"Semalam Kak Safa teman Safiya layan drama Korea. Dia terlebih emo." Safiya menyampuk buat Datin Khadija menarik nafas lega.

"Haa bangun! Muka dah macam apa sorang-sorang." Datin Safiya bangun dari katil lantas berlalu keluar. Hampir jantungnya berhenti berdetak sebentar tadi melihat kesan sembap air mata anak sulungnya itu.

"Pukul berapa Safiya?" Safa bangun termenung di birai katil.

Safiya capai telefon bimbitnya. "Pukul 9."

Safa kelihatan tergamam dengan mata terbuka luas. "Arh! Akak dah lewat!" Cepat-cepat perempuan itu bangun menuju ke bilik air.

"Akak nak kemana?!" Safiya berdiri di muka pintu bilik air memandang kakanya menanggal butang baju tidur.

"Ada urusan."

"Safiya nak ikut."

"Budak-budak tak boleh masuk campur."

'Pak!!' Pintu bilik air dikatup buat Safiya jenggil mata. Dia nak tahu juga!

Tolak sahaja pintu cafe sudah ada tape kuning terpasang di kawasan dapur dan bilik belakang

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Tolak sahaja pintu cafe sudah ada tape kuning terpasang di kawasan dapur dan bilik belakang. Cafe milik Adri dan Dila mungkin tidak dapat beroperasi untuk waktu-waktu tertentu sehingga ia dibaik pulih. Mujurlah si Thaqif itu masih ada belas tidah menghancurkan satu cafe. Kalau tidak mungkin mereka berdua tinggal sehelai sepinggan.

Ingat soal Thaqif, Safa tarik nafas dalam.

"Pagi esok, bangun awal dan terus drive pergi cafe boyfriend kau. Bakal ex kau. Kat sana kau akan tengok akan ada pegawai penyiasatan.." Masih terngiang-ngiang kata-kata Thaqif malam tadi. Seperti lelaki itu sudah rancang semuanya dari awal hingga pengakhiran. Licik.

Ya betul apa dikatakan Thaqif, beberapa orang kelihatan sedang membelek bahagian kebakaran dapur dan belakang. Adri dan Dila turut disitu sedang sibuk bercakap dengan beberapa orang, mereka kelihatan begitu sibuk sehingga tidak sedar kehadiran dia disitu.

"Cik siapa? Maaf Cik, kawasan ni.."

"Saya ada nama dalam cafe ni. Safa." Safa hulur tangan untuk berjabat dengan senyuman tipis kepada pegawai insurans itu.

"Don't show your sad face the way you do now.. Kalau kau nak menangis. Kau menangislah puas-puas malam ni. Esok aku tak nak tengok satu pun air mata kau jatuh. seriously not worth it, Safa." Sekali lagi pesanan Thaqif malam tadi buat Safa kawal riak wajah memandang Adri yang berpaling ke arahnya. Jelas riak sugul ditayang lelaki itu. Seperti mengharapkan dia datang dan memeluk memberi sokongan.

Tidak, tak akan berlaku.

"Safa.." Suara Dila bergetar menghampiri Safa.

"Berlakon je macam normal daripada pegawai penyiasat curigakan kau yang jadi sebab kebakaran tu. Sakit mana pun hati kau pada Dila dan Adri. Sabar.."

Tempat SempurnaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin