𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟲

Start from the beginning
                                    

"Oh, oke. Sikit je ni. By the way I'm Fina Aulia.. Just call me Fine." Wanita itu tersenyum manis sambil menghulurkan tangan pada Armel.

"Armel Zuleykha. Panggil Armel je."

Mereka berjabat tangan sebagai tanda pengenalan.

Fina mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya lalu diserahkan pada Armel. "This is my card."

Armel menyambut card tersebut.

FINA ARCHITECTURAL AND CO.

"You are Architec?" Soal Armel. Patutlah Fina kelihatan sangat kemas dan bergaya. Arkitek rupanya.

Fina angguk. "Yup, You ada card..?"

"Ou, ya." Armel juga terus bergegas ke kereta lalu mengambil beg tangan untuk mengeluarkan card bisnes lalu diberikan pada Fina.

Fina memerhati card tersebut.

THE GOLDEN BLUE MOON
Assistant Head Of VIP Department

ARMEL ZULEYKHA

"You kerja dengan Datin Sri Erisa." Fina sedikit terpegun, dari penampilan Armel kelihatan biasa-biasa saja. Tapi tidak sangka pula wanita jelita itu juga memiliki kerja yang boleh tahan bagusnya.

Armel angguk. Untung sahaja dia kerja di bahagian VIP jika tidak mana mungkin dia memiliki Bisnes card.

"You kenal Datin Sri?" Soal Armel.

"Ya. My mom friend. Err apa kata kita pergi cafe, I belanja you sebagai ucapan terima kasih. Hope you sudi terima." 

Armel kelihatan sedikit keberatan dengan pelawaan Fina. Lagipun dia baru sahaja mengenali wanita itu, segan pula rasanya. "I sebenarnya kena balik ni.."

"Sekejap je.." Kata Fina. Walaupun baru mengenali Armel tapi dia sudah tahu hati naluri wanita itu sangat baik membuat Fina rasa selesa bergaul dengan Armel. 

Mahu tak mahu Armel terpaksa akur.

                                 •••

Farah membawa sebuah gelas kaca yang berisikan kopi panas. Sebelum dia melabuhkan duduk atas sofa.

Kopi panas itu dihirup perlahan lalu pandangan dihala pada Armel yang sedang duduk disebelah.

"Kenapa tetiba kau nak tidur rumah aku ni?" Soal Farah.

"Ermm, saja. Aku bosan la seorang kat rumah."

"Yeke? Bukan ada apa-apa?"

Armel tersentak namun dia berusaha mengawal riak wajahnya agar Farah tidak curiga. "Tak ada la."

"Yalah kau tu bukan selalu nak tidur kat sini. Kalau bukan aku paksa memang tak lah kau nak."

Armel hanya membalas dengan senyuman. Kejadian petang tadi buat hatinya sedikit suram.

"Thanks sebab sudi temankan I minum petang." Ucap Fina. Dia dan Armel kini sudah pun berada di luar cafe. 

"Sepatutnya I yang cakap thanks sebab sudi belanja."

"Small matter la. I berhutang budi dengan you.. Kalau you tak ada tadi I rasa I dah mati dah."

Armel tertawa kecil. Tak sangka dia boleh berjumpa dengan seorang wanita yang berkerjaya dan baik hati seperti Fina.

"You serius tak nak ke hospital. Nanti kaki you makin teruk." Melihat dari keadaan Fina, Armel jadi sedikit risau. Takkan kaki sudah membiru masih tak apa-apa.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now