2

55 10 9
                                    

"PELAJAR!" jerit cikgu Ezy. Kami memandangnya serentak.

"Fiya, Ayra. Ikut saya ke bilik disiplin. Nisa, Aisya, Emily, Fasha juga ikut saya" arahnya. Kami mengikutnya sehingga ke bilik disiplin.

"Apa yang jadi? Kenapa kecoh kecoh dikantin tadi?" soal guru disiplin, Ahmad.

"Ayra, ceritakan apa yang jadi" arah cikgu Ahmad.

"Kami tengah makan lepastu mereka datang halau murid sebelah meja kami yang tengah makan. Lepastu saya tegur la dia sebab meja banyak lagi yang kosong, takkan yang ada orang dia nak ambik"

"Eh kau main reka cerita pula" kata pelajar perempuan itu atau namanya Fiya tak silap.

"Fiya, senyap. Saya minta Ayra bercakap, bukan kamu" balas cikgu Ahmad.

"Sambung"

"Then dia sampai campak makanan dekat murid tu. Saya pun naik angin so saya tolak dia tapi takde la kuat sangat. Entah macam mana dia boleh jatuh" terangku.

"Okay. Fiya, kamu pula. Ada benda yang tak betul tentang apa yang disebut oleh Ayra? Tadi awak kata dia reka cerita kan?" soal cikgu Ahmad.

"Haah cikgu. Dia saja je salahkan saya. Saya mana ada salah lepastu nak tolak tolak orang. Dia yang buli budak tu" fitnah Fiya. Amboi kau cakap main sedap je eh? Aku sumbat selipar tandas dalam mulut kau karang.

"Okay. Cikgu akan tengok siapa yang betul. Ingat cikgu takde cctv ke?"

Muka Fiya kelihatan cuak. Aku sudah menahan gelak.

"Tapi cikgu takkan tengok sekarang. Saya akan panggil parents kamu berdua dulu" kata cikgu Ahmad lagi. Aku mengangguk manakala Fiya menayangkan muka tidak puas hati.

"Dah, pergi masuk kelas masing masing"

"Baik cikgu" kami beredar ke kelas masing masing. Fiya memang tak pandang aku dah, sebab dia tau aku mesti menang punya HAHAHAHAH.

---

"Bangun! Terima kasih cikgu"

Kami mengemas buku buku diatas meja lalu keluar dari kelas membawa beg. Kelihatan Farish berjalan bersama rakan rakan barunya.

Sedang aku mencuri curi pandang Farish, aku terlanggar seorang murid.

"Duh! Woi kau jalan tak pakai mata ke ha?" tengking murid itu. Oh patutla, dia Liya.

"Eh kau pun sama la, punya besar ruang ni, depan aku juga kau nak jalan" balas aku. Fiya memberikan pandangan mautnya.

"Kau tunggu, kau ingat aku tak boleh balas apa yang kau buat?" katanya. Aku mengendahkannya lalu keluar dari sekolah.

"Bye Aisya, bye Nisa" aku melambai tangan kepada mereka lalu masuk kedalam kereta milik abangku. Kami pulang ke rumah.

"Assalamualaikum ibu, ayah"

"Waalaikummussalam. Best ke sekolah harini?" soal ibu.

"Aiman dengan Aidil oke je. Ni ha budak ni buat hal tadi" balas abang Aiman sambil menunjuk kearahku.

"Aya, kamu buat hal ke dekat sekolah tadi?" soal ayah.

"Bukan Aya yang buat hal. Ada sorang minah ni dia kurang ajar sangat" balasku. Mereka mengeleng kepala.

"Macam macam la. Dah pergi mandi semua. Pastu turun makan" arah ibu. Kami mengangguk lalu naik ke bilik masing masing.

----

Selepas membasuh pinggan, aku naik kebilik untuk membuat kerja sekolah yang cikgu berikan. Aku membuka buku Sains lalu membuat latihan.

Setelah menghabiskan kerja sekolah tersebut, aku mencapai telefonku lalu membuka aplikasi WhatsApp.

Hafiz 🌞💕

Awak dah balik sekolah ke?
Oi
Oi
Jawab la dah la gemuk

Yo brotha
Eh eh kata orang gemuk, padahal dia pun gemuk
Pigidah!

Nyenyenye
Banyak cakap macam lembu

*sticker tampar orang*
Awak ada nak cakap apa apa ke?

Hmm ada, tapi..
Saya takut awak marah

Aponya?
Cepat cakap

Saya, saya
Saya nak break.

Awak ni lawak la, selalu typo kan
Pergi la berak , tak baik tahan

I'm serious.
Kita break
Sampai sini je hubungan kita

Wait, but why tho?
Saya buat apa kat awak?

No, it just myself.
Not your fault dear.
I'm sorry.

No.
Saya taknak hilang awak
Please
Saya janji saya ubah perangai saya

Saya cakap, bukan salah awak
Please faham.
Kita break.
Move on dari saya
Assalamualaikum.

Awak
Awak?

Gambar profil tidak kelihatan lagi. Chat dibiarkan satu tick. Aku terkedu dengan perbuatannya.

"H- Hafiz kenapa awak buat macam ni dekat saya" kata ku seorang diri. Aku melemparkan phone ditepi. Aku menekup mukaku.

"Kita dah setahun kenal, parents kita pun pernah jumpa"

"Asal kau buat aku macam ni.. Asal"

Aku menumbuk bantal. Aku memukul kepalaku. Rambut diserabaikan. Phone dilempar ke lantai. Nasib baik tak pecah.

"Arghhhh!"

--------

enjoy!

kalau typo maap , maleh nak check balik.

tata :3

- AYRA ADRIAN -Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu