Rosella menggerutu.

Curse you Red Eye!

Dia datang ke majlis inipun semata-mata untuk Putera terkutuk itu! Putera ingat dia itu seorang bayi kah? Kenapa seorang wanita seperti dirinya ini harus bersusah-payah untuk melindungi Putera yang 4 tahun lebih tua darinya? Tidak tahu malukah Putera itu?

Sebelum Rosella menjalankan misi, dia sudah mencari maklumat terlebih dahulu. Sekarang ini dia sedang menghadiri majlis hari jadi Putera Mahkota dari Hyland. Kebetulan pula Putera Mahkota dari Arsalan juga dijemput untuk menghadiri majlis ini, jadi itulah mengapa Rosella ditugaskan untuk menghadiri majlis ini.

Rosella juga sudah dikhabarkan bahawa Putera Mahkota Hyland berencana untuk melakukan serangan pembunuhan terhadap Putera Arsalan. Misi Rosella kali ini adalah untuk menyelamatkan Putera Arsalan dan sekaligus menghalang rancangan Putera Hyland.

Satu lagi perkara yang menyukarkan Rosella untuk menjalankan misi ini, Putera Hyland telah berkomplot dengan beberapa golongan bangsawan dari empayar lain untuk menjayakan rancangan mereka. Jadi Rosella tidak dapat menjangka bila rancangan serangan itu akan dimulakan, memandangkan dia belum mendapat maklumat mengenai 'bangsawan' yang disebut-sebutkan itu.

Rosella tidak boleh hilang peka.

Bila-bila masa sahaja musuh akan datang menyerang.

Huh! Rosella melepaskan keluhan panjang.

Dia sangatlah tidak berminat untuk mengambil tahu hal politik, mengapalah dia ditugaskan untuk menyelesaikan misi menjengkelkan ini?! Dia bukanlah seorang babysitter mahupun bodyguard! Dia adalah seorang hitman yang paling berpengaruh!

"Greeting, My Lady. May I have an honor to dance with you?" seorang jejaka yang memakai kot berwarna biru keemasan datang menghampiri Rosella.

Lelaki itu menunduk sembilan puluh darjah sementara tangan kanannya dihulurkan buat Rosella. Rosella menatap lelaki itu dengan raut datar, sikitpun dia tidak berniat untuk menyambut huluran dari lelaki asing itu.

Tanpa membalas apa, Rosella selamba sahaja meneguk wine yang tersisa di dalam gelas kaca yang dipegangnya. Melihatkan respon dari Rosella, para tetamu yang dijemput hadir di dalam dewan itu mula berbisik sesama sendiri. Ada yang mengutuk perlakuan Rosella, ada juga beberapa orang wanita bangsawan yang bergosip sesama sendiri dan tidak lupa juga beberapa orang tetamu yang turut mempersendakan serta mentertawakan lelaki bangsawan yang sudah ditolak secara terang-terangan oleh Rosella.

"Err... My Lady?"

BUKK! Rosella menghempas gelas kaca di atas meja dengan kasar. Tersentak lelaki bangsawan itu dibuatnya. Bertambah gerun lelaki itu apabila terlihatkan gelas yang dihempas Rosella tadi sudah sedikit retak. Sempat dia meneguk air liur kesat. Ternyata dia sudah mempelawa orang yang salah!

Oppsie! Alamak retaklah pulak gelas ni, Rosella tidak berniat pun untuk menakut-nakuti lelaki asing itu. Dia cuma mahu meletakkan gelas itu ke atas meja sahaja, tapi entah kenapalah dia boleh terhempas pula. Tsk! Tsk! Rosella harus mengawal kekuatan fizikalnya apabila dia berhadapan dengan orang ramai! Boleh jadi bahaya kalau mereka mencurigai kehadirannya di situ.

Hah! Terpaksalah dia terima sahaja pelawaan dari lelaki asing ini, daripada dirinya terus dicurigai oleh orang ramai! Dia tidak boleh membiarkan misinya menjadi gagal! Inipun dia sudah bersusah-payah memalsukan identitinya untuk menghadiri majlis ini, bisa jadi gawat jikalau dia dihalau oleh Imperial Guard!

"Ah, yes my Lord─

"Err... if you'll excuse me my lady, sorry for bothering you."

Belum sempat pun Rosella menghabiskan ayatnya, lelaki itu sudah mencantas kata-katanya terlebih dahulu.

Selesai sahaja lelaki bangsawan itu menghabiskan bicaranya, dia langsung bergegas pergi meninggalkan Rosella sendirian di situ.

Rosella terpinga-pinga. Terkebil-kebil matanya menatap bayang lelaki asing yang semakin menjauh darinya itu.

Mulutnya tercengang luas. Alamak! Pengawal akan halau dia ke?!

"My Lady?"

Rosella tersentak. Seorang pengawal yang lengkap berbaju besi datang menghampirinya.

See! Pada akhirnya dia kena halau juga dari dewan ni! Huhuhu!

"Err yes? May I help you, sir?"

Rosella meneguk air liur kesat.

"This is for you..." pengawal itu terus menghulurkan sehelai kertas yang dilipat kecil buat Rosella.

"Ahh, ohh? Err... yeahh thank you anyway ha haha ha." Rosella melepas tawa janggal.

Entah apalah saja yang mulutnya ini ucapkan! Pasti pengawal itu sedang menatapnya pelik.

Rosella mengalihkan pandangannya untuk melihat raut pengawal lelaki itu.

Dus! Seperti yang dijangkakan, pengawal itu menatapnya dengan pelik. Aduh! Hatinya terlukai.

Lambat-lambat Rosella menyambut huluran dari pengawal itu, sempat juga dia menundukkan kepalanya untuk berterima kasih.

Pengawal itupun terus berlalu meninggalkan Rosella.

"What a weirdo..." bisik si pengawal, sempat digeleng-gelengkannya kepalanya.

ZAP! Seakan disiat-siat hati Rosella yang mendengar tikala itu.

Hei! Ingat dia tak dengar ke?!

Dengan hati yang mendongkol geram, Rosella membuka lipatan kertas yang berada di genggamannya dengan kasar. Sikit lagi kertas itu mahu koyak. Geez! Ini semua salah pengawal itu! Bisik hati kecil Rosella.

Bergerak-gerak bebola matanya membaca bait-bait ayat yang tertera di atas sekeping kertas itu.

Soon, the attack will begin... please beware Red Rose!

Rosella mengangkat kepalanya kembali, dia meliarkan pandangannya ke segenap penjuru. Helaian kertas tadi dibawa ke belakang tubuh.

"I REPRESENT YOU, THE PRINCE OF ARSALAN, MOHAMMED AQEEB AHMED!"

DUNG! Rosella tersentak. Seakan ditarik sahaja jantungnya dari jasad tubuh.

GONG! Bunyi dentuman gong memantapkan lagi suasana hangat. Bunyi itu terus berlagu memenuhi seluruh pelusuk dewan ballroom. Lama-kelamaan bongkah keemasan di hadapan sana terbuka sedikit demi sedikit.

Seolah detik sengaja bermain dengan suasana, kuakan pintu yang diiringi dengan bunyi kuakan itu terlihat seperti detik slow-motion. Lambat-lambat pintu itu terbuka seolah ianya sengaja mahu bermain dengan pemilik jiwa-jiwa yang sudah diusik perasaan teruja itu. Selang beberapa detik berlalu, lalu muncul lah satu figura yang melangkah di sebalik bongkahan emas itu, dia berjalan penuh elegant di atas hamparan karpet merah.

Para tetamu mula membisu, masing-masing terdiam dan terpegun melihat figura seseorang yang berjalan di atas hamparan sungai darah di hadapan sana. Lama-kelamaan lakaran imej milik figura jejaka itu semakin jelas pada mata pancaindera. Persis kisah dongeng yang seringkali kau saksikan di kaca tv, semuanya berlangsung dengan amat dramatis.

Rosella melarikan pandangannya tepat pada arah muka pintu. Ditatapnya bayang putera yang berjalan di atas karpet merah.

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi ketukan tapak kaki yang membelah arus sungai darah itu terus berlagu memenuhi ruang medan. Kaki yang melangkah itu sudah berjaya menarik ratusan mata yang hadir, bagaikan magis─ semuanya lantas ditarik untuk terus menatap figura seorang putera.

Sosoknya dipuja seolah dia adalah raja.

Seperti dipukau, Rosella membuka langkahnya mendekati arah muka pintu. Dia mahu melihat orang itu dalam jarak yang dekat. Langkahan kaki lantas dimatikan apabila dia sudah tiba berdekatan dengan bayang lelaki itu.

DUP! Terpanar seorang Rosella seketika tatkala tatapan mata biru di sebalik masquerade di hadapan sana menyapa dirinya begitu sahaja. Dirinya seolah tenggelam di dalam lautan biru yang luas mencorak alam, dirinya ditarik lagi dan lagi... lalu pada akhirnya dia lemas ke dalam dasarnya.





Assassin in Mission : Red RoseWhere stories live. Discover now