"Terima kasih atas nasihat awak. Maaf, mungkin saya terlepas pandang hal ni. Tak apalah kalau macam tu saya letak telefon dulu." Butang digital berwarna merah ditekan. Talian di antara dia dan Malik serta merta tamat. Telefon disimpan kembali di dalam poket seluar.

.

.

PERMAISURI Arya Khadijah duduk di atas kerusi. Suasana di dewan diraja diperhati lama sebelum pandangan matanya jatuh memandang rakan baiknya iaitu Permaisuri Aishah Qhairina.

"Cantik." Sepatah perkataan yang meluncur keluar daripada mulut Permaisuri Arya Khadijah membuatkan Permaisuri Aishah Qharina tersenyum sambil mengangguk.

"Tak sabarnya rasa nak tengok Aisera dengan Malik kahwin. Lagi berapa hari saja lagi, kita nak jadi ahli keluarga." tambah Permaisuri Arya Khadijah pula.

"Bonda." Permaisuri Arya Khadijah mendongak memandang Mariam.

"Apa?"

"Abang panggil bonda. Tapi tak tahulah sebab apa." ujar Mariam. Permaisuri Arya Khadijah mengangguk dan berlalu pergi dari situ. Mariam duduk di tempat bondanya.

"Mariam sekarang ni tengah buat apa? Ke Mariam ada rancang nak sambung belajar lagi?" soal Permaisuri Aishah Qhairina terlebih dahulu. Mariam cuma menggeleng perlahan.

"Tak kut Auntie, lagipun sekarang ni Mariam ingat nak spend time dengan bonda dan ayahanda je. Sebab dulukan Mariam duduk dekat luar negara jadi masa dengan keluarga tu kuranglah sikit. Auntie pula? Mesti seronok kan dah nak dapat menantu." Mariam tertawa kecil di hujung ayat, begitu juga dengan Permaisuri Aishah Qharina yang turut tertawa.

  Sementara itu di sisi lain pula, Permaisuri Arya Khadijah sudah mula naik angin dengan sikap anak terunanya seorang ini, Malik. Ingatkan panggil dia ada nak minta ubah apa-apa rupanya nak cakap yang dia terpaksa patah balik ke Alwaritzi sebab ada hal sedikit.

"Kamu tu dah nak kahwin tau, Malik. Boleh tak kali ni saja kamu letak tepi sekejap kerja kamu tu? Kamu tak kesian ke dekat, Aisera?" Nada Permaisuri Arya Khadijah mula tegas. Malik cuma diam sambil menggeleng perlahan.

"Maaf bonda, tapi Malik terpaksa juga balik Alwaritzi sekejap. Jangan risaulah bonda, esok Malik terus datang Emerald balik. Bonda janganlah risau."

"Malik, kamu ni boleh tak berhenti fikir fasal kerja? Eh, kamu tak sedar eh yang kamu tu dah nak kahwin. Lagi satu ini bukan soal bonda risau ke tidak, tapi kamu faham tak adab? Apa bonda dan ayahanda tak pernah ajar kamu untuk beradab ke? Even dalam Islam pun adab adalah satu perkara yang penting bagi setiap individu."

  Malik cuma diam sambil mendengar bebelan yang keluar dari mulut bondanya. Apa yang bondanya katakan sebentar tadi, ada betulnya juga. Dah kalau kita datang tempat orang, orang sambut meriah bagai tiba-tiba nak kena balik. Tak ke tidak beradap? Tapi masalahnya sekarang ini, kerja yang dia kena selesaikan tu perkara yang penting.

"Bonda janganlah risau, nanti Malik datang ke Emerald dengan secepat mungkin. Boleh?"

  Permaisuri Arya Khadijah cuma mengangguk sahaja. Matanya naik menjeling tajam anak terunanya seorang ini.

"Jangan malukan Bonda dengan Ayahanda. Habis sahaja kerja, datang sini terus."

.

.

SUASANA di antara Raja Arshan Imtiyaz dan Tun Muhammad Iskandar mulai tegang. Raja dengan pendiriannya manakala Tun pula teguh dengan pendiriannya. Tun Muhammad Iskandar mengangkat mukanya memandang Raja Arshan Imtiyaz yang duduk di hadapannya.

"Saya bukan apa, saya tak yakin yang Aisera boleh menjadi pengganti kepada Tuanku. Kalau perkara kecil seperti patuh kepada adat pun dia tak boleh nak ikut macam mana dia nak memimpin negara?" Tun Muhammad Iskandar masih lagi teguh dengan pendiriannya yang dia tak yakin akan kebolehan Aisera untuk memerintah negara.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now