Prologue

217 9 7
                                        

                                                                           ﷽

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                                           ﷽

 "Hai cik adik, sorang je ke? single ke? HAHAHAHAHAHAHA" ketawa Izaan terbahak-bahak melihat kawan baiknya, Adrina yang berseorangan berdiri di tepi padang memantau orientasi kadet yang baharu bagi sesi 2021.

Adrina sekadar menjeling, malas mahu melayan perangai si Izaan. Siapa yang tak kenal dengan perangai Leftenan Izaan, bab-bab mengacau orang memang nombor satu.Penat dua orang kawan baiknya hendak melayan karenahnya.

Kanz yang baru tiba disebelah Adrina hanya tersenyum kecil melihat gelagat Adrina dan Izaan.

"Izaan sudahla tu nanti kalau Adrina ni mengamuk,ha melayangla nyawa kau.Aku turut bersimpati. Dah la single, takkan kau tak teringin ke nak ada isteri dulu Izaan oi" Kanz menyampuk mewakili Adrina yang selalunya suka membalas balik kata-kata Izaan dengan lebih pedas dan mendalam.

Tapi pelik, kenapa eh hari ni diam semacam sahaja?

Kanz yang menggalas pangkat sebagai seorang kapten kenal sangat dengan ahli team nya. Leftenan Izaan yang suka membuat lawak hambar tapi masih menghiburkan hati itu sudah 3 tahun dikenalinya.

Kerjanya suka sangat menyakat si Adrina itu atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adrina. 

Semua orang di kem angkatan tentera darat itu sememangnya mengenali perangai Leftenan Adrina yang berpegang pada prinsip hidupnya iaitu berjiwa besar, berfikir secara matang , bekerja keras dan Allah matlamat utama

Kanz, Adrina dan Izaan merupakan kawan baik sejak dari hari pertama orientasi apabila mereka secara tidak sengaja didendakan bersama-sama berkawad di padang akibat terlewat datang ke dewan utama untuk sesi ceramah orientasi.

Sejak itulah mereka mula berkenalan lalu terjalinlah hubungan persahabatan antara mereka bertiga.Tidak boleh dipisahkan langsung, kemana salah seorang itu pergi mesti tetap bersama juga.

Ikhtilat tetap dijaga oleh mereka.Takkan dibiarkan begitu sahaja dihasut oleh syaitan terjebak dalam perkara yang dilarang dalam Islam.

Sampai sekarang, hubungan persahabatan mereka tetap utuh selama 3 tahun disamping berpegang kuat pada ajaran Islam tentang hubungan lelaki dan wanita.

Mereka juga berada didalam team yang sama yang diketuai oleh Kanz sebagai kapten mereka.

"Adrina, kenapa senyap sahaja ni, tak sihat ke?" Kanz bertanya prihatin.

Yelah kawan baik senyap je kot dari tadi, siapa je tak risau kan? Izaan yang tadi ketawa terbahak-bahak melihat Adrina yang berdiri keseorangan di tepi padang kembali serius.

Apabila tiada balasan kata dari Adrina, mereka mula risau. Tengok dari keadaanya sihat sahaja.

Alhamdulillah masih lagi elok berdiri tegak, muka sedikit kemerahan mungkin akibat kulitnya yang cerah terpanah dek sinaran sang mentari. Iris matanya yang  hitam menawan, besar dan bundar elok sahaja memandang sekumpulan kadet yang sedang diberi ceramah tentang kegunaan dan ciri ciri senjata yang bakal digunakan oleh mereka.

Tiba-tiba sahaja Adrina berbicara "Awak berdua, jom pergi makan.Laparlah." Santai sahaja riak mukanya mengajak mereka berdua sedangkan Kanz dan Izaan yang sedikit panik dari tadi dek kerana tiada respons yang diberi sedikit sebanyak mengejutkan mereka.

Rupanya-rupanya kawan baik mereka ni sedang lapar. Patutlah masam sahaja. Haih, perempuan ni complicated betul !

Jarum jam sudah menunjukkan pukul dua tengah hari. Ya, waktu rehat mereka sudah bermula.

"Saya punyalah risau awak tak balas balik apa yang saya cakap tadi tahu tak! Rupa-rupanya awak lapar..Haih Adrina oh Adrina. Apalah nak jadi dengan awak ni lapar je, risau nanti tiba tiba gemuk tak tau la erk!"Izaan menjelirkan lidah lalu dengan pantas berlari meninggalkan Adrina sebelum kemarahannya meletus.

"Apa awak cakap Izaan! sini leftenan Izaan!"dengan pantas Adrina mengejar Izaan yang membuat tanda peace kepada Adrina.

Tetapi kembali balik ke sisi Kanz kerana malas membazir tenaga melayan karenah Izaan.

Lain pula dengan Kanz, dia hanya tersengih melihat Izaan yang tidak dilayan oleh Adrina."Jangan layan sangat Izaan tu,dia memang macam tu."Kanz berkata sambil berjalan seiringan dengan Adrina.

"Dah biasa dah dengan perangai Izaan tu."Adrina berkata sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget.

Mereka berdua tergelak serentak melihat Izaan yang sudah berada di sisi kereta Honda civic miliknya sambil mencekak pinggang menunggu mereka berdua berjalan macam siput katanya.

Begitulah hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka. Adakalanya gembira, adakalanya sedih. Walau apapun yang terjadi, InsyaAllah mereka tetap akan kekal bersahabat sampai bila bila.

RenjanaWhere stories live. Discover now