9

283 64 1
                                    

Musim bunga telah tiba, bermaksud pesta akan diadakan di bandar. Semua orang sibuk berbual tentang tema pesta tahun ini dan dengan siapa mereka mahu pergi.

Jake memerhatikan rakan-rakan sekelasnya yang lain yang sedang rancak berborak tentang hal tersebut. Dia kemudiannya memandang Mia di sebelah yang sedang sibuk menconteng buku nota.

"Mia, jom pergi pesta musim bunga hujung minggu ni. Nak tak?" Jake menongkat dagu memandang Mia yang terlalu fokus.

"Pesta apa tu?" memandangkan dia tak selalu keluar, dia tak tahu ada pesta sebegini.

"Biasanya orang akan bawak pasangan atau kawan pergi sana. Nanti ada banyak makanan. Pertunjukan pun ada. Kalau awak nak, saya beli tiket untuk kita berdua." mata Jake bersinar-sinar menunggu jawapan Mia.

"Aku okey je. Lagipun bosan duduk kat rumah tu. Tapi kau kena doakan abang-abang aku kasi aku keluar." matanya masih lagi tertancap pada buku nota.

Jake mengeluh. Abang-abang Mia yang overprotective tu pula satu hal. Lagi-lagi Taehyung. Tengok muka dia saja dah menyeramkan. Meremang bulu roma. Jake menggeleng untuk membuang fikirannya jauh.

"Takpelah nanti aku merengek. Mesti diorang kasi punya."

─── · 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"No." krim malam diletakkan pada muka sambil memandang adiknya di pantulan cermin.

"Alah kenapa-"

"No is no. Bahaya tahu tak? Dahlah ramai orang, kalau Mia hilang nanti macam mana? Jake tu nak tanggung ke?" bekas-bekas produk kosmetik yang tersusun di hadapannya ditutup satu persatu sebelum meletakkan semuanya di tempat asal.

"Alah takdenye hilang. Mia kan dah besar." kedua-dua tangannya menekup pipi sendiri. Fikir dia buat macam tu, Taehyung nak cair ke?

"Weh Tae, ni aku- eh apa Mia buat kat bilik kau ni? Tak pernah pun dia masuk bilik kau. Ni siap baring lagi atas katil." Youngjo yang baru datang ke bilik Taehyung terus mematikan niat untuk bertanya soalan setelah melihat Mia di situ.

"Adik kau ni hah merengek nak pergi pesta musim bunga tu. Kau tanyalah dia sendiri." alat kawalan jauh dicapai untuk mencari berita terkini pada hari ini di televisyen.

"Jo, pleaseeeeee. Kasi lah Mia keluar. Mia tak pernah pergi mana-mana pesta macam ni. Jake kata nak belanja Mia tiket. Kesian dia nanti. Mia dah janji." dia mengharapkan lampu hijau daripada abang keduanya pula.

"Aku okey je. Taehyung ni?" dia bersandar di pintu sambil melihat Taehyung yang berkerut tengok dokumentari ibu gajah melahirkan anak. Tak ada berita hangat, dia beralih tengok Nat Geo Wild pula.

"Yow apa ramai-ramai ni?" Sunoo yang baru muncul bersama semangkuk aiskrim mint choco di tangan bertanya. Sesekali dia menyuap ke dalam mulut sambil melihat muka Youngjo dan Taehyung bersilih ganti.

"Ddeonu~ Mia nak pergi pesta. Boleh lah pleaseeeee." Mia menggunakan panggilan manja Sunoo yang sebenarnya dia amat benci. Geli je panggil abang sendiri macam tu-

"Oh pesta hujung minggu ni tu ke? Aku pun pergi dengan kawan aku kot nanti. Ha jomlah saing."

"Ish tapi Mia nak pergi dengan orang lain." bibir mula memuncung.

"Uish mesti Jake kan. Hagak dah."

"Ha eloklah tu. Mia pergi dengan Sunoo nanti. Kalau nak sangat, angkut sekali Jake tu naik driver kita." mata Taehyung tak berganjak dari kaca tv. Asyik betul dia tengok anak gajah tu.

[C] 𝐒𝐎𝐅𝐓 || 𝐉𝐀𝐊𝐄Donde viven las historias. Descúbrelo ahora