38♡

920 170 73
                                    


Jisung menarik nafas dalam didepan pintu bilik hospital ni sebelum mengetuk pintu tersebut.

Tubuh Naura yang terbaring lemah dipandang sayu. Dia tak tau macam mana nak cakap benda ni. Berat sangat bagi dia apatahlagi Naura. Dia duduk dikerusi sebelah katil Naura.

"Assalamualaikum." Dia memberi salam dan Naura menoleh memandang dia.

"Waalaikumsalam."

Naura cuba untuk bangun dari pembaringannya. Jisung juga turut membantu Naura dengan memegang bahunya untuk menampung badan Naura yang masih lemah.

Jisung memberikan sebaris senyuman kepada Naura. "Okay?"

Naura diam seketika sebelum mengangguk berkali-kali. Jisung juga mengangguk faham tetapi perkara itu tidak membuatkan dia berlapang dada apabila dia sedar yang Naura masih lagi tidak mengetahui sesuatu.

"Naura."

Naura memandang tangan Jisung yang cuba menaut tangan dia.

"Awak keguguran."

Membulat mata Naura tatkala mendengar apa yang dikatakan Jisung tadi. Jadi masa dia rasa sakit sangat tu sebab dia mengandung ke? Sungguh dia tak menyangkakan perkara itu berlaku. Memang dia ada sedar perubahan postur tubuh dia yang agak lebih kembang dari sebelumnya tapi dia ingatkan kerana dia makan terlampau banyak masa kenduri Jaemin hari tu.

"Tiga minggu, Tiga minggu Allah pinjamkan dia untuk menetap dalam rahim awak." Jisung menggenggam lebih erat tangan Naura apabila sedar yang Naura sudah menangis.

"Sorry, Saya mintak maaf sangat-sangat Jisung."

Jisung menggeleng laju. Ye, dia juga turut berasa sedih dengan berita yang mengejut kan ni tapi nak buat bagaimana lagi kalau Allah dah kata kun faya kun.

"Mesti awak sedih kan? Anak awak dah tak ada. Isteri pun dah hodoh."

Naura memegang plaster besar yang tertampal dimukanya. Dia ada dengar sebelum dia betul-betul terlena tadi yang parut dia mungkin akan ambil masa bertahun untuk hilang akibat luka yang dalam.

"Kenapa cakap macam tu? Awak cantik sayang, Cantik sangat."

Naura hanya mencebik.

"Pasal anak. Its okay, atleast dia boleh tunggu kita kat syurga sayang. No worries okay." Jisung mengusap lembut rambut Naura.

"Awak tak kisah ke kalau muka saya macam ni?" Naura menunjukkan kearah mukanya.

"Tak, tak lansung. Kan kita dah janji yang kita akan melalui liku hidup sama-sama sampai ke syurga. Tak kisah la liku hidup tu seteruk mana pun. Saya akan tetap dekat sini dengan awak. Awak pun sama, kena sentiasa ada dengan saya sampai syurga. Janji?" Dia menghalakan jarinya untuk Naura menyambungkan pinky promisenya.

Naura menangguk sambil menyambung pinky promise tersebut. Air mata, jangan dicakap mengalir tak berhenti-henti dari tadi.

Dia bersyukur sangat-sangat dapat suami macam Jisung. Walaupun perangai tak nak dengar cakap orang dulu tapi dia baik, baik sangat sampai Naura tak tau macam mana nak balas jasa dia.

Jisung menarik badan munggil Naura kedalam pelukan dia. Belakang badan Naura diusapnya berkali-kali.

"Jangan tinggalkan saya Naura. Saya perlukan awak untuk penuhkan setiap saat hidup saya. Biar orang lain pergi tapi jangan awak."

Naura dipelukannya teresak-esak menangis sambil mengangguk. Dia tak tau sepenuhnya tentang hidup suaminya lagi tapi dia tau yang Jisung dah lalui bermacam-macam liku hidup yang berat sejak kecil.

Dan dia sekarang perlu menjadi pengubat luka lama yang Jisung lalui. Dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia tak akan tinggalkan Jisung kecuali maut yang menghalang dirinya untuk berbuat sedemikian.

"Kita lalui semua ni sama-sama ye sayang." Kali ni, Naura pula mengusap belakang Jisung yang sekarang turut sama teresak dengan dia.

To be countinue.

Dah nak final btw sorry pendek. Bubye.


𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now