𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟴

Start from the beginning
                                    

Nampaknya Armel masih berkeras.

"So apa plan you sekarang?" Soalan itu diajukan lagi. Tunku Danish ingin mendengar pendapat Armel terlebih dahulu. 

Armel geleng kepala. Kalau lah dia tahu, dia takkan berdiam begini. 

"Armel, you know I dah bertunang kan. So I tak rasa I boleh.." Tunku tak menghabiskan kata-katanya.

Rasa tak sampai hati tapi Tunku Danish betul-betul tak boleh, dia baru sahaja bertunang seminggu yang lalu. Dia juga tak mungkin mengecewakan Fina. 

Armel angguk faham, tak perlu lelaki itu jelaskan dia sudah faham. "Tunku tak perlu buat apa-apa? Anggap je semua ni tak ada kena mengena dengan Tunku. I boleh selesaikan sendiri." Kata Armel. 

Rasanya tanpa campur tangan Tunku Danish, segalanya akan lebih mudah. 

"I just hope after this Tunku jangan ganggu I lagi. Anggaplah kita tak pernah kenal." Armel keluar dari perut kereta. Dia perlu balik rumah untuk berehet. Rasanya tak ada guna dia duduk lama di situ. Bukan ada apa yang akan berubah. 

Tunku Danish hanya memerhatikan Armel, namun setelah melihat wanita itu memberhentikan sebuah teksi, dengan pantas dia keluar ingin mengejarnya.

Tapi malangnya dia gagal. Teksi tersebut sudah jalan meninggalkan tempat itu. 

                               •••



Fina melangkah keluar dari perut lift, sapaan dari para pekerja disambut dengan ramah. 

"Sekarang ni dah banyak sangat manusia yang tak berhati perut.  Zaman makin maju tapi pemikiran orang makin cetek."

"Morning Adwa." Ucap Fina ramah.

Adwa yang menyedari kedatangan majikannya itu terus berdiri.

Adwa senyum. "Morning, Cik Fina."

"Pagi lagi you dah marah-marah ye." Cebik Fina. 

Adwa senyum malu. "Tak ada la Cik Fina I rasa macam tak puas hati dengan berita sekarang banyak sangat sampah masyarakat."

Fina tertawa kecil, itu rupanya sebabnya "What ever it is. You jangan lupa emel schedule I for today. And you dah photocopy design yang I suruh?"

"Dah,"
"Saiz A1?" Soal Fina lagi. 
Adwa angguk yakin.
"Good.."

Dia mula melangkah menuju ke bilik pejabatnya, namun langkah itu terhenti sebaik Adwa memanggilnya semula. 

"Cik Fina, sorry I lupa bagitahu. Cik Venessa ada kat dalam sedang tunggu Cik."

Fina kerut dahi. Ini terlalu awal, untuk apa Venessa ke sini.

"Ok, macam biasa 2 Coffee."
"Ok,"

Pintu dikuak luas. Bibir terus tersenyum sebaik melihat satu kujur tubuh wanita yang lengkap memakai suit hitam sedang berdiri memandang cermin menikmati pemandangan Kuala Lumpur. 

"Aku rasa kalau ada 10 pendakwa raya macam kau, dah hancur negara ni?" Usik Fina. Sambil melangkah ke meja pejabatnya.

"Kenapa kau lambat?" Rengek Venessa. 

Fina kerut dahi. Jam dipergelangan tangan dikelir, sengaja mengusik wanita itu. "It's still early? Kau yang datang awal sangat."

Venessa melabuhkan duduk keatas sofa empuk berwarna putih cerah yang sudah tersedia diruang oejabat itu, sebelum satu keluhan panjang dilepaskan.

Fina yang melihat wanita itu, geleng kepala perlahan. "Kenapa lagi ni?"

"Takkan kau tak tahu."
"What?"
Venessa memandang Fina, dengan riak yang tetkejut, biar betul. 

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now