Bab7 Dapat Kawan baru

46.2K 315 5
                                    

Faiya membuka buku salinan notanya. berdasarkan keterangan yang di bagi oleh pensyarahnya ketika ini, dia mendengar dengan tekun dan menyalin semula ayat yang di berikan secara pemahaman. dari hujung mata dia perasan ada seseorang yang memperhatikannya dari tadi. bukan lelaki, tapi perempuan pakai bawal dan hujung bawal itu di ikat seperti ekor duyung. dah kenapa pandang pandang ? lesbian ke ? ihh minta jauh jauh kan lah. meremang buluh romanya membayangkan itu.

"Asalamualaikum....hai?" Faiya di sapa oleh perempuan bertudung bawal berwarna hitam kosong itu. pakaiannya biasa biasa saja. t-shirt lengan panjang berwarna biru dan jeans berwarna seakan akan biru pudar itu.

Faiya mengerling perempuan di sebelahnya itu. hmm comel.

"kenapa?" soal Faiya tidak pun menjawap salam itu. perempuan itu tersenyum ramah. dari gaya tiada tanda tanda nak mengacau hidup orang.

"boleh kita kenalan?" terangkat kening Faiya memandang perempuan di sebelah itu. tersengeh perempuan itu. mungkin segan

"Er...boleh je"

"Perkenalkan nama aku Aisyah" Aisyah menghulurkan tangan kanannya. Faiya tanpa teragak agak itu menyambut salam daripada Aisyah.

"i Faiya"

"oh! kau cantik sangat lah Faiya" puji Aisyah. memang betul Faiya cantik orangnya tapi sepertinya dia memerlukan seorang bernama kawan. kerana pergi mana mana dia sentiasa sendiri. banyak orang mengata dirinya berlagak dan sombong sekali tapi hari ni dia nak buktikan Faiya berlagak sombong ke tidak.

"thank you"

Aisyah duduk sebelah Faiya yang sibuk menyalin nota yang di berikan itu. sesekali dia mendongak menghadap ke depan dan memberi fokus terhadap pensyarah itu.

"ok! saya nak kamu semua ingat nota yang saya berikan tadi, kemungkinan akan masuk pada semester 2. so saya harap kamu belajar dengan giat. ingat! masa itu emas!" "faham dengan apa yang saya cakapkan ni?" soal pensyarah yang semakin di mamah usia itu.

"Faham!" serentak mereka semua bersuara.

Faiya mengemas barang barangnya di atas meja lalu di masukkan ke dalam beg sandang. Aisyah pun sama.

"Lepas ne kau nak ke mana?" soal Aisyah. Faiya memandang Aisyah yang dari tadi duduk di sampingnya.

"Emmmm...tak tahu...balik kot" Faiya pun binggung. biasanya dia terus balik apabila security peribadinya sampai kolej untuk mengambilnya. dia pun bingkas bangun dari kerusi lalu mula berjalan keluar daripada kelas itu, di ikuti dengan Aisyah di sampingnya.

"laa awalnye...jom lah jalan jalan sekejap" pujuk Aisyah memaut tangan kiri Faiya. Faiya hanya membiarkan sahaja. lagi pun Aisyah orang yang baik. peramah pulak tu.

"nak ke mana?"  Soal Faiya memandang Aisyah di sampingnya. ramah betul lah Aisyah ni. tak sampai 3 jam pun berkawan, banyak je celoteh nya.

"Urmm....kita makan dulu nak? perut aku dah lapar" Aisyah merengek sambil mengusap usap perutnya. serius lapar , sejak dari tadi menahan lapar.

"aku tau tempat yang menarik dan makanan yang sedap! jom!" Aisyah menarik lengan Faiya dengan lembut dan memaksa itu. aih sabar je la Faiya. macam ni ke setiap orang bila ada kawan? last dia berkawan pun semasa sekolah menengah tapi kawan pisau cukur. boleh ke anggap sebagai kawan ? harap harap Aisyah pun tak macam tu lah.

Faiya pun pasrah di tarikh sebegitu dan di paksa naik TAKSI. sesak nafasnya dengan bau sekitar kawasan itu, TAKSI pun membiarkan cermin kereta itu terbuka luas, habis mengerbang rambutnya tapi dia suka tak pernah pernah buka cermin kereta kerana takut dengan udara tercemar dan kotor.

Nafsu Atau Cinta ?Where stories live. Discover now