Biasalah, mereka berdua dulu sekepala namun tidak lagi sekarang.

Jiwoo memandang sekeliling untuk mencari kelibat Seonghwa.

Jika dia perlu berlakon, Seonghwa tidak boleh berada di sini.

Mujur, Seonghwa tiada berdekatan.

"Kau yang rugi kalau tak percaya." Jiwoo mendail nombor 'Hwaseong'. Telefonnya berdering.

Trutt truttt

Seonghwa berada di tandas, secara tiba-tibanya telefon dia berdering.

Dia memandang skrin, menunjukkan nama Karina. Ooops belum tukar lagi sebab kena scam semalam.

Seonghwa mengangkat panggilan.

"Hello?"

"Hwaseong? Ini Cha Jiwoo." 

Seonghwa menaikkan keningnya, nasib dia tengah pergi ke tandas waktu Jiwoo baru sampai tadi. 

Mendengar nama Hwaseong berbanding Seonghwa-ssi, dengan serta merta Seonghwa tahu apa yang dia perlu lakukan.

"Put me on speaker."

Jiwoo menekan butang dengan simbol pembesar suara itu lalu menunjukkan skrinnya kepada semua orang, terutamanya Somi.

Somi masih menyilangkan tangannya. Dia membaca nama Hwaseong.

"Ah Jiwoo! Last night I had so much fun, shall we go again someday? "  Suara Seonghwa bergema ke seluruh pejabat, entah kenapa mereka semua membulatkan mata, terkejut beruk dengan Jiwoo yang sentiasa kelihatan seperti tidak mempunyai harapan dengan lelaki dapat meluangkan masa semalaman bersama.

Jiwoo menaikkan bucu bibirnya.

Somi melopong, wajahnya kelihatan seperti begitu terkejut dan tidak percaya.

Cha Jiwoo? Cha Jiwoo ini? Cha Jiwoo yang dia kenal tak akan dekatkan diri pun dengan kaum jantan.

Seonghwa ketawa kecil dan tersenyum mereng, boleh membayangkan wajah mereka semua di pejabat itu "Let's stop by at that hotel we saw last night for real next time hmm?"  Seonghwa berkata dengan nakal.

Damn, I don't think I am capable of writing this.

 Ayat yang Seonghwa lontarkan dari sebelah hujung didengari oleh mereka semua di pejabat, Jiwoo tadi yang kebanggaan kembang hidung sebab dia berjaya dengan dare ini terus jatuh senyumannya. Dia membulatkan mata.

Hotel? HOTEL?!

 Muka Jiwoo bertukar merah, dia nampak gelabah kerana semua orang mendengar sesuatu yang agak kontroversial.

Semua orang di sini juga seperti boleh terkeluar biji mata, manakala Hanna hanya memberikan senyuman yang penuh makna

Jiwoo segera menarik tangannya dan menunduk ke bawah ke arah skrin telefonnya dan menekan butang speaker itu berkali-kali, namun jarinya asyik tergelincir somehow.

"Uhhh..." Jiwoo menggumam, dia menoleh ke tepi dan banyak mata memandang dia, ada yang menoleh ke arah lain lalu bersiul, ada yang mengetap bibir menahan ketawa.

Jiwoo mendekatkan mikrofon telefon samsengnya ke bibir.

"No." ringkas dia menjawab lalu mematikan panggilan.


________


Jiwoo menang dare tersebut, namun mereka semua tahu yang Somi akan tetap lakukan perkara yang sama walaupun kalah.

Jiwoo segera ke luar pejabat untuk menenangkan diri, namun dia terserempak dengan Seonghwa di korridor.

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz