🌼🌼🌼🌼
"asal member kita ni, berangan je dia, dia je berangan. tak cukup ke angan kau tu dari sekolah" tegur Zayn.
"ye la. Wei, sakit kot murai ni. Dah ekor dia habis tercabut sebelum ni, mesti sekarang ekor baru nak tumbuh. Itu pasal mulut tu senyap je" balas Hayden dengan muka kurang bersalah.
"ish korang ni. Orang tengah angau pun nak kacau. Biar lah Ian tu, dah korang nak sebok je kenapa" Bidas Chen pula.
"cerita la Ian. Walaupun kita ni jantan gagah perkasa, nak juga ada tea kan" sambung Fyn pula.
Aku hanya tersenyum senget. Terimbau kembali kenangan masa kecil-kecil dahulu. Dan budak tu tak pernah nak lepas dari memori kisah silam aku.
"aku masih tak boleh la move on dari Aurorra..." Ian berhenti kerana Reyaz yang tiba-tiba menyampuk. Entah dari mana kemunculannya pun aku tak tahu.
"kan dah angau. Tapi asal kau kaitkan dia dengan masa silam kau?" tanya Reyaz Yang baru sahaja melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk itu.
"kau boleh diam tak?..." serentak mereka berkata kepada Reyaz.
"cakap sikit pun tak boleh" rajuk Reyaz.
"yelah aku cerita. Jangan nak kecoh" Ian bersuara untuk meredahkan suasana yang agak kekoh disebabkan Reyaz.
9 yeras ago
"aku nak main dengan korang boleh tak?" budak berambut pendek itu tiba-tiba menyapa aku dan sepupu ku yang lain.
"disebabkan kita tak cukup seorang untuk lengkapkan team ni, so awak boleh join kitorang punya group" kata aku kepada budak tersebut.
Senyumannya yang manis itu terpahat kemas dalam otak ku. Walaupun masa ini aku berusia sepuluh tahun.
"lembik la kau ni. Aku nak kita menang!! boleh tak kau duduk dekat sini dan jangan bagi bola tu lepas dari kau, macam tu baru kita menang" kata sepupuku Ryu dengan nada marah.
"kalau bola tu tak lepas dari aku, dan team ni menang. Aku nak kau tunaikan satu permintaan aku. Boleh?" katanya sambil mengerdipkan matanya yang bulat.
"dua pun aku tak ada hal lah. Tapi kalau sampai kita kalah, aku pula nak kau tunaikan permintaan aku. Boleh?" soal Ryu penuh yakin.
"boleh, tapi jangan sampai nak mungkir janji pula" balasnya sambil menuju kearah gelanggang semula.
Awan hitam yang sudah tidak sabar memuntahkan isinya itu tidak kami hiraukan.
"shoot...shoot" teriak budak tersebut.
Belum sempat aku menjaringkan bola tersebut.
Setitik demi setitik hujan mula turun membasahi bumi. Keadaan mula kucar kacir apabila masing-masing mencari tempat berteduh.
Aku dan Ryu masih didalam gelanggan bersama seorang dari pihak lawan. Aku menjaringkan bola tersebut menyebabkan aku memandang Ryu dengan pandangan penuh pengharapan agar dia akan menunaikan janjinya kepada budak itu.
Setelah team kami menang aku , Ryu dan Seorang pihak lawan berlari mencari tempat berteduh pula.
Aku berlari kearah sebuah pondok usang untuk berteduh.
"so siapa menang tadi, kau shoot ke tak bola tu?" soal budak itu dari arah dalam, menyebabkan aku terkejut dan segera bergerak kearahnya.
"eh, kau tak apa-apa ke ni. Kenapa tak lari masa hujan turun tadi. Kan da basah" katanya dengan mata tajam mencerlung kearah ku.
Aku hanya diam dan tersenyum kearahnya. Budak itu perlahan-lahan mendekati aku dan terus membuka hoody yang dipakainya. Entah dari mana dantangnya hoody itu aku pun tak tahu. Seingat kau tadi elok ja budak ni dengan baju lengan pendek berwara kuning cair. Tiba-tiba dia dengan hoody nya itu. Pelik.
"buka baju tu dan pakai ni. Tak bau la walaupun aku berpeluh main tadi." katanya lembut.
"terima kasih" jawap ku pendek.
Aku membuka baju ku dan segera menyarungkan hoody budak tersebut ketubuhku. Dia hanya melemparkan tersenyum Kecil kearahku.
"lagi..." tanya mereka serentak.
Aku terkejut dengan reaksi mereka dan terus ketawa ku meletus.
"habis, itu je..." jawap ku pendek.
Pappp...
Belakangku seperti terkupas kulit setelah mendapat tamparan hebat dari Zayn.
"padan muka, gantung ah cerita kau. Ibarat kau baru mula baca buku komik lepas tu pertengahan cerita hilang... Tak best ah" keluh Chen pula.
"wait... Kenapa masa kau budak aku tak jumpa dengan kau. Kalau aku jumpa mesti kau jadi bawahan aku sekarang..." Hayden yang dari tadi membelek telephonenya pula bersuara.
"kenapa pula?" soal Reyaz bagi pihak aku.
"kalau aku jumpa kau masa tu, aku humbah kepala kau guna bola tu. Lagi sedap. Yang kau tak tanya nama budak tu kenapa, lepas tu baru sekarang kau nak cakap yang Aurorra tu macam kau kenal?" jawap Reyaz dengan selamba.
"ah ha la. Pintar la Reyaz ni?" sokong Fyn pula.
"masa budak-budak ada tak korang tanya nama budak ni apa, dah kitorang main sampai nak lupa tanya nama. Masa budak-budak ni aku tak pula pilih dengan siapa aku nak main. Asalkan ada kawan nak main jadilah. Korang pula, ada tak masa kecil dulu kau tanya siapa nama kau, masa dah seronok nak main?" tanya Ian pula.
Mereka semua mengeleng kepala. Betul juga. Bila dah lebih sekali main dengan orang asing baru teringat nak tanya nama dan umur. Macam nak isi biodata dalam diari pula. Haih.
"kenapa kau rasa budak tu Aurorra pul?" soal Zayn pula.
Aku mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluar sekolah aku. Dan menayangkan kepada mereka sulaman kecil di sisi sapu tangan tersebut.
" A.Ray. Tapi ni tak boleh la kau cakap milik Aurorra. Masa tu kau tahu tak jantina budak tu. Kan kau kata rambut dia pendek?"
"eyahla. Kan Hayden. Aku sekepalah dengan Hayden kali ni." Chen pula turut bersetuju dengan Hayden.
"nanti la aku cari tau dengan cara aku sendiri. Dah jom balik, nanti tak habis-habis orang rumah aku naik hantu" kata Ian sambil ketawa besar.
"macam la dia dah kawin nak cakap orang rumah, kau jangan eh nak mengadah. Girl friend pun kau tak ada dari form one. Kau dengar tak?" sahut Fyn dengan suara lantang mengharap Ian yang sudah memboloskan diri dari tempat lepak mereka dengar.
"aku tak akan kata itu kau kalau aku tak percaya pada diri aku sendiri la" bisik hati Ian sambil memakai helmet dan terus memecut menggunakan motosikalnya.
DU LIEST GERADE
IT'S ALWAYS YOU
JugendliteraturApabila seorang introvert bertemu dengan seorang ambivert yang bukan hanya memporak peranda hidupnya, malah dirinya dijadikan batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu yang amat diperlukannya. "eh kau bukan main lagi gelak sakan dengan mamat tu, tapi...
