"Bila nak patah balik tu tiba-tiba adalah seorang lelaki ni tahan saya. Dia tarik beg tangan saya. Saya pun tunggu apa lagi, pegang kuat-kuat beg tangan. Lepas tu entah macam mana, saya sendiri pun tak sedar lelaki tu bawa pisau dan tikam saya."

Anna tersentak.

"Habis tu, kalau Tengku kena tikam siapa yang bawa Tengku pergi hospital? Teruk sangat ke keadaan Tengku waktu tu?"

Aisera menggeleng perlahan.

"Tapi dia tak tikam saya pun sebab waktu tu Tengku Malik muncul seperti superhero. Last-last pisau tu terkena dekat tangan Tengku Malik. Sebab tu bila Permaisuri dengan Raja nak jodohkan saya dengan Tengku Malik saya okay saja. Cuma mula-mula tu terkejut sikit." terang Aisera dan bangun dari duduknya. Anna juga turut bangun dan membuntuti langkah Aisera.

"Tengku nak pergi mana?"

"Saya nak keluar sekejap."

"Eh Tengku! Permaisuri tak bagi Tengku keluar! Tak boleh Tengku. Kalau Permaisuri tahu Tengku keluar ni mati saya." tutur Anna sambil berlari dan menghalang langkah Aisera. Aisera melepaskan nafas berat. Niqab dibuka.

"Habis tu satu hari ni saya kena duduk dalam biliklah?"

"Ya, Tengku."

.

.

MALIK membetulkan sedikit baju yang tersarung di tubuhnya. Darian di sebelah cuma diam memerhati sahaja. Lagipun, dia ditugaskan oleh Permaisuri Arya Khadijah untuk membawa Malik ke Istana Emerald memandangkan mereka yang lain berangkat ke Istana Emerald terlebih dahulu.

"Jom." Malik dan Darian melangkah keluar dari bilik hotel, sudah hampir 3 hari keluarga diraja Alwaritzi menginap hotel di Emerald. Yang pastinya terdapat satu tingkat khas untuk keluarga dan kerabat diraja di hotel yang mereka menginap itu. Mereka berdua masuk ke dalam lif.

"Tengku ada nak singgah mana-mana dulu ke?" soal Darian lalu beralih memandang Malik. Malik menggeleng.

"Tak ada. Kita terus pergi ke Istana sahaja." arah Malik. Darian mengangguk.

  Buka sahaja pintu lif, terdapat beberapa orang pengawal peribadi yang mengiringi Malik. Malik dan Darian masuk ke dalam kereta yang sudah diparkir di hadapan perkarangan utama hotel. Mata-mata yang memandang langsung dia tak kisah, malah ada juga para wartawan yang mengambil gambar Malik. Malik dan Darian masuk ke dalam kereta, Darian memulakan pemanduan sambik diiringi beberapa buah motorsikal dan juga kereta.

  Sepanjang perjalanan ke Istana Emerald, Malik melemparkan pandangan ke luar. Suasana di Emerald tidak ubah seperti di Alwaritzi. Cuma berbeza negara dan sejarah sahaja. Malik membawa keluar telefon dari poket seluarnya. Mujurlah hari ini dia tak perlu berpakaian rasmi, jadi Malik memilih untuk mengenakan kemeja polo hitam dan juga seluar berwarna hitam. Aplikasi WhatsApps dibuka, nombor Aisera ditekan.

Me:
Assalamualaikum bakal isteri.

Malik simpan senyum. Tak boleh senyum lama-lama nanti Darian nampak.

Aisera Qafiyya:

Waalaikumussalam. Ada apa tiba-tiba mesej?

Me:

Saja mesej. Salah ke? Ke awak tengah nervous?

Aisera mencebik sedikit. Tak ada masa dia nervous, gelabah bagai. Dia bosan lagi adalah.

Aisera Qafiyya:

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now