Jiae memandang pelik Jaemin yang tiba tiba menyuruhnya untuk bertemu di tangga sekolah ini. Jaemin menyandarkan tubuh badannya ke dinding tangga itu sambil memasukkan kedua dua tangannya ke dalam poket.

Lelaki itu hanya menatap datar wajah Jiae.

Dia menjadi ingin marah apabila mengingatkan tentang kedua sahabatnya, Haechan dan Renjun tadi. Maksudnya, Jaemin harus mengalah dahulu dengan perempuan ni? Begitu?

Huh, memang tidak.

Lama Jaemin diam sebelum dia menggelengkan kepalanya. Jiae semakin pelik dibuatnya. Buat apa dia disuruh untuk datang ke tangga ini, kalau yang dia dapat hanya sebuah tatapan dan juga gelengan sahaja. Sempat matanya meliar ke sekeliling, takut Jaemin mahu mengenakan dia lagi untuk kali ini.

"Takde apa, tak jadi. Kau boleh turun sekarang" ujar Jaemin bersahaja.

Aik? Ha semakin peliklah Jiae. Dah kenapa ni? Baik dia pulang ke rumah daripada tadi kalau dia mahu membuang masa seperti ini? 

"Ok bye, aku balik dulu" kata terakhir yang diucapkan oleh Jiae sebelum dia mahu pergi daripada situ.

Baru sahaja Jiae ingin melangkah turun tangga, tanpa disedari Jaemin sengaja meletakkan kakinya sedikit di hadapan Jiae menyebabkan dengan sekelip mata sahaja Jiae tersadung di situ.

Bukk!

Jiae terjatuh ke bawah mencium lantai. Dan Jaemin berpuas hati melihat itu. Selesai. Jaemin tersenyum sinis dan tidak berkata apa apa. Dia menurun tangga tersebut dan melintasi tubuh badan yang tidak bergerak itu.

Padan muka. Rasalah kau.

Jaemin berjalan dengan selamba dan dia menyangka bahawa dia akan mendengar jeritan yang membingitkan milik Jiae dari belakang.

Tetapi tidak.

Lelaki itu berpaling ke belakang semula. Dia merasakan sesuatu apabila melihat tubuh yang jatuh di atas lantai itu tidak bergerak langsung. Eh perempuan ni memang sengaja nak kenakan aku lagi ke apa?

Jaemin berdiri di situ menunggu.

Hampir 3 minit berlalu dan Jiae masih tidak bergerak. Dia sudah berasa lain. Kakinya perlahan mendekati Jiae dan menyepak perlahan kaki si gadis.

"Jiae..." panggilnya.

Tiada sahutan.

Jaemin secara automatik mencangkung di hadapan wajah yang tertutup dengan helaian rambut panjangnya. Dengan perlahan dia takut takut ingin menyelak rambut itu. Pipi Jiae ditampar berkali kali.

"Jiae?..."

Tiada jawapan.

"Kalau kau kenakan aku, aku takkan maafkan kau.."

Dan pada ketika itu, Jaemin mula menjadi cuak.

Jiae memang tidak sedarkan diri.
















✏️















"Dia okay. Nanti kalau dia sedar, dah boleh balik" jelas sang doktor dalam senyuman yang manis.

Doktor Kim Doyoung.

"Terima kasih doktor" kata Mark lalu menunduk hormat kepada Doyoung sebelum dia berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

Mark berpaling melihat Jaemin di situ yang hanya berdiri sambil menyilangkan tangannya ke dada. Sesekali dia melihat Jiae yang sedang terbaring bersilih ganti. Terkejut jugalah dia sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Jaemin yang mengatakan bahawa dia sedang berada di hospital sewaktu dirinya sudah pulang ke rumah terlebih dahulu tadi.

Nasib sempat dia menukar baju seragam sekolahnya kepada baju tshirt lengan panjang biasa sebelum bergegas ke tempat ini. Jaemin hanya diam daripada tadi dan membiarkan Mark sahaja yang menguruskan segalanya.

Malas dia mahu bersusah payah menghadap doktor dan jururawat di sini.

Kenapa Jaemin meminta bantuan Mark?

Entahlah, nama itu sahaja yang terlintas di fikirannya.

Lagipun, bukankah Mark menyukai Jiae? Pasti gembiralah gadis itu nanti bila sedar sahaja, dia akan melihat Mark di sampingnya.

Tch!

Jaemin menyampah.

"Kau tunggulah dia sampai sedar. Aku nak balik dulu, bil hospital aku dah selesaikan tadi" kata Jaemin bersahaja lalu menggalas beg sekolahnya ingin pergi daripada situ.

Tetapi, sempat dia menoleh dan mengatakan sesuatu yang sungguh dia tidak jangka.

"Kalau ada apa apa yang jadi, kau bagitau aku"

Hah? Kenapa tiba tiba sahaja Jaemin mahu mengambil berat? Tadi bukan main dia yang menjadi penyebab kepada gadis itu jatuh daripada tangga.

Rasa bersalah ke?

Entahlah. Jaemin kalau boleh dia mahu menolak sekeras kerasnya rasa bersalah yang sedang menyelubungi dirinya. Dia tidak mahu rasa bersalah kerana kalau diikutkan, inilah yang dia mahukan sebenarnya.

Dia semakin benci kerana Jiae sering membuatnya menjadi seperti ini.

Boleh ke kalau dalam sehari, dia tidak terfikirkan gadis itu?

Menyampah betul.

Jaemin berharap bahawa rasa rasa pelik seperti ini akan hilang dengan secepat yang mungkin daripada terus menyelimuti dirinya.

Manakala Mark hanya menatap tubuh belakang Jaemin yang semakin menghilang. Satu senyuman muncul di wajahnya. Takpelah malas mahu melayan. Baik dia menghubungi Haeun untuk datang ke sini sekali.

Alang alang selepas ini dia boleh pergi dating bersama sama dengan Haeun memandangkan esok adalah hari cuti. Dia meletakkan handphone di sisi wajahnya, menunggu panggilan yang dia buat kepada orang di sana. Sekali lagi dia tersenyum apabila mendengarkan suara Haeun.

"Hey, love.."

















.

terima kasih!

salam sayang daripada saya ''

JAEMIN ✔︎Where stories live. Discover now