"Mana boleh macam tu Aisera. Jadi pemimpin bukannya senang. Macam mana kamu nak jaga 34 Juta rakyat kalau kamu sendiri pun tak yakin dengan keputusan kamu? Kamu ingat benda ni main-main? Jadi perdana menteri bukan satu benda yang mudah. Kalau kamu tak nak jadi perdana menteri, tolak. Jangan disebabkan kamu tak yakin dengan kekuatan kamu untuk memerintah negara, habis rakyat semua terabai." Nada Raja Arshan Imtiyaz mula dingin. Aisera diam.

  Dalam sistem pemerintahan Emerald dan Alwaritzi, siapa sahaja yang menjadi Raja serta merta akan menjadi Perdana Menteri. Disebabkan itu jugalah sesiapa sahaja yang ingin naik takhta sebagai Raja dan menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri perlu berpengalaman dan yakin dengan kekuatan mereka untuk memerintah negara dalam masa yang akan datang.

  Dan disebabkan itu jugalah mereka yang bakal mewarisi takhta akan dididik sejak kecil untuk menjadi seorang pemimpin. Kuat pegangan agamanya dan tidak mudah dijatuhkan oleh pihak musuh. Bijak membuat keputusan dan apa yang penting sekali ialah perlu yakin akan kekuatan diri untuk memerintah negara.

"Bila kita memerintah negara banyak benda yang kita kena peka. Dan, bila jadi perdana menteri pastikan kita tak mudah gelabah dan tak cepat menghukum seseorang. Kerana apa? Kerana fitnah itu boleh menghancurkan seseorang. Menjadi seorang pemimpin adalah untuk memimpin, tapi sebelum nak pimpin orang. Pastikan Aisera boleh pimpin dan jaga diri dulu..." Raja Arshan Imtiyaz berjeda seketika.

"... Rakyat takkan tahu apa yang kita fikirkan dan apa yang kita hadap sebab diorang bukan perdana menteri. Tapi Aisera dah pernah rasa jadi rakyat biasa dan andai kata satu hari nanti Aisera menjadi perdana menteri, letak diri kamu sebagai seorang rakyat. Adil tak apa yang kita buat semasa era pemerinahan? Waktu kita memerintah rakyat cukup tak makan?"

"Jadi pemimpin bukannya senang. Kalau rakyat menderita disebabkan kita, Aisera. Kita kena jawab dekat sana.  Sebab tu ayah tanya dekat Aisera, Aisera rasa boleh ke tak nak jadi pemimpin? Kalau tak boleh, tolak. Ayah tak paksa. Jangan terima jawatan ini hanya disebabkan ayah. Tapi Aisera kena terima disebabkan kamu yakin dengan diri kamu. Lagi satu..." Raja Arshan Imtiyaz sekali lagi berjeda. Beberapa buah buku yang menceritakan tentang pemerintahan masa lampau diletakkan di hadapa Aisera.

"Buku apa ni, ayah?" soal Aisera. Tangannya naik membelek buku-buku tersebut. Semuanya buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Tak pelik pun sebenarnya sebab ayahnya memang suka pun membaca buku. Lagi-lagi buku yang berkaitan masa lampau, kesilapan pemerintah dan runtuhnya sesebuah empayar.

"Baca buku ni. Ada yang mengisahkan tentang kesilapan pemimpin sewaktu era pemerintahan mereka. Kesilapan kita, kita tak kaji sejarah dan cari balik apa punca runtuhnya sesebuah empayar."

.

.

AISERA memandang Anna, pekerja istana yang ditugaskan untuk menjaga dan menolongnya sepanjang dia berada di dalam istana ini. Sofa dituju dan Aisera duduk di atas sofa tersebut. Kedua-dua tanganya Aisera naik memicit kepalanya, pening kepala bila fikirkan semua benda yang dia kena hadap bila dia dah kahwin dengan Malik nanti.

"Tengku okay?" soal Anna prihatan. Aisera menggeleng.

"Tak okay."

"Tengku nak apa-apa ke? Mana tahu patik boleh tolong. Ataupun, Tengku nak panadol dan air? Patik boleh tolong ambilkan. Sekejap ya." Anna mengorak langkah keluar namun langkahnya terhenti apabila Aisera menahan.

"Tak apa. Lagipun saya bukannya sakit kepala. Cuma rimas."

"Saya tak fahamlah. Kenapa ya saya kena pilih jadi pemimpin? Tak boleh ke kalau saya cuma naik takhta sahaja, tam perlu nak jadi perdana menteri." rungut Aisera. Anna cuma diam tidak menjawab dan maju beberapa langkah mendekati Aisera.

"Sebenarnya untuk pengetahuan Tengku, mulanya Raja dan Perdana Menteri adalah orang yang berlainan. Ini bermakna siapa sahaja yang jadi Raja tidak perlu menjadi Perdan Menteri. Tetapi, apabila sewaktu era pemerintahan Tuanku. Tuanku ambil keputusan untuk tukar tradisi tersebut."

"Kenapa? Kenapa Tuanku buat macam tu?" soal Aisera ingin tahu. Dan dalam masa yang sama, ada lagilah rahsia berkaitan dengan Emerald yang dia tak tahu?

"Tengku diculik. Semua ini terjadi kerana adanya musuh di dalam diam. Dan, sewaktu Tuanku naik takhta Tuanku ingatkan semua orang suka dengan cara dia. Tapi, Tuanku silap. Manusia boleh bertalam dua dan Tuanku dan Permaisuri hampir-hampir saja mati. 25 tahun yang lalu, sewaktu Tuanku berumur 40 tahun dan Permaisuri berumur 35 tahun, Emerald diserang. Habis hancur ekonomi, kewangan malah pelabur saham juga turut menarik diri."

"Emerald diserang oleh kuasa luar. Betul tak?" soal Aisera. Anna mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Aisera.

"Waktu tu, ramai orang cakap yang Emerald akan dijajah oleh kuasa luar. Dan, nyawa Tuanku dan Permaisuri ibarat telur di hujung tanduk. Mayat mula bergelimpangan di semua tempat. Sewaktu tu, ramai yang menggelarkan Emerald sebagai negara yang berdarah. Waktu itu jugalah, Alwaritzi datang dan beri bantuan kepada Emerald sekaligus menguatkan lagi hubungan diplomatik."

"Tapi, selepas saja perang. Tuanku dan Permaisuri cuba mencari siapakah punca utama Emerald diserang. Dan, di luar sangkaan Tuanku dan Permaisuri, orang dalam Emerald juga yang menjadi musuh dalam diam."

"Siapa? Siapa yang menjadi musuh dalam diam itu Anna?" soal Aisera. Lagipun selepas apa yang dia dengar dari mulut Anna, ini bermakna dia kena mula berjaga-jaga setiap masa. Pandai menilai dan berlawan kata-kata.

Betul kata Malik.

Dia kena buang Aisera yang dulu.

.

.

"NAK jadi seorang pemimpin bukannya satu perkara yang mudah."

  Aisera cuma diam tidak memberi respon. Matanya naik memandang tajam seorang lelaki yang duduk di hadapannya. Daripada tadi, Aisera tidak lepas memandang dan menilai tingkah laku lelaki itu. Dari segi percakapan, peribadi dan cara lelaki itu memandang dia membuatkan Aisera tersenyum sinis.

Satu pandangan yang kolot.

"Saya terkejut. Terkejut bila Tuanku umumkan yang Tengku akan menjadi pengganti dia pada masa akan datang. Tahniah. Tapi, boleh kah seorang wanita memerintah negara? Tengku yakin? Ataupun, Tengku sekadar nak bolot duit rakyat?"

Aisera tertawa sinis.

"Walaupun saya membesar sebagai seorang rakyat marhaen, tapi itu tidak bermakna pemikiran dan cara saya kolot. Agak mengecewakan apabila seorang pemimpin ataupun bekas menteri berbicara seperti itu." Nada Aisera mula bertukar menjadi formal. Lelaki itu tertawa kecil.

"Pandai Tengku bermain kata. Tapi, Tengku betul-betul yakin yang Tengku dapat memerintah negara. Memerintah negara ni bukannya macam kita main make-up, pergi salon, bergaya dan berfesyen. Ianya melibatkan ramai pihak dan maruah negara. Saya harap Tengku dapat mengingatkan diri Tengku sendiri." tutur salah seorang bekas menteri.

"Terima kasih atas kata-kata itu. Tapi, saya kesian dekat kamu. Walaupun kamu sudah tua tapi kamu tidak tahu cara yang betul untuk berbicara dengan kerabat diraja. Dan, seorang wanita tak semestinya pandai berfesyen dan mahir dalam soal kecantikan. Mungkin, kamu lupa seorang wanita juga boleh memerintah dan menjaga negara..."

"Saya doakan kamu dapat hidup dengan lebih lama. Dapatlah juga kamu tengok bagaimana seorang Tengku Aisera Qafiyya memecahkan tradisi sistem pemerintahan negara dan membuka mata seluruh dunia tentang negara Emerald.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now