KAU cukup indah,
tapi sukar dimiliki untuk menjadi sah,
Memikirkan mu,
Serasa kita sedang bertemu.
Rasaku terhadapmu sudah jelas terpapar,
namun apakan daya kau masih belum sedar.
Aku jatuh padamu,
yang jelas-jelas bukan untukku.
Sukar untukku,
tapi masih tetap ku perjuangkan mu.
Hari kita yang berbeza,
tapi aku dengan rasa yang tetap sama.
Aku mengagumi mu bukan cuma sebatas waktu,
bahkan boleh selamanya untukmu.
Di sini ada aku,
yang sedang menunggu kehadiranmu.
Kau mungkin tidak tahu,
bahawa kau disukai olehku.
Tidakkah ada sedetik rasa di fikiranmu,
tentang rasaku.
YOU ARE READING
Tentang Dia
PoetrySebuah isi hati yang diungkapkan melalui tulisan . Setiap yang di taip adalah berdasarkan dari kisah dan pengalaman sebenar. Karya ini ditujukan untuk 'dia' .
