Linda berjalan tak tentu arah, dia bingung dan takut sewa rumah sudah tertunggak 2 bulan. Dia di maklumkan sudah hamil 3 minggu. Lelaki bernama Dani merangkap kekasih hatinya telah melarikan diri setelah menipunya.
Dani meragut mahkota keperawanan Linda dan berjaya melarikan wang simpanan Linda berjumlah RM25,000.
Linda keluar dari rumah sewanya dan berjalan kaki menuju ke taman. Dia menangis semahunya. Biarlah kalau orang melihatnya sebegini. Dia berasa terlalu sedih.
Tiba tiba guruh sabung meyabung. Orang yang berada di situ segera pulang. Ada yang menutup kepala mereka dengan buku dan ada juga yang menyediakan payung yang mereka bawa sendiri.
Linda keseorangan di bawah hujan yang lebat. Dia terus menangis sambil berjalan. Tanpa sedar, dia berjalan ke sebuah lorong yang agak gelap. Hanya ditemani satu lampu jalan yang agak malap.
Linda sedaya upaya cuba untuk berhenti menangis. Tersedu sedu dia dibuatnya. Matanya melilau melihat keadaan lorong tersebut.
Suram. Hanya jalan yang dibasahi air hujan.
Hanya dia seorang sahaja di situ. Tiba tiba sehelai kertas jatuh bersebelahan kakinya. Dia mengambil kertas itu dan mulai membaca.
Selamat datang!
Anda ingin membalas dendam?
Hubungi kami : 951-757-2062
Dengan satu panggilan SAHAJA!
Masalah anda akan pihak kami akan selesaikan dengan cara yang anda inginkan!
JIKA GAGAL, NYAWA ANDA MILIK KAMI!
Linda melipat lalu menyimpan kertas itu di dalam poket seluar jeansnya.
_______________________________________
Selepas mandi, Linda baring di atas katil yang bersaiz queen. Biliknya berbau harum dengan bauan lavender.
Dia teringat akan janji janji manis Dani. Mereka bertemu buat kali pertama di sebuah universiti yang ternama. Mereka juga sering meluangkan masa bersama di sebuah pusat membeli belah yang ternama.
Dan beberapa hari selepas Linda dan Dani terlanjur, tidak sangka itu kali terakhir dia berjumpa dengan Dani. Pada waktu tersebut, lelaki itu hanya buat endah tak endah sahaja.
Lelaki itu juga enggan bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan pada dirinya. Malah telah mempunyai pasangan yang baru.
Linda bangun dari tempat pembaringannya. Dia teringat akan sesuatu.
"Kertas tadi !" Jerit hati kecilnya.
Linda segera bangun dan menuju ke bakul baju kotornya untuk mencari kertas tersebut. Dia menyeluk poket seluar jeansnya.
Matanya membesar seraya menjumpai kertas tersebut. Dia terus keluar dari bilik tidurnya lalu menuju ke meja kecil di ruang tamu.
Inilah masa yang di tunggu tunggu!
Dia segera mendail nombor telefon yang tertulis di atas kertas tersebut.
Entah mengapa hatinya berdebar debar. Seperti ada sesuatu yang berkata bahawa tindakannya itu tidak benar.
Ahh.
Itu hanyalah mainan perasaannya sahaja.
"Hello Sybile di sini ! Boleh saya tahu siapa yang berada di hujung talian?"
Kedengaran suara gadis yang lemah lembut.
"Err, nama saya Linda," Linda tergagap menjawab panggilan itu.
Entah kenapa dia merasakan aura yang lain.
YOU ARE READING
Sorcière Maléfique : Volume I
Teen FictionSELAMAT DATANG! Anda ingin membalas dendam? Hubungi kami : 951-757-2062 Dengan satu panggilan SAHAJA! Masalah anda akan pihak kami selesaikan dengan cara yang anda inginkan! JIKA GAGAL , NYAWA ANDA MILIK KAMI!
