"Keluar!" Jeritnya betul-betul dihadapan muka Safwan.

"Okay okay fine." Dia mengambil t-shirt hitamnya tadi lalu keluar dari bilik tersebut.

Sekarang hanya tinggal Jisung dan Naura. Mata Jisung tajam memandang Naura.

"Betul ke apa dia cakap tadi?"

Naura diam. Dia seperti tidak boleh mengeluarkan sebarang suara akibat kejadian tadi. Kepalanya juga masih lagi terasa sakit.

"Aku tanya. Betul ke apa aku nampak tadi?" Suara dia mengeletar. Matanya juga berkaca-kaca apabila nampak Naura yang sudah teresak-esak bila ditengking dengannya.

Serba salah yang dia rasakan tapi besar lagi serba salah yang dirasakan oleh Naura kepada dirinya.

"Aku tanya Naura." Dia terduduk diatas katilnya dan cuba berlembut. Tetapi Naura masih lagi sama. Diam.

Dia mendegus perlahan. Dia bangun dari kedudukannya lalu keluar dari bilik tersebut. Bukan sahaja keluar bilik tapi keluar daripada rumah.

Naura pula sudah terduduk diatas lantai.

"Apa aku dah buat ni, Ya Allah." Dia menangis teresak-esak disitu.

Setelah setengah jam Naura terduduk dilantai tadi untuk mengumpulkan semangat dia berdiri dan turun kebawah.

Mata dia tertumpu pada plastik yang tertulis sushi king. Air matanya jatuh lagi. Telefonnya yang berada diatas meja yang sama dengan plastik tadi juga dicapainya.

Nama contact Jaemin dicari. Dia tak mampu nak call Jisung sekarang. Tak mampu nak hadap dia.

On call

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Kau tunggu dekat rumah tu. Aku datang sekarang. Tunggu! Jangan pergi mana-mana."

Off call

Belum sempat dia menerangkan apa apa Jaemin seperti dah mengetahui semuanya.

***********

"Naura macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Jaemin tegas.

Selepas sahaja Jisung call dia tadi. Dia terus datang dengan tergesa-gesa. Masa Naura call pun dia sudah berada dalam perjalan ke rumah Naura.

"Jihan datang rumah aku tadi."

"Kau bagi dia masuk?"

Naura hanya mengangguk. Dia sedar dia bodoh tapi kalau sapa jadi dia pun tak akan sanggup halau kakak ipar sendiri.

"Apa perempuan tu nak lagi?"

"Dia nak kau."

Jaemin tidak lah terkejut tetapi sebaliknya dia rasa serba salah. Dia rasa dia penyebab rumah tangga adik dia goyah.

Jaemin tarik nafas kasar. Naura yang masih lagi tersisa tangisnya dipandang. "Aku mintak maaf Naura."

Dia pergi kearah Naura dan duduk disebelah adik bongsunya. Badan kecil munggil Naura dipeluk. Selama dia hidup dia tak pernah tengok Naura nangis sekuat ni.

"Aku tau kau tak salah."

Naura masih lagi diam tak bersuara.

"Jom makan kat luar nak? Aku berlanja."

Naura menggeleng.

"Jisung dah belikan tu." Dia menunjukkan plastik sushi king yang memang Jisung belikan untuk dirinya tadi.

Jaemin memandang kearah meja makan rumah ni. "Okay jom."

Dia membawa Naura ke meja makan tersebut dan mengeluarkan semua yang ada dari dalam plastik tu.

"Nah." Dia memberikan makanan tersebut.

"Jisung memang tak nak balik ke?" Soal Naura.

Jaemin diam seribu bahasa. Dia pun tengah ligat memikirkan hal Jisung dan Naura. Apa jadi kalau Jisung tak percaya dengan Naura? Apa jadi Kalau Jisung percayakan Safwan dari adik dia.

"Kau bagi la panas dia reda dulu Naura. Makan jangan fikir sangat pasal ni."

Naura mengangguk lalu menyuapkan sushi tersebut kedalam mulut. Sushi tu punya sedap sampaikan dia nak nangis lagi sekali.

"Jaemin hiks." Air matanya mengalir lagi.

Jisung balik pliss. Buta karang bini ko ni.

"Hurm kenapa." Dia mengelap air mata adiknya sambil menongkat dagu.

"Apa dosa aku sampai Allah uji aku macam ni?" Dia menangis lagi teruk.

"Maybe dosa aku penyebab kau macam ni." Jaemin hanya terdiam memandang Naura. Walaupun rumah ni banjir dengan air mata makanan di tangan tak akan dia lepaskan.

Naura juga turut memandang Jaemin. "Pujuk Jisung suruh dia balik pliss Jaemin."

Jaemin hanya mengangguk. Dalam hati dia hanya Allah je yang tau rasanya. Sakit tengok adik sendiri menangis disebabkan dia.

To be countinue.

Cliche dok?






𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now