Harraz cuba menaikkan bibirnya untuk tersenyum manis pada Dato Adhwa. Namun , tersangatlah nampak bibirnya yang tersenyum pahit.

"Harraz pun okay je Papa" ujar Harraz mendatar.

Namun , di dalam hatinya hanya Allah je tahu bagaimana perasaannya. Sudah lama dia mengimpikan jawatan CEO itu.

Dia tahu yang memang Hana selayaknya dapat kerana anak pertama tapi salah ke kalau anak kedua yang mahukan?

Dia bukan tamak cuma sudah lama dia mengimpikan jawatan itu. Sampai dia sanggup pergi belajar di luar negara beberapa tahun untuk lebih mahirkan mindanya tentang perniagaan.

"Papa , Harraz keluar dulu. Nak beli sarapan pagi. Lapar pulak" Harraz memberi alasan sambil menggosok perutnya. Konon lapar sangat. Padahal dia mahu mengelak dari memarahi di situ untuk membantah.

"Hmm pergilah. Papa nak bincang dengan kakak kamu tentang syarikat kejap" ujar Dato Adhwa tanpa memandang susuk tubuh anak keduanya.

Harraz tersenyum tawar dalam diam. Pintu dikuak sebelum ditutup kembali. Dinding yang berada di sebelah pintu wad Dato Adhwa ditumbuk kuat.

Sakit di tangan tidak sesakit di hatinya. Harraz beristighfar di dalam hati. Terlalu ikut petunjuk syaitan untuk marah. Kaki dilangkah pergi dari situ sambil kepalanya menunduk ke bawah.

Terluka dan kecewa!


DIA tak datang ke hari ni?

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.




DIA tak datang ke hari ni?

Dari tadi ayat itu sahaja asyik berlegar di mindanya. Perempuan tu dah bencikan aku ke? Tapi bukan salah aku. Aku tak peluk pun perempuan miang Sally ke Salleh tu.

Rambut diserabutkan. Tidak tahu kenapa dengan dia sejak dua tiga hari ini. Tak ada perempuan itu buat dia gelisah dan rasa bersalah.

Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu!

Lantas interkom di hadapan meja ditekan punat call.

"Yes , Tuan Zack. What can I help you?" kedengaran suara Aidil di hujung panggilan.

"Hmm err" bibir diketap kuat. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan-lahan memenangkan diri yang gementar.

"Miss Hana tak datang ke?" soal Hayzack tenang.

Aidil yang berada di hujung talian sudah mengerut dahi. Pelik. Tiba-tiba tanya soalan yang tidak pernah diambil tahu. Namun , dia tetap menjawab jugak.

"Tuan tak tahu ke. Miss Hana tangguh lima enam hari sebab ada hal" ujar Aidil sambil menyemak laporan meeting Hayzack.

"Dia tak ada bagitahu aku pun" nada dingin tadi berubah sedih.

Aidil yang mendengar suara Hayzack yang mahu menangis tergelak kecil. Tak pernah-pernah tuannya mengambil tahu tentang perempuan.

"Asal kau gelak?" soalnya kembali beku. Hayzack merengus kuat. Fikir kelakar ke?

Tertelan liur Aidil sebelum dia berdehem perlahan.

His Babygirl [𝑪]Kde žijí příběhy. Začni objevovat