HEROIN
🌼Ira Safiya
HERO
🌼 Lutfan Deniz
Prolog
Terlihat seorang gadis berlari anak mendapatkan Mak dan Ayahnya berada diruang tamu.Laju saja kakinya mendaki anak tangga .
" Makk ! Ayah " jerit gadis itu dengan senyuman yang tidak berhenti menguntum senyuman yang manis.
Encik Irsyad dan isterinya mengeleng kepala dengan sikap anak bongsunya berteriak seperti tarzan sahaja.
" Apa kamu ni Ira menjerit jerit.Anak dara apa lah kamu ni pening mak ".Bebel Puan Humaira.
Ira Safiya tersengih menampakkan sebaris gigi putihnya.
" Hehe Ira sebenarnyakan Ayah Mak Ira nak tunjuk sesuatu ni " Terpancar sinar kegembiraan diwajahnya.
Encik Irsyah mengerut keningnya yang sudah berkedut memang.Bukan main happy nampak anak bongsunya ni.
" Ha apa dia " tanya Puan Humaira sambil menyambung melipat kain didepan TV yang tergendala oleh jeritan anak perawannya.
" Nah mak, ayah " Ira Safiya menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat.
Encik Irsyad terlebih dahulu mengambil ditangan anak comelnya itu.
" Apa dalam sampul ni nak " Soal Encik Irsyad seraya membuka balut sampul itu.
" Ayah buka ja lah conform happy punya " yakin Ira Safiya.
Mak dan Ayah Ira Safiya membaca surat itu dengan tekun .Ira safiya duduk bersila didepan Maknya dengan matanya bulat melihat reaksi Mak dan Ayahnya.
Namun raut wajah Encik Irsyad membuatkan Ira safiya tertanya.
" Hm Ayah tak suka kah ?" Tanya Ira Safiya.
" nak jauhnya kamu kerja di Kuala lumpur" luah Encik Irsyad .Tersenyum kelat Ira Safiya.
" Alaa ayah nanti Ira balik jugalah .Nanti dekat sana Ira jaga diri.Lagipun kawan Ira pun ikut dengan Ira." Ujar Ira safiya dengan mata bulat berkelip kelip.Tunjuk comellah tu walhal memang comel pun.Ehek.
Puan Humaira mengetuk kepala Ira safiya " Pandailah kamu jaga diri, dekat sini pun macam budak bawa umur masak lagilah tak pandai. " Jeling Puan Humaira .
Jika dibandingkan dengan Hawa , Hawa lagi pandai menjaga diri , sopan lagi itu bukan macam anak bongsunya sorang ni manja lepastu degil .Kutuk anak nampak?.
Ira mencebik mulutnya " Eh mak ni nanti Ira belajarlah dengan Hawa lepastu anak mak comel ni jadi pandailah " Sempat lagi memuji diri sendiri.
Hawa? Nur Hawa kawan rapat Ira Safiya .Dia juga mendapat tawaran bekerja di LD Sdn.Brhd.Bukan main happy lagi kitaorang bila dapat kerja yang sama .Maklumlah dari kecik sampai membesar kitaorang memang rapat.
" Bila kamu kesana ni ? Abah dan Umi Hawa setuju juga? " tanya Puan Humaira .Dia risau membenarkan anaknya ke luar negeri.
" Iyalah Mak.Ibu Hawa setuju juga sebab Abang Hairul kan kerja dekat sana juga cuma lain tempat je." Jawab Ira Safiya.
" Ayah macam mana setuju juga ? " sambung Ira .Takut pula kalau Ayah dan Maknya tidak setuju .Walhal Ira safiya tidak pernah berjauhan dengan keluarganya.
" Iya Ayah setuju.Nanti dekat sana jangan lupa diri pula .Jangan lupa solat .Ira tu ubah perangai sikit jangan macam budak budak " bebel Encik Irsyad .Bukan apa perangai anak perempuannya bukan kaleng kaleng dengan suka melawan cakap lagi .
" Iya insyallah ."
VOCÊ ESTÁ LENDO
My sweetheart babygirl
RomancePerjalanan seorang gadis molek pergi ke luar kota mencari rezeki setelah mendapat tawaran bekerja disebuah syarikat LD sdn.berhad. Namun hidup dinegeri orang tanpa saudara bukan senang setelah gadis itu ' menempah maut ' hanya kerana mulut gadis com...
