Penat

28 4 11
                                    

Haih.... aku berasa sangat penat...setiap yang aku lakukan pasti salah... aku pun tak tahu kenapa. Kalau ada cuti selama seminggu....pun aku tidak dapat merasakan yang aku sedang cuti... biasalah anak pertama.... sentiasa aturkan segalanya...

Ramai yang rasa aku ni orang terlalu gembira tanpa ada masalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ramai yang rasa aku ni orang terlalu gembira tanpa ada masalah. Mungkin aku kelihatan manja. Sebab semua yang aku nak aku dapat. Tapi apa yang sebenarnya yang aku nakkan tu hasil usaha aku sendiri. Tahun ni aku rasakan tahun yang membosankan. Sekolah buka bukan ada benda yang menyeronokan. Sebab aku berpisah dengan bestie aku. Mereka 6 orang je yang buat aku happy. Ni takde mereka aku mula rindu. Aku nak je pergi jumpa pengetua untuk samakan kelas kami. Tapi aku berpikir yang aku ni siapa hendak melakukan perkara seperti tu. Aku merindukan 2018 dan 2020 sebab waktu tu aku memang happy.

Aku dapat rasakan yang tahun ni aku berasa sunyi dan rasa sangat sedih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku dapat rasakan yang tahun ni aku berasa sunyi dan rasa sangat sedih. Entahlah kenapa😌. Lagipun aku tertekan dengan kerja sekolah yang ada. Otak aku rasa macam lag je bila cikgu try terangkan tentang kerja sekolah. Paling teruk tahun ni adalh, time aku masuk kelas online, ambik kehadiran pastu siap kerja sekolah tapi apa yang terkeluar kat kehadiran atau whatspp ibu bapa....aku dicop tidak pernah hadir kelas. Aku rasa macam aku ni takde makna kalau aku masuk kelas atau tak. Haih...

Aku cuba untuk menjadi tenang dan tak nangis time malam tapi itu sangat sukar bagi aku. Aku overthinking waktu malam. Banyak yang aku pikir, sekejap pasal kerja sekolah, keluar, kawan dan orang yang takde kaitan dengan aku.

Aku selalu je cakap yang aku okey kat sapa² tapi aku nak je luahkan apa yang aku rasakan. Tapi tulah takkan ada siapa faham. Ayat pun lintang pukang. Aku rasakan tekanan aku makin menjadi-jadi. Cikgu kaunseling? Boleh je luahkan kat mereka sebenarnya tapi aku lebih memilih untuk memendam sebab aku pernah luahkan apa yang aku rasa kat orang dewasa but mereka pergi ceritakan kat orang lain. Semenjak tu aku tak suka meluah yang aku sedang sedih ke,gembira ke,marah atau lain-lain.

Tak lama lagi exam. Aku mula risau walaupun aku selalu hadir.... tapi aku rasakan aku tetap akan gagal.... walaupun aku ulangkaji sampai lewat malam. Tahun lepas aku ulangkaji sampai lewat malam. Lepas aku gagal subject Matematik dan Bahasa English....semua kertas ulang kaji aku tu aku buang kat tong sampah....sebab aku rasakan yang setiap kali aku berusaha aku akan gagal, walaupun aku cuba tapi ada cikgu mate aku ni dia laki dia pernah cakap Dulu saya pun gagal....pt3...cikgu rasa yang cikgu nak menyerah tapi disebabkan cikgu nak berjaya cikgu berusaha sebab cikgu tahu bukan senang mencari kerja bila aku dengar tu aku rasakan yang aku tak bolehlah berputus asa...sebab kegagalan itulah yang membuatkan aku kuat...sebab aku dulu waktu sekolah rendah dlam tahun 2 pernah gagal tapi disebabkan kegagalan aku time tu aku nekad nak perjuangkan walaupun time tahun 2 tu aku belajar bersungguh² aku tetap gagal....dan aku berusaha sampai tahun 3 aku mula lulus Bahasa English. Cikgu tu bagi semangat kat dan buat aku teringat waktu sekolah rendah aku.

Lagipun cikgu tu jenis sporting... tahun lepas aku ngan member² aku selalu je balik sesama ngan dia time Rabu Khamis borak² gituw.... aku kat sekolah bila ada 6 kawan aku bukan main rajin aku menulis, membantu, masuk bilik guru(sebab aku ketua kelas tahun lepas) dan lain² tapi haritukan kita ada sekolah selama 2 minggu....dahlah member² aku takde sorang pun yang sama kelas ngan aku....serius aku rasa lonely....sampai sekarang aku tak pernah tahu siapa nama peljar kat kelas aku....aku langsung tak kenal mereka....haih...dahlah kat kelas aku macm batu je....cikgu pun takde macam tahun lepas....

Kalau cikgu bm aku ni dia paling banyak cerita...ada kisah seram,ada kisah cinta dia, ada kisah sedih dan kisah yang lain²....cikgu bm aku ni...dia bukan sekadar bercerita tapi dia suka memberi makan...macam buah rambutan dan nanas....pergh...manis² dari hasil tanaman dia sendiri...pastu...dia ni nampk je garang tapi dia ni lah orang yang baik..... Kalau cikgu bi(english) ni dia seorang cikgu perempuan....dia dah tua...tapi dia still nampak cute tau tak...rambut dia tu lawa....hoho...cikgu ni dia agak pelik tapi dia nilah buat aku terhibur cam cikgu² tadi....cikgu ni jenis yang susah nak bercakap dalam bahasa melayu...tapi dia pergh baik....dia lah yang backup aku time form1 dulu...sebab aku gaduh...hehe dia ni...jenis yang suka bergurau....dia macam member aku gak...sebab tu kalau dia bergurau aku memang akan gelak...dialah cikgu bi aku...pft...

Tetibe je cakap pasal cikgu aku pun risau....ingatkan nak ceritakan tentang diri....tapi takpe last² cikgu Sn(sains) dia ni guru kelas aku....dia orangnya lembut baik dan penyabar....cikgu ni setiap kali aku ngan member aku hantar kehadiran dia pasti akan terkejut disebabkan aku....yelah aku selu je wujud dari belakang tanpa ada bunyi....hoho dia ni kalau marah...agak garang...hehe...ha tu je argh...

Haih aku pun tak tahu nak cakpkan tentang apa....sebab aku rasakan yang aku macam nak je balik ke masa lalu....kalau ada doraemon dah lama aku guna mesin masa....tapi aku percaya yang Tuhan selalu memberikan jalan yang tepat...

Aku terbayang nak je aku gitahu yang aku nak suh cikgu buat lawatan or melancong kalau semua penyakit ni dah takde....kau bayangkan kat suatu tempat kau minat...pergi bersama dengan kawan² kau pergh...happy weh...ngan family pun best gak....haih...aku tak tahu nak ceritakan apa lagi....dahalh tido sana ya sayang(Haih single pun nak bersayang sayangan gak?takpe aku ni memang pemilih sebab tu single.....)

GOODNIGHT🥰
SWEETDREAM💞
TAKE CARE😝
AND GOD BLESS YOU ALL🙏

Kisah Tentang Diriku Yang MembosankanWhere stories live. Discover now