ep15

337 35 8
                                    

" Mana dorang ni...dah lama sangat ni "

Kata doyoung mundar mandir menunggu kedatangan tiga rakannya yang masih didalam bangunan sekolah. Hampir sejam menunggu mereka namun masih tiada bayang sama sekali

" Jom la masuk "

" tak boleh nanti hyunsuk marah kan dia suruh tunggu kat sini "

Haruto hanya mengangguk dan menerima saja tentangan doyoung. Bangunan sekolah yang gelap gelita tiada sebarang lampu itu nampak mengerikan. Hanya lampu di kelas 5star sahaja yang masih bernyala.

" Yoshi kau okey tak? Apa kata kau balik dulu dengan Jinhyun nanti apa-apa kitorang bagitau "

Kata Yedam memandang Yoshi dan jinhyun silih ganti. Namun suruhannya ditolak yoshi mentah-mentah. Lelaki itu mahu setia menunggu tiga rakannya yang lain.

-

Keluhan penat dilepaskan asahi dan Hyunsuk setelah mereka berhenti di kantin sekolah. Lampu yang malap menerangi ruangan kantin tersebut

" uh uh kantin buka tak aku dahaga la uh "

Kata Hyunsuk. Asahi yang memandang pelik hyunsuk dan hanya mengeleng kepalanya.

Mata asahi melilau memandang ruangan kantin sementara hyunsuk merehatkan diri. Lampu suluhnya dihala ke setiap ruang. Dari meja ke meja dan akhirnya berhenti di salah satu meja. Kelihatan seorang pelajar perempuan berambut panjang paras dada disitu. Kepalanya menunduk ke meja

" j-jom blah wey "

Cepat cepat hyunsuk menarik tangan asahi untuk berlari namun mereka terkejut apabila pelajar tadi sudah berada di hadapan mereka. Dengan rambut menutupi muka sah itu adalah Saena.

Asahi dan hyunsuk melangkah berundur kebelakang apabila saena mendekati mereka.

" pergila! Jangan dekat! "

Kata-kata Hyunsuk diabaikan saena dan perempuan itu malah masih mendekati mereka berdua.  Mereka berdua tidak tahu lagi mahu buat apa selain berundur dan berundur.

Hampir saja saena pada mereka tiba-tiba pergelangan Asahi ditarik seseorang dan hyunsuk juga turut ditarik. Mereka ditarik melempasi saena.

" Jihoon! "

Jihoon hanya tersenyum dengan panggilan hyunsuk. Mereka bertiga berlari meninggalkan kantin sekolah.

Mereka bertiga masuk kedalam bilik makmal sains. Masing-masing menyorok

BAM

Pintu dibuka kuat dari luar. Tapak kasut jelas kedengaran.

PAP PAP PAP

Bunyi tapak itu menghampiri asahi dibawah meja. Jihoon dan hyunsuk hanya mampu melihat kerana mereka dimeja lain.

Asahi menutup mulutnya sambil matanya naik keatas melihat seseorang sudah berdiri dihadapannya. Kakinya tidak menjejak tanah namun bunyi tapak kasut tetap berbunyi

Badan asahi mula terketar-ketar. dia menyesal dengan apa yang dia kata sebelum mereka sampai disini. Sekrang dia sudah tahu yang hantu itu betul-betul wujub!

" Cak dah jumpa "

Mata putih dan senyuman lebar hingga ke telinga menyapa pandangan asahi. Senyuman nyaring saena memakukan asahi.  Kerana terlalu terkejut asahi pengsan.

Jihoon dan hyunsuk memberanikan diri terus menolak saena dan mendapatkan asahi. Walaupun tolakan mereka itu hanya kabusan saja namun itu sempat untuk mengalihkan hantu itu dari asahi

Dengan cepat mereka memapah asahi keluar dari makmal. Larian mereka agak perlahan namun mereka sedaya upaya pergi

" asahi bangun! Ireona! "

Kata jihoon sambil mereka berlari. Asahi masih tidak sedarkan diri.

Mereka lari agak laju tapi makin laju makin lama perjalanan mereka. Seolah-olah mereka berulang-ulang ke tempat sama. Pintu utama sekolah tidak jauh namun dari sudut pandangan mereka untuk sampai ke situ amatla jauh sekali

Jihoon dan hyunsuk meletakkan asahi. Pintu utama dipandang mereka. Sangat dekat tapi jika mereka berlari lagi makin jauh

" asahi aa bangun...jaebal bangun! "

Tubuh asahi ditolak tolak jihoon hingga lelaki jepun itu bergerak sikit. Keluhan lega dilepaskan mereka berdua

" jihoon macam mana kau boleh...er maksud aku macam mana kau boleh ada kat sana? Bukan kau kena tarik dengan dia ke "

" aku...lepaskan diri..hm susah la nak bagitau "

Hyunsuk hanya mengangguk faham. Yang penting dia sudah jumpa jihoon dan mereka perlu keluar dari bangunan ini

----

[ √ ]SAVE ft. TreasureWhere stories live. Discover now