Pengenalan karakter:
1. Amir: Seorang remaja berumur 18 tahun yang baru kehilangan ibu bapanya
2. Dato' Ismail: Pembeli lukisan Amir
............................
Pada suatu malam, Amir dikejutkan dengan suara jeritan ibu bapanya. Apabila Amir membuka mata, terlihat dinding dan sofa yang sedang dia baring turut terbakar. Amir terus jalan dengan laju sambil menunduk mencari ibu bapanya.
Apabila Amir pergi ke bilik tidur ibu bapanya, terlihat ibu bapa Amir yang sudah terperangkap di dalam bilik tidur kerana api sudah menutup jalan keluar dari bilik tersebut. Tiba-tiba, siling di bilik ibu bapanya runtuh dan menimpa ibu bapanya.
Amir menunduk sekali lagi dan terus berlari keluar dari rumahnya. Amir bernasib baik kerana pintu utama masih belum dijilat api. Apabila sudah diluar rumah, Amir hanya mampu terduduk dan menyaksikan rumahnya yang habis terbakar.
SUCI
2 bulan selepas kejadian itu, Amir telah berpindah ke sebuah rumah kayu yang disewanya di bandar. Amir menyewa rumah itu dengan seorang wanita warga emas yang mesra dipanggil Mak Odah.
"Nah Mak Odah, duit sewa bulan ni," kata Amir sambil menghulurkan wang berjumlah RM 300. "Oh, terima kasih. Eh, nah ni tadi Mak Odah ada masak makanan lebih. Rumah Mak Odah ni bukan ramai orang. Kamu ambillah," kata Mak Odah sambil memberikan dua bungkus polistrin yang berisi makanan.
"Terima kasih, Mak Odah," ucap Amir. "Sama-sama. Hati-hati ya balik," kata Mak Odah. "Baiklah," jawab Amir dan terus berlalu pergi. Amir hanya berjalan kaki untuk pulang kerana rumahnya berdekatan dengan rumah Mak Odah.
Setibanya Amir dirumah, Amir seakan-akan terdengar suara yang berada ditelinganya. "Taubat, taubat, taubat". Semakin lama suara itu semakin kuat berada ditelinganya. Amir terus berlari masuk ke rumahnya.
Selepas itu, Amir sedang menyiapkan lukisan bunga mawar putihnya untuk dijual. "Hah, siap pun. Bukan main lama nak siap," kata Amir. Setelah selesai, Amir membuat persiapan untuk pergi ke tepi jalan tempatnya selalu menjual hasil lukisannya.
Amir selalu ke perhentian bas untuk menaiki bas kerana Amir tidak mempunyai kenderaan. Ketika Amir menunggu bas, Amir terdengar lagi suara di telinga kirinya. "Wahai pendosa, bertaubatlah". Tiba-tiba, Amir terasa badannya sedang menggigil dengan kuat.
Nafasnya seakan-akan tersangkut dikerongkongnya. Amir memegang lehernya yang berasa semakin tidak selesa. Seorang pak cik di perhentian bas itu pun menyapa Amir. "Dik, sihat tak ni? Perlukan apa-apa ke?," tanya pak cik itu.
Setelah sapaan itu, Amir terus berasa normal. "Eh, saya dah ok. Terima kasih, pak cik," jawab Amir. Bas pun tiba di perhentian bas. Amir terus naik ke dalam bas, membayar tambang dan duduk di salah satu tempat duduk di bahagian hadapan.
Dalam perjalanan menuju ke tempatnya menjual lukisannya, jalan raya sangat sesak kerana sebuah kemalangan terjadi. Ketika melalui tempat kejadian, terlihat darah-darah yang memenuhi permukaan jalan. Disitu juga kelihatan sebuah kereta dan motosikal yang sudah hancur.
Setelah tiba, Amir terus memaparkan lukisan-lukisan yang baru dilukis. Antara lukisan yang dipaparkan ialah lukisan mawar putih. Sedang Amir asyik melukis, lamunannya tersentak apabila terdengar jeritan seorang wanita yang sedang dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki.
Amir mematung tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melihat kejadian tersebut dengan kedua belah matanya. Perempuan tadi terus dimasukkan ke dalam kereta oleh lelaki tersebut secara paksa. Amir tetap duduk di kerusinya tanpa bergerak sedikit pun. Setelah kereta itu berlalu pergi, rasa serba salah mula menerpa dirinya.
"Kenapa aku tak tolong dia tadi? Ya Allah," bisik Amir di dalam hatinya. Amir hanya mengeraskan hatinya dan sambung melukis.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang sudah berusia dan berpakaian segak datang pada Amir. "Assalamualaikum. Dik, lukisan mawar putih ni berapa harganya?," tanya lelaki itu.
"Waalaikumussalam. Oh, yang tu harganya RM 35 je," jawab Amir. "Cantik lukisan-lukisan ni. Memang ambil kelas seni ke?," tanya lelaki itu. "Taklah. Dulu masa sekolah saya masuk kelas sains tulen. Dah habis SPM pun. Tinggal tunggu keputusan keluar," jawab Amir.
"Oh, saya nak kenalkan diri. Saya Dato' Ismail tapi jangan panggil Dato'. Panggil Encik Mail je. Saya saja jalan-jalan, lepas tu ternampak pula lukisan kamu ni. Cantik sungguh. Nama kamu apa?," tanya Dato' Ismail.
"Saya Amir. Maaflah kalau saya macam tak hormat Dato'," kata Amir. "Oh, Amir. Taklah. Kamu layan pelanggan sungguh baik. Saya nak belilah lukisan mawar putih ni," kata Dato' Ismail. "RM 35 sahaja," ujar Amir. "Nah...," ucap Dato' Ismail sambil menghulurkan wang berjumlah RM 35.
"Terima kasih, saya jual," ucap Amir. "Sama-sama, saya beli," jawab Dato' Ismail.
Dato' Ismail pun berlalu pergi. "Alhamdulillah, ada pun orang nak beli," bisik Amir di dalam hatinya. Tiba-tiba, Amir terasa ada cecair yang keluar dari hidungnya.
Apabila Amir menyentuh cecair tersebut baru dia perasan itu adalah darah. Darah itu terus mengalir dan terkena bajunya. Amir merasa hidungnya sangat sakit dan dia terpaksa bernafas melalui mulut. Tangannya mula dipenuhi darah yang masih terus menerus keluar.
Amir mengambil tisu di dalam begnya, membersihkan tangannya dan menyumbatkan tisu ke dalam hidung. Setelah itu, Amir terus mengemas barang-barangnya dan terus menuju ke perhentian bas untuk pulang.
Apabila bas tiba, Amir terus masuk ke dalam bas dan duduk di tempat yang kosong. Tisu yang disumbatkan di hidungnya masih belum dikeluarkan. Setelah duduk, Amir terdengar bunyi perempuan yang sedang tertawa.
Amir melihat tempat duduk disebelahnya dan terlihat dua orang perempuan yang sedang memerhatikannya secara senyap-senyap. Amir terdengar mereka berbisik, "Asal lelaki tu sumbat tisu kat hidung dia? Dua-dua lubang pula tu. Hihihihi," bisik dua perempuan itu sambil tertawa kecil.
Amir memegang tisu dihidungnya dan menariknya keluar dan terlihat di tisu itu tidak ada kesan darah pun. Kesan darah di bajunya pun turut hilang. "Aku berhalusinasi ke dari tadi," bisik Amir di dalam hatinya kebingungan. Amir terus memandang tingkap bas dan berpura-pura seolah-olah tidak mendengar perbualan mereka.
Sesampainya di rumah, Amir terlihat ada seekor burung putih yang berada di hadapan tangga kayu rumahnya. Burung itu tidak bergerak kerana cedera. "Kesiannya burung ni. Nak bela lah. Nanti dah sihat, aku lepaskanlah," kata Amir pada dirinya sendiri.
Amir mengambil kertas lukisannya, meletakkan burung itu di situ dan terus membawanya masuk ke dalam rumah. Seusai masuk, Amir meletakkan burung itu di dalam sebuah bakul rotan dan meletakkan semangkuk kecil nasi dan air.
Amir meletakkan burung tadi ke dalam sebuah bilik kosong yang ada di rumahnya.
Setelah itu, Amir terus bersedia untuk melukis di biliknya sambil mencari idea.
"Aku nak lukis apa eh? Ha! Lukislah burung tadi," kata Amir.
Amir terus melukis gambar burung yang ditemuinya tadi di sehelai kertas. Rasa serba salah mula menerpa dirinya sekali lagi. Amir masih terkenangkan kejadian yang berlaku pada siang hari tadi. "Kenapa aku tak tolong perempuan tadi?," kata Amir kesal.
Tiba-tiba, Amir terdengar bunyi bisikan ditelinganya, "Tidakkah kau rasa berdosa? Sungguh memalukan,". Amir berasa sangat berdosa dan bersalah. Dia terus mencalitkan warna air yang berada di berus ke biji mata kirinya.
Matanya menjadi sangat pedih. Amir tidak mampu membuka matanya. Amir terus berlari ke hadapan kipas, membuka mata kirinya dan menikmati kesakitan itu. "Adakah dosaku telah diampunkan?," tanya Amir. Amir terdengar bisikan di telinganya lagi, "Kau sudah diampunkan. Pergilah bersihkan matamu itu,".
Amir terus berjalan menuju ke singki dan membersihkan matanya. Matanya menjadi sakit tidak terhingga. Amir menuju ke biliknya dan melelapkan matanya yang masih pedih.
Bersambung........
VOUS LISEZ
SUCI
Horreur"Listen to that voice and you will be the holy one" Setelah 2 bulan kematian ibu bapanya, Amir hanya hidup berseorangan. Hidupnya mula menjadi tidak tenteram akibat bisikan misteri dan kejadian yang mengerikan. Disebabkan itu, Amir mula menjadi obse...
