- 11

588 72 9
                                    

Budak yang berusia 10 tahun itu terbaring lemah diatas lantai. Sedaya upaya dia berdiri semula, ingin menghabiskan lawannya dihadapan. Namun, tubuhnya yang kecil itu sudah tidak mampu untuk bergerak lagi. Maka, jatuhlah ia semula ke lantai.

"Lemah" Kata lelaki yang teguh berdiri dihadapannya. Dipandangnya budak itu dengan kemarahan dan benci.

"O-otou-san, s-saya boleh terus-"

Pap!

Belum sempat ia menghabiskan kata-kata, pipinya sudah ditampar oleh lelaki tersebut. Terkedu dia dibuatnya. Desingan ditelinga semakin kuat, air mata pula mula membasahi di pipi.

"Jangan panggil aku ayah. Kau bukan anak aku" Katanya tanpa rasa kesal. Membulat terus mata budak itu. Sakit.

"Otou-san.."

"Aku takde anak yang tak boleh kawal darah"

Pak!

Pintu bilik latihan itu dibuka kasar oleh seorang wanita. Dipandangnya lelaki itu dengan perasaan yang marah.

"Kau buat apa kat sini" Soal si lelaki.

"Sampai hati awak.. y/n tu darah daging awak sendiri!" marah wanita itu.

"O-okaa-san..?"

"Mengarut. Aku takde anak yang lemah macam benda ni. Apa jenis Kamo yang tak boleh kawal tenaga sumpahan?" Katanya sambil tersenyum sinis.

"Kenapa susah sangat awak nak terima kenyataan?! Walaupun y/n tak boleh kawal sumpahan tenaga dia- dia masih anak awak. Lagi satu, hentikan latihan ni! awak nak anak kita mati ke?!" Bidasnya.

Sudah penat dia berduduk diam. Setiap hari anak perempuannya dilatih oleh suaminya, dan setiap kali itu jugalah anaknya mendapat luka dan lebam dimana-mana. Baginya itu bukan latihan tapi seksaan.

"Kau tahu apa?"

"Y/n tu anak awak!"

"Diam!"

Pap!

Dia ditampar.

"Otou-san!" Jerit y/n lalu berdiri dihadapan ibunya, sambil itu tangannya didepakan. Sakit dan pedih pada badan, dia tahan.

"T-tolong jangan pukul okaa-san.. kalau nak pukul, pukul je saya!" Katanya lagi sambil memejamkan matanya. Cukuplah dirinya saja yang dipukul, dia tidak mahu ibunya disakiti. Lagipun, ibunya sedang sarat mengandung.

"Tuan, maaf mengganggu" Panggil seseorang diluar.

Lelaki dihadapannya sekadar berdecit, lalu pergi meninggalkan mereka berdua di ruangan tersebut.

Y/n sudah jatuh terduduk.

"Y/n, keluar dari rumah ni sekarang" kata ibunya sambil memandang arah dimana suaminya pergi.

"O-okaa-san..?"

"Okaa-san dah tak sanggup tengok kamu menderita. Tinggalkan rumah ni, mulakan hidup baru diluar. J-jangan.. pernah balik ke sini" Dia berjeda sebentar lalu memeluk tubuh anaknya erat.

"Pergi cepat sebelum otou-san kamu datang balik. Jangan risau, dia takkan bunuh okaa-san" Sambungnya lagi dengan senyuman.

"T-tapi"

"Pergi saja!"

Y/n mengetap bibirnya. Dia kemudian berdiri lalu mengorak langkah untuk pergi. Saat dia sudah keluar melalui tingkap, ibunya bersuara.

"Okaa-san sayang kamu"

Terus sahaja dia berlari keluar, tidak sesekali pun ia menoleh ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terus sahaja dia berlari keluar, tidak sesekali pun ia menoleh ke belakang. Lari dan terus lari, sehinggalah dia kehabisan tenaga. Tepat dibawah pokok sakura yang sudah mati, dia jatuh terdampar mencium tanah.

Hujan salji mula turun. Tolong, bisik hatinya. Mengharapkan seseorang datang membantu.

"Kenapa kamu disini?"

Dia memandang lelaki itu lemah. Hadir rasa lega dan harapan dalam hatinya.

"S-saya.. lari r-rumah"

TBC

@edited
sambungan prolog

𝐇𝐈𝐒 | ɢᴏᴊᴏᴜ ꜱᴀᴛᴏʀᴜ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ [HEAVILY EDITING]Where stories live. Discover now