Skrittttttttttt... BOOOM!!
Bunyi tayar kedengaran sebelum kedua-dua kereta tersebut terbalik diatas jalan raya yang lenggang. Keadaan jalan raya yang sunyi tanpa bunyi kereta lalu lalang itu kedengaran sangat kuat akibat dentuman yang terhasil daripada kemalangan yang berlaku sebentar tadi. Keadaan kedua-dua kereta itu kelihatan sangat teruk kerana badan kereta tersebut kemek dan kaca yang bertaburan diatas jalan raya.
Ketukan pintu kereta Kei, menyebabkan dia tersedar. Seseorang sedang berusaha membuka pintu keretanya yang masih terkunci dari dalam. Keadaannya yang lemah itu menyukarkan dirinya dibawa keluar dari keretanya yang bila-bila masa sahaja boleh meletup. Selepas diri nya di bawa ke bahu jalan, seorang perempuan yang mengenakan hoodie berlari kembali ke arah sebuah lagi kereta. Selesai semua mangsa dikeluarkan, bunyi dentuman yang kuat kedengaran terhasil daripada letupan kereta tersebut dan Kei sempat menjadi saksi kejadian kemalangan yang melibatkan dirinya dan terus tidak sedarkan diri.
Bunyi siren yang membingitkan telinga itu menyedarkan kembali Kei. Keadaan jalan raya yang gelap dan suram itu menyukarkan bahagian petugas melakukan kerja menyelamat. Setitik demi setitik air hujan mula menitik keatas tubuh Kei sebelum dimasukan ke dalam ambulan.
2 weeks after......
"weii, kau okay tak ni? Ke kau dah lupakan aku?" tanya Indy Roux
" Kau hilang ingatan ke ni? Weii, Kei jangan la buat kita macam ni..." tambah Juno Marley yang hampir menitiskan air mata.
Keadaan Kei yang masih lemah itu hanya menggelengkan kepalanya sebelum menjentik dahi Indi yang duduk di sebelah katilnya. " aku cuma luka ringan la. Boleh tak korang jangan nak bising sangat. Sakit la otak aku ni..." balas Kei dengan suaranya yang agak perlahan.
" Kau ingat tak kemalangan tu? Siapa yang selamatkan kau? Macam mana kereta kau boleh tercium dengan kereta hodoh tu?" soal Blaire Hayden tanpa melihat sekeliling yang sudah pun mengerutkan wajah dengan pertanyaannya itu.
" soalan itu boleh tak jangan macam air liur basi kau yang berterbangan diudara mengalahkan hujan lebat, satu-satu nak tanya boleh tak. Aku yang sihat ni pun boleh naik bintang kat kepala dengan soalan KBAT kau ni." marah Arwen Ellowen.
Kei Vallent Marlowe hanya menggeleng kepala melihat gelagat lima orang sahabt karibnya ni. Walaupun sahabat Kei ini berkelakuan pelik dan kurang kewarasan perilaku, tetapi mereka juga la yang selalu bersama-sama dengannya selama ni. Mereka merupakan sahabat kecilnya sampai la sekarang.
Suara-suara yang bising itu perlahan-lahan hilang dari pendengarannya menyebabkan dia kembali teringat kejadian kemalangan yang menimpa dirinya dua minggu yang lalu. Mujur lukanya hanya luka ringan iaitu kepalanya yang cedera akibat terkena kaca dan badannya yang masih terasa lemas.
Sehari selepas dirinya sedar, pihak polis telah datang menemuinya untuk memberi keterangan. Pihak polis juga agak terkejut kerana sesampai mereka ditempat kejadian, mangsa sudah pun berada jauh dari letupan kereta itu. Pihak polis mendapat panggilan dari seorang perempuan lima minit sebelum sampai dilokasi kejadian. Tetapi, kelibat pemanggil tersebut tidak kelihatan.
" woi... Takkan lepas kemalangan tu otak kau dah shut down sekejap. Dah macam nak terkeluar halkum aku panggil nama kau tau." kata Indy dengan nada yang cemas itu, menyentak lamunanku untuk sedar dalam suasan yang kini menjadi senyap.
" aku nak tanya, macam mana mangsa yang satu lagi? Berapa orang dalam kereta tu?" soal ku dengan penuh minat, kerana penyelamat kami hanya seorang.
" dalam kereta tu ada keluarga kecil. Pasangan suami isteri dan seorang anak kecil perempuan. Kau tak payah la nak risau. Semua diorang selamat. Dah keluar minggu lepas. Kau je ni mengalahkan pesakit kronik. Dah dua minggu kau berkampung kat sini. Asal kau nak tau?" soal Blaire kehairanan. Sebelum ni Kei ialah orang yang paling susah nak ambil tahu tentang sesuatu walapun kadang kala melibatkan dirinya sendiri.
Soalan Blaire dijawab dengan tenungan penuh makna dan tanda tanya yang jelas terlihat pada wajah Kei. Belum sempat Kei menjawab pertanyaan Blaire, seorang doktor lelaki masuk ke dalam bilik yang di huni Kei dengan membawa fail ditemani seorang jururawat.
"keadaan awak dah bertambah baik dan awak dah boleh discharge hari ni. Dan sebelum awak balik, sila singgah ubat awak kat depan." kata-kata doktor lelaki tersebut masih segar di ingatannya.
Sesampai sahaja Kei di apartmen mewah miliknya, dia terus memeriksa barang-barang peribadi yang diberikan oleh pihak hospital kepadanya sebelum keluar dari bilik hospital tersebut.
Kotak putih itu dibuka perlahan sebelum mengeluarkan satu persatu barang miliknya tu. Jacket yang dipakainya pada hari kejadian itu di ambil dan diletakkan di atas kerusi sebelum seutas rantai jatuh diatas lantai biliknya. Kei mengambil rantai tersebut dan menilik setiap ukiran yang ada pada rantai itu. Walaupun rantai tu dah putus tetapi ukiran yang unik itu membuatkan Kei mengambil keputusan untuk menyimpah rantai itu di dalam laci meja sebelah katilnya.
" aku akan cari kau......" itu adalah tekad Kei. Dia terhutang nyawa kepada pemilik rantai itu.
YOU ARE READING
The Fault in Our Bones
Short StoryAdakah segala yang menjadi rahsia akan kekal menjadi tanda tanya. Dan adakah segala cerita perlu di loretkan. " challenge accepted!!. Benda mudah tu. Tapi aku perlukan pertolongan kau untuk melancarkan jalan permainan ni tanpa cacat cela. Aku tak n...
