Andrew tersenyum menyenget. "Househusband? Perkataan tu dah tak wujud lagi selepas kau dah tipu aku. Kau sengajakan nak mempergunakan aku? Supaya mafia lain nampak yang aku ni lemah dengan kau!"

"Tak!" Pantas Aisyah menggeleng kepala menafikannya. Bukan itu yang dia maksudkan.

"Habis tu apa? Eh, sudahlah. Aku malas nak layan perangai kau. Sakit kepala tahu tak?! Esok aku nak jumpa papa. Aku akan bagitahu dia siapa kau yang sebenarnya. Kau akan terima balasan yang setimpal sebab tipu aku dengan papa!"

Aisyah menggeleng tidak setuju. Dia menarik kedua belah tangan Andrew. "No, please jangan buat macam tu..." rayu Aisyah.

"Lepaslah!" tangan wanita itu ditepis kasar. Aisyah sedikit tersentak. Kedua belah bahunya terhinjut ke atas.

"Aku tak suka kau sentuh aku. Rimas!" bentaknya. Dia mendengus geram.

"Okay, saya takkan sentuh awak lagi." ujar Aisyah dengan mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah. Kalau itu yang Andrew tidak suka, maka dia tak akan buat lagi. Lelaki itu menjeling meluat.

"Tapi tolonglah, jangan bagitahu papa awak tentang hal ini. Please..."

"Kenapa? Kau takut huh?" soal Andrew berbaur sinis. Kedua belah tangannya mencekak pinggang.

"Saya tak pernah takut dengan apa-apa ugutan sekalipun. Tapi awak tak boleh bagitahu papa tentang hal ini. Sebab saya tahu, papa awak akan suruh awak ceraikan saya dan dia akan cari pengganti baru untuk awak. Awak nak ceraikan saya ke?"

Andrew terdiam.

"Mungkin awak sanggup ceraikan saya sebab kita baru kahwin seminggu kan? Perasaan cinta tu mungkin tak sempat wujud dalam waktu yang singkat macam ini. Tapi awak percayalah cakap saya, ini bukan waktu yang sesuai untuk awak berpisah dengan saya. Kalau betul awak benci, awak meluat tengok muka saya. Saya boleh tinggal dekat rumah lama saya. Don't worry."

"Ikut suka hati kau lah..." balas Andrew acuh tak acuh. Dia kembali merebahkan diri ke atas katil. Comforter ditarik hingga ke paras pinggangnya.

Aisyah mengeluh kecil. "Awak..."

"Aku nak tidur. Kau jangan berani naik atas katil ni atau aku akan bunuh kau. Faham?!" bentaknya memberi amaran. Lampu bilik di sisi katil ditutup. Serta-merta suasana bilik menjadi suram.

"Ya, pun awak bagilah saya selimut. Awak tu dah lah hantu aircond!"

"That's not my problem."












                              AWAL pagi lagi Andrew sudah bersiap memakai kemeja hitam dan berseluar slack. Kaca mata hitam dipakai, lantas dia melangkah keluar daripada bilik, meniti anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Sekilas dia menoleh ke arah Aisyah yang duduk diruang tamu, menonton drama ulangan cerita kegemarannya semalam. Andrew buat-buat bersiul sambil mengatur langkah ke arah tempat simpanan kunci di sebelah kanan. Kunci kereta dicapainya.

"Awak nak ke mana?" soal Aisyah, matanya masih lagi tertumpu di skrin televisyen. Namun, terlinganya masih peka menangkap derap langkah suaminya. Sepatutnya, soalan itu Andrew yang akan bertanya kepada dia tapi sekarang sudah terbalik.

"Not your problem." balas Andrew acuh tak acuh. Tanpa berlengah, dia terus melangkah ke arah pintu utama. Aisyah tidak hanya membiarkan sahaja. Dia terus bangun dari sofa, dan berlari menghalang jalan lelaki itu. Serta-merta langkah Andrew terhenti.

"Awak nak jumpa papa, kan?"

"Jadi, apa masalah kau? Aku dah lambat." sinisnya. Andrew melangkah ke sebelah kiri. Dengan pantas Aisyah berenjak ke kiri sambil mendepakan lengannya. Macam nak main galah panjang pula.

Andrew mengeluh kecil. "Kau nak apa huh? Jangan kacau aku boleh tak?"

"Awak sepatutnya masak untuk saya pagi ni. Awak househusband saya!"

Andrew menjuih bibir. "Since when? Aku dah katakan, aku bukan househusband kau lagi. Jadi, masaklah sendiri!" Dia melangkah ke sebelah kanan pula. Aisyah mendepakan lengan kanan dengan laju. Sekali lagi langkah Andrew terhenti. Jenuh dia sabarkan hati melayan karenah isteri sendiri. Sebelah tangan sudah dikepal geram. 

"Lagi sekali kau halang jalan aku, aku akan belasah kau dekat sini." terketap-ketap gigi Andrew saat ini. Menderu-deru nafas hangat dihidungnya. Pandangan yang garang terhala tajam kepada Aisyah.

Namun, wanita itu hanya tersenyum sinis. "Well... tak ada sesiapa lagi yang pernah kalahkan Hasyai."

"Aku tak kesah pun." sinis Andrew. Dengan selamba dia melanggar lengan kanan Aisyah yang menghalang jalannya. Gigi Aisyah terkacip geram. Hati di dada semakin  memerit sakitnya. Bertambah parah apabila melihat suami sendiri langsung tak endah amarannya. Fine! Aku terpaksa guna cara Hasyai!

Aisyah terus mengeluarkan sapu tangan yang telah disapu klorofom. Dia sudah lama bersedia. Tahu sahaja perangai degil lelaki ini, sebab itu dia telah bersedia dengan lebih awal. Lantas, dia terus berlari ke arah Andrew. Leher lelaki itu dicekup kuat dengan lengan kanannya. Andrew tersentak. Serangan itu terlampau mengejut sehingga dia tak sempat membuat apa-apa. Lalu, belakang lutut Andrew ditendang sehingga lelaki itu melutut ke lantai. Setelah memastikan dia sudah melutut, kini kedua belah tangan Andrew terkunci secara bersilang di belakang dan ditahan dengan kakinya. Tanpa berlengah, terus sapu tangan itu ditekup pada hidung dan mulut Andrew.

"Ermmm!" Andrew meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. Kuat juga tangan wanita ini sehingga mampu mengunci tubuhnya. Tak sampai beberapa minit, Andrew sudah pengsan.

Aisyah tersenyum menang. "Settle satu masalah." tubuh lelaki itu dilepaskan. Terus Andrew tersungkur menyembah ke lantai. Matanya tertutup rapat seperti seseorang yang sedang tidur dengan nyenyak dan polos.


HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now