'kau bodohlah Luth lepaskan dia.
' makinya dalam hati. Di akui dia salah. Dia memang suami tak guna itu dia mengaku.

Luth Zafran menarik selimut sehingga menutup seluruh badannya termasuk kepalanya. Mata di paksa tutup supaya dia dapat tidur. Sejak kebelakangan ni tidurnya tidak lagi selena seperti selalu. Ada sesuaru yang dia rasa hilang iaitu pelukan istetinya. Sungguh dia amat rindu dengan pelukan hangat yang sentiasa menemani tidurnya.











🌹🌹🌹🌹🌹











Luth Zafran mengrengus. Bantal yang di peluknya di baling ke bawah. Dengan pantas dia bangun dari pembaringan. Sejak tadi lagi mata susah sangat mahu terlena. Dia mengosok rambutnya sehingga kusut.

Jam di kerling baru saja pukul 1 malam. Dengan pantas dia bangun dan terus membuka pintu biliknya. Bilik Irish di tuju sebelum di ketuk perlahan.

Lama dia menunggu. Berkali-kali dia mengetuk pintu namun hampa langsung tiada sahutan. Sekali lagi mengetuk kali ini lebih kuat.

"risshh.. Rish dah tidur ke?" ujarnya separuh menjerit. Baru saja dia mahu mengetuk sekali lagi tapi Irish sudah membuka pinta. Terjengul wajah adiknya yang serabut. Nampak sangat tidurnya terganggu.

"along nak apa ni?" biasalah baru bangun macam ni memang keluar suara seksi Irish. Matanya di gosok perlahan.

Luth Zafran mengaru belakang kepalanya. Dia tersenyum kekok. Bertambah hairan Irisg melihat tingkah laku Luth Zafran.

"along dah kenapa?" sekali lagi dia bertanya. Sempat rambutnya di selit ke hujung telinga.

"ehmm.. " Luth Zafran berdehem seketika.

"alongg... " terasa tersejat suaranya mahu bercakap.

"cepatlah.. Kalau tak rish tutup pintu ni" Irish berura-ura mahu menutup pintu biliknya. Pantas saja Luth Zafran menahan.

"along nak nombor aisyah boleh?" tanyanya dengan laju. Irish tersenyum sinis. Dia meyandarkan dirinya di dinding pintu sambil memeluk tubuh.

"kenapa nak pula?" soalnya kembali dengan kening terjongket.

"pleasee... "rayunya.

"bagi rish sebab kenapa Along nak nombor Aisyah."

Luth Zafran mengeluh lemah. Dia memandang wajah Irish dengan penuh simpati.

"along ada benda nak cakap kat dia" beritahunya. Tidak semena-mena Irish tertawa kecil.

"kalau setakat nak minta maaf baik tak payah. Lupakan hajat along tu" perli Irish. Pintunya di tutup namun Luth Zafran lebih pantas menahan.

"pleasee... Rish. Along merayu" pujuk Luth Zafran. Irish mengeluh. Kesian melihat wajah sunggul Abangnya.

"rishh minta maaf. Tapi rish dah janji dengan Aisyah tak boleh bagi nombor dia kat along.. " ujarnya perlahan.

"tapi.. "

"kalau along betul-betul cintakan Aisyah. Tolong faham situasi dia. Bukan senang dia nak terima along lepas apa yang jadi. Along kena bagi dia masa. Jangan ganggu dia buat masa ni. Beri dia masa. Nanti bila dia balik sini along bolehlah pujuk dia" Irish lebih pantas memotong percakapan Luth Zafran.

Luth Zafran terdiam. Ada benar juga apa yang dikatakan irish. Aisyah perlukan masa. Lebih baik dia jangan ganggu dulu buat masa sekarang.

"berapa lama dia kat sana?" tanya Luth Zafran.

"3 tahun" jawab Irish. Bulat mata Luth Zafran.

"lamanya 3 tahun!" omelnya sendiri. Irish tertawa.

"buktikan kat rish kalau betul along sanggup tunggu Aisyah selama 3 tahun. Itu maknanya along memang cintakan dia" cabar Irish.

Luth Zafran mengigit bibir bawahnya. Terasa tercabar dengan cabaran Irish. Lagi apabila melihat wajah mengejek Irish.

"okey.. Along sahut cabarab tu" yakin dia mengangguk.

"No call. No mesej. Apa macam?"

"okey.. " balas Luth Zafran. Walhal dalam hati tiada siapa yang tahu raungannya. Mampu ke dia menahan rindu selama 3 tahun.

"okey.. Good luck. Dahlah rish nak sambung tidur. Orang dah bagus mimpi jimin dia kacau pula" omel irish sebelum menutup pintu. Sempat pipi Luth Zafran di kucup.

Terkebil-kebil Luth Zafran seorang diri di luar. Pintu yang sudah tertutup itu masih di renung.

"boleh ke kau buat Luth? 3 tahun tu" bebelnya sendiri.
















Ehmm.. Mari kita sama2 tengo Luth mampu ke tak tahan rindu selama 3 tahun. 😅

Vote guys ✌

My PrincessOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz