4

43 8 1
                                    

"Aya bangun, subuh" gerak ibu. Aku menggeliat. Ibu memegang dahiku. Panas.

"Aya demam ke. Tak payah pergi sekolah harini. Nanti ibu bagitau cikgu Aya demam" kata ibu. Aku cuma mendiamkan diri.

"Aya bangun subuh dulu, lepastu mandi sarapan. Makan ubat lepastu tidur balik oke sayang" sambung ibu lagi. Aku bangkit dari katil lalu pergi ke bilik air. Kemudian aku mengerjakan solat subuh lalu turun untuk bersarapan.

---

"Aisya, Nisa. Kenapa Aya tak datang harini?" soal Farish.

"Abang dia kata dia demam" balas Nisa. Farish mengangguk.

"Teruk ke?" soalnya lagi.

"Entah la tapi abang dia kata panas teruk. Ibu dia bawa pergi klinik la kot" balas Aisya pula. Riak wajah Farish menjadi risau.

"Kau risaukan Aya eh?" usik Aisya.

"T- Tak mana ada" tergagap gagap dia menjawab. Aisya dan Nisa tergelak.

"Farish, kalau kau suka Aya, cakap je" usi Nisa pula. Makin memerah pipi Farish.

"Ingat kitorang taktau ke ha? Cara kau pandang Aya pun, kitorang dah tau kau suka dia" kata Aisya. Seronok mereka mengusik Farish.

"Kalau aku suka dia, agak agak dia suka aku balik ke?" soal Farish pula.

"Ada kemungkinan, tapi sikit" balas Aisya. Farish menayangkan muka pelik.

"Kenapa sikit?" soalnya.

"Aya sebenarnya baru putus dengan ex dia. Diorang dah setahun kenal, last last ex dia minta putus" terang Aisya. Farish kelihatan terkejut.

"Kesian nya dia"

"Tapi sejak kau ada, dia nampak happy je" kata Nisa pula.

"Serious ah?" Aisya dan Nisa mengangguk.

"Aku rasa macam nak melawat Aya la" kata Aisya.

"Aku nak ikut wee" kata Nisa.

"Eh apa ni? Aku pun nak ikut juga" kata Farish pula.

"Eleh kau rindu Aya kan sebenarnyaa" usik Aisya.

"Yela aku ngaku, aku rindu dia" Farish membuat muka ala ala merajuk.

"Eh kau tak payah buat muka camtu dengan kitorang, buat dekat Aya je" kata Aisya. Mereka ketawa bersama.

---

Selepas habis sesi persekolahan, mereka pulang ke rumah masing masing dulu sebelum pergi melawat Aya. Abang Aisya membawa mereka sehingga kerumah Aya.

"Terima kasih abang"

"Assalamualaikum!"

"Waalaikummussalam" balas ibu Aya.

"Oh kawan kawan Aya, jom masuk" pelawa ibu Aya.

"Aya ada dalam bilik dia, minum dulu eh" mereka mengangguk. Setelah habis minum, dia membenarkan untuk menjeguk Aya dibiliknya.

"Aya, ada kawan datang ni" panggil ibunya.

"Oke kejap, nak pakai tudung!" balas Aya.

"Masuk la!"

Aisya dan Nisa masuk kedalam bilik aku. Tiba tiba lagi sorang masuk. Eh Farish pun ada juga?

"Farish rindu kau" kata Aisya. Merah muka Farish di buatnya.

"Eh kau, takyah ah" marah Farish. Kami ketawa.

"Kau camne Aya, oke tak?" soal Nisa.

"Oke la kot, dah makan ubat semua. Esok lusa oke la ni" balasku. Mereka mengangguk.

"Budak tu kacau korang ke harini?" soal aku. Entah tiba tiba terfikir pasal Fiya and the gang.

"Tak, sebab dia pun tak datang harini. Kawan kawan dia je datang. Takde ketua, so yang lain takut nak serang kitorang" balas Aisya. Aku tergelak.

Aku melihat wajah Farish. Dia kelihatan seperti tidak pernah merasakan suasana begini.

"Sayang! Awak tutup mata kejap" arah Hafiz.

"Eee taknak la, nak buat apa?"

"Alaa pleasee, pleasee sayang" rayu Hafiz sambil membuat muka comelnya.

"Ee yelah" aku menutup mataku.

Aku terasa seperti sesuatu diatas kepala aku.

"Oke boleh buka dah" aku membuka mataku lalu melihat kearah Hafiz. Diatas kepala nya terdapat topi telinga arnab.

Hafiz mengeluarkan telefonnya lalu membuka kamera. Dia mengajakku selfie.

"Peace!" bunyi kamera kedengaran. Eh atas kepala aku pun ada topi arnab la.

"Eheehhe sayang comel" puji Hafiz. Aku tersenyum.

"Aya, Aya!" panggil Aisya. Aku terkejut.

"Ha, apa?"

"Kitorang panggul takkan tak dengar? Kau fikir apa tadi?" soal Aisya. Aku menggeleng kepala.

"Takde apa apa la. Korang sembang apa tadi? Sorry tak dengar"

"Kau oke ke tak Aya? Macam something je" soal Nisa. Farish hanya memerhati.

"Takde apa apa. Oke sambung borak. Aku janji aku fokus"

- AYRA ADRIAN -Where stories live. Discover now