☂︎ + 6

225 76 16
                                    

Setelah jam menghampiri 8 malam, haechan segera bersiap untuk pulang. Tetapi, tiba-tiba dirinya dipanggil oleh si pengurus kedai.

"Ada apa tuan panggil saya?" tanya haechan takut-takut.

Dirinya berasa risau melihat wajah managernya yang serius.

Seolah-olah dia bakal dimarahi.

"Haechan, saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya bukan nak cakap kerja awak tak bagus. Bagus. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Ada beberapa orang pembeli wanita buat laporan kepada saya yang awak berkelakuan buruk."

"Hah?" haechan terjerit terkejut.

"Kelakuan buruk apa? Saya mana buat apa-apa. Saya layan saja semua costumer dengan baik."

"Saya betul minta maaf. Tapi,kalau saya tak buat sebarang tindakan kedai ni akan disaman."

"Jap, jadi maksud tuan, saya dipecat?" ujar haechan dengan mata yang sudah berair.

Jika dia dipecat, dia mahu makan apa dengan ibunya? Siapa mahu menanggung keperluan mereka anak beranak?

Setan mana yang buat laporan palsu ni? Apa yang dia dengkikan sangat sampai sanggup buat haechan sekeluarga sebegini?

"Ini, duit gaji untuk bulan ni. Terima kasih sebab pernah berkhidmat di kedai kami. Saya doakan awak dapat kerja yang lebih baik."

"Te-terima kasih tuan," ucap haechan dan perlahan berlalu pergi.

"Apa salah aku?" soal haechan yang hanya mampu didengarinya sendiri.

Dia berjalan lemah di tepi jalan raya menghala ke rumahnya.

Tidak lama kemudian, hujan turun dan membasahi sekian alam dan juga manusia yang masih berada di luar. Iaitu haechan.

Asyik berjalan sambil termenung di bawah hujan, tiba-tiba dirinya tersadung batu lalu terjatuh.

Haechan menangis.

Dia kini sedang buntu. Buntu bagaimana mahu memberitahu ibunya yang diri dia sudah dibuang kerja.

Bukan senang untuk berbicara dengan ibunya lagi-lagi menggunakan bahasa isyarat yang random. Tidak formal.

Haechan takut ibunya salah faham dan mengamuk jika dia tersilap bicara.

"Maafkan haechan mak."

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now