__________

Dari jauh sudah kelihatan sang suami segak berbaju biru gelap dikenakan pula dengan seluar slack bewarna hitam. Thaqif sedang ralit berborak dengan Syaqil dan ada senyuman terukir dibibir lelaki itu buat Safa yang memandang dari jauh turut tersenyum.

"Jom Safa." Melihat Indah yang siap menyarung selipar, Safa mengangguk kepala dan beriringan dengan wanita itu menuju ke arah si suami.

Makin dekat langkahnya ke arah Thaqif makin jantung berdetak laju. Entah kenapa malam ini suaminya kelihatan berganda kacak, walau sebelumnya sudah kacak tapi malam ini lebih dari sebelumnya.

Safa gigit bibir dengan fikiran sendiri. Kalau Thaqif tahu dia fikir macam tu, hampir kembang semangkuk lah hidung laki dia tu.

"Papa!" Jeritan Hanna disebelah buat Safa tersentak dan serentak itu juga Thaqif dan Syaqil berpaling.

Senyuman Thaqif melebar memandang ke arah isterinya. Lihat Safa manis bertelekung solat begitu buat dia tak sabar mahu menarik isterinya merapat.

"Hanna..." Syaqil suami kesayangan Indah mendepa tangan buat si kecil Hanna berlari masuk dalam dakapan papanya.

"Kan papa dah cakap jangan lari. Nanti jatuh." Omel si ayah sambil mendukung lantas mengucup dahi anaknya.

"Papa buat tangan macam tu, papa suruh Hanna larikan?" jawab Hanna tenang.

"Yela yela."

"Hai." Thaqif senyum menyapa isterinya.

"Hai.." Sengihan Safa terbentuk lantas merangkul tangan suaminya.

"Okaylah, terima kasih atas jemputan malam ni. Kami balik dulu ya Syaqil, Indah." Thaqif meminta diri memandang pasangan suami isteri itu.

"Okay. Ada masa datanglah rumah. Boleh kita buat makan-makan." Indah sentuh lengan Safa.

"Boleh ke?"

"Tak payah lah, kita pergi rumah dia orang." Syaqil mencelah buat Indah menjenggil mata memandang suaminya.

"Boleh juga Indah, datang rumah kami pun boleh ajar Safa buat cupcakes tu." Thaqif membalas sopan.

"Tak apa, rumah kita sebelah-sebelah je. Kalau Safa nak apa-apa panggil je akak ya." Indah sentuh tangan Safa buat wanita kelu memandang jauh kedalam mata wanita itu. Adakah orang-orang ini ikhlas? Tak sama seperti mereka yang sebelumnya?

"Oh ya Thaqif, kalau fikir-fikir." Syaqil guna sebelah tangan mencelup masuk ke poket seluar dan sebelah lagi mendukung Hanna. Telefon bimbit dikeluarkan buat Thaqif dan Safa terkebil-kebil.

"Kau sesuai juga kalau aku jadikan AJK masjid." Syaqil sengih tak bersalah dan Thaqif pula tergamam.

"Awak ni! Habis semua orang awak nak jadikan AJK masjid!" Indah mencelah.

"Betul tu, aku baru harini datang masjid, takkan kau nak jadikan aku AJK masjid dah." balas Thaqif dengan senyum hambar. Safa pula diam mengemam bibir menahan tawa dengan respon suaminya.

"Aku memang suka jadikan orang baru nak taubat macam kau ni AJK masjid." Tak bertapis lagikan beriak Syaqil membalas buat Thaqif hela nafas berat.

Tempat SempurnaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin