" Tak. Awak nampak lemah sangat ni. Jom saya hantar ke bilik rawatan. Mungkin awak perlukan apa-apa disana "
" Uwah, itu lah senior kelas SM-00 kan? Handsomenya jodoh orang! "
" Makan apa tu? Sorang je? Mana yang lain? "
Satu persatu suara mereka kedengaran di dalam kepala aku. Siapa mereka? Kenapa aku boleh mendengarnya dan melihat wajah mereka dalam kepala aku.
" Hyuna.. " kedengaran suara seseorang memanggil namaku. Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan.
Aku memandang wajah ibu dan ayahku yang tampak risau akan keadaan aku tika itu. Segera aku memeluk mereka berdua.
" Kamu kenapa sayang? Menangis-nangis ni. Risau eomma tau " ujar eomma aku.
" Tah ke. Meracau-racau bagai. Kamu mimpi apa sampai macam tu sekali? " tanya appa pula.
" Eomma, appa. Bukan ke Yun sepatutnya ada di hospital ke sekarang? " tanyaku. Soalan aku itu dibalas dengan gelak tawa orang tuaku.
" Apa kamu merepek ni sayang? Kamu sihat je lah. Apa, mimpi duduk dalam hospital ke apa? " tanya eomma dalam tawa.
" Dah-dah. Bangun cepat. Turun makan pula. Esok appa nak jumpa kawan dekat Seoul. Nak ikut tak? " tanya ayahku. Aku dengan blurnya mengangguk saja. Kelibat eomma dan appa hilang dari sebalik pintu.
Aku melepaskan keluhan. Dipandangnya sekeliling kawasan bilik aku sekarang. Tubuh aku turut aku pandang.
" Aku mimpi apa weh sampai teruk macam tu? "
Aku bangun dan berjalan ke arah meja solek. Wajah aku ditenung lama. Tangan aku mencubit lengan aku untuk membuktikan bahawa aku tidak bermimpi dimalam hari. Aku mengaduh kesakitan.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)
🇪 🇳 🇩 🇮 🇳 🇬
Start from the beginning