." Airil mengingatkan diri aku. Terus aku cek jadual aku. Ya, aku ada kelas dengan kelas 5 Permata.

"Haahlah. Baru ingat nak rehat kejap. Thanks bro, aku gerak dulu!" Cepat-cepat aku kemas barang-barang aku dan terus ke kelas.

........

"Selamat sejahtera cikgu," ucap ketua kelas samb diiringi dengan pelajar lain.

"Selamat sejahtera semua, boleh duduk..." Aku meletakkan barang-barang aku di atas meja dan terus duduk.

"Seperti yang semua dah maklum yang cikgu Hasmizah cuti bersalin. Jadi saya gantikan kelas awak sementara waktu. Saya pun pertama kali masuk ke kelas awak semua ni, jadi kalau ada apa-apa nak tanya, silakan tanya," tutur Hazreel perlahan pada pelajarnya. Suara dia yang serak-serak basah itu mungkin ada yang menarik perhatian pelajar perempuan mahupun lelaki.

Lembut saja pertuturannya. Ini kalau dapat jadi pasangan mau cair dengar suara dia hari-hari. Suara je dah handsome, apa lagi nak kata tentang wajahnya. Hmm, semuanya sempurna.

"Cikgu dah kahwin?" Pertanyaan mengejut dari seorang budak perempuan di kelasnya membuatkan dia tersedak.

"Huk! Huk! Amboi soalan dia.... Hahahah, terus tanya dah kahwin ke belum ye," ujar Hazreel pada dia. Satu kelas tertawa dengan respon yang Hazreel berikan.

"Belum, saya belum berkahwin," tutur Hazreel dengan senyuman sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.

"Macam-macam la korang ni. Saya nak ambil kedatangan sebelum lupa, macam biasa bila saya panggil jawap ya?"

"Baik!" Satu per satu nama mereka dipanggil sehingga terhenti pada satu nama.

"Hazfan!" Diam tiada seorang pun yang jawap.

"Hazfan? Hazfan ada tak?" Ujar aku pada mereka. Mereka mengeleng-ngelengkan kepala.

"Hazfan Mikael tak ada? Dia memang selalu tak datang ke macam mana? Sebab semalam dengan kelmarin pun tak datang ni." Aku teliti semula nama tu. Dalam seminggu dua ke tiga kali je dia datang. Hari yang lain semua tak hadir.

"Siapa rapat dengan dia?"

"Kami!" Ada dua orang budak mengangkat tangan.

"Ha, kenapa dia tak datang eh? Sebelum tu apa nama kamu berdua tadi?"

"Saya Rizwan, dia ni Eimir. Kadang dia tak datang sebab sakit cikgu...," jawap Rizwan.

"Sakit?"

"Haah, itu yang selalu dia cakap." Jawap dia lagi supaya nampak alasan itu boleh diterima. Aku cuma mengangguk faham. Dan teruskan kerja aku seperti biasa.

Habis sahaja kelas, aku terus keluar. Haih~ penatnya lepas ni nak rehat. Sebelum tu singgah bilik guru kejap hantar barang-barang ni. Tiba-tiba nama aku dipanggil.

Jatuh Cinta dengan Cikgu [BxB]Where stories live. Discover now