𝕭𝖆𝖇 : 18

Start from the beginning
                                    

" Wah, Joy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Wah, Joy. Cantik sangat ni " puji Wooshin disebelah Younghoon. Malu-malu kucing Joy dibuatnya. Aku hanya tersenyum kekok.

Alangkah bagusnya jika aku yang berada di dalam gaun itu. Jalan bersama pasangan aku iaitu Younghoon. Tapi malangnya, dia bukan jodoh aku pun. Berhenti berangan Shinhye. Wake up!

" Oi makcik " sergah Kim disebelah. Terkejut aku dibuatnya.

" Berangan apa lagi kau. Dah. Tak nak balik ke? " tanyanya. Lah, dah siap ke? Lama sangat ke aku termenung tadi. Hadeh..

Aku rasa menyesal pulak ikutkan saja kehendak Kim dan Wooshin semalam. Kata nak teman Younghoon dan Joy test baju je. Ni nak kemana pula ni?

Kereta kami berhenti disebuah pusat membeli belah yang besar di bandar pulau Jeju ini. Kereta diparking bersebelahan.

Younghoon dan Joy berjalan terlebih dahulu. Manakala aku, Kim dan Wooshin berjalan dibelakang mereka. Katanya, Joy yang ajak datang ke sini. Aku baru berhajat nak balik. Malas nak berlama dengan mereka.

Kami berjalan disekitar kawasan ice skating

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kami berjalan disekitar kawasan ice skating. Nampaknya mereka berdua tu nak berseronok.

" Kau tak nak main? " tanya Kim. Aku menggelengkan kepala aku. Wooshin datang dekat dengan kami sambil bawa sepasang kasut skating.

" Nah pakai. Jom main dengan kitorang sekali " arahnya. Aku berkeras juga tidak mahu. Kami mereka berdua ni suka memaksa aku. Nak tak nak, mengalah juga aku. Malas nak bertekak.

Aku mana pandai main skating ni. Bukan hobi pun. Salah langkah nanti, buat malu je. Wooshin menarik tangan aku supaya skate aku meluncur.

" W-Wooshin. Aku mana reti lah " kataku.

" Aku ada tolong kau. Jangan risau. Aku bawa kau dekat Younghoon okay " katanya sambil sebelah mata dikerdipkan. Membulat mata aku. Funtion?

" Tak payah lah! " gertak aku perlahan.

" Kalau tak aku lepaskan kau macam tu je nak? " ugutnya. Kau dah lah nak kenakan aku, lepastu main ugut-ugut pulak. Nak kene ni.

" Sini-sini! " panggil Younghoon.

Sesampainya kami dihadapan Younghoon dan Joy, mereka mula berpegang tangan. Hanya aku tidak memegang tangan mereka kecuali Wooshin.

" Meh sini " kata Younghoon. Telapak tangan aku diraihnya perlahan. Gila ke apa Younghoon ni. Berani betul dia buat macam tu depan tunang dia. Wah, aku pulak yang cuak sekarang ni.

Sekarang, tangan kanan aku dipegang oleh Younghoon, tangan kiri dipegang oleh Wooshin. Aku sekali sekala memandang wajah Joy. Takut dua fikir benda yang bukan-bukan kan. Tapi raut wajahnya biasa saja. Tetap tersenyum. Pelik aku.

Kini, kami berpecah kepada dua pasangan. Aku dan Younghoon, Joy dan Wooshin. Asudah, salah pasangan ni.

Sebuah lagu ballet dimainkan tiba-tiba. Ingat ini show ice skating ke apa?

" Jom " kata Younghoon sambil tersenyum.

Pinggang ramping aku dililit kemas oleh tangan Younghoon. Terkedu aku dibuatnya. Telapak tangan aku digenggamnya erat. Apa aku nak buat ni. Jantung aku bagai nak meletup weh!

Aku hanya membiarkan tubuh aku dilayan oleh Younghoon. Tak ubah macam anak patung dia buat. Melayang kesana-kesini aku.

" Counting days " ujarnya. Berkaca terus mata aku. Kenapa kau ingatkan aku Younghoon..kenapa..

" Saya nak mintak maaf dekat awak. Maaf kalau saya sudah buat awak taruh hati dekat saya selama perkenalan kita ni. Saya harap awak maafkan saya, Hye " ujarnya.

Aku tak kuat nak pandang mata dia. Diri aku lemah sangat-sangat. Lebih-lebih lagi dia kata begitu. Bukan salah dia pun. Aku gagahkan diri untuk balas renungan dia.

" Hoon..awak tak salah pun. Semua salah saya. Saya yang beria nakkan perhatian awak. Saya yang taruh hati dekat awak sendiri. Awak tak buat apa-apa pun. Saya yang bodoh cintakan awak dalam diam. Dah tertulis dah pun yang kita bukan dijodohkan bersama. Saya nak awak bahagia je dengan Joy. Dia baik. Saya yakin awak berdua boleh membahagiankan sesama sendiri. Saya akan doakan yang terbaik untuk awak berdua " balasku.

Tanpa sedar, air mataku mengalir ke pipi. Younghoon segera menarik aku ke dalam pelukannya. Erat. Sangat erat. Seperti hari esok sudah tiada perjumpaannya.

Lawan diri kau Shinhye..
Jauhkan diri kau dari dia..
Apa kau dah buat sekarang ni...
Bangun lah..

Aku terus tersedar terhadap apa yang aku baru lakukan sekarang. Kalau aku terus begini, perkara lain akan berlaku. Aku menolak Younghoon menjauhi aku. Younghoon terkejut dengan perbuatan aku.

" M-Maafkan saya, Hoon. Saya terlalu sayangkan awak. Maaf.. " ucapku.

Aku menanggalkan kasut skating itu dan berjalan ke arah Kim. Biarlah apa mereka nak katakan. Yang penting aku tak nak biarkan perasaan ini melarut.

" Kim, jom balik. Sekarang " kataku.

" Diorang tengah main kan " katanya. Aku memegang tangannya.

" Please..aku merayu.. " rintihku. Air mata aku kembali mengalir. Kim mengeluh dan memberitahu mereka yang kami pulang ke resort.

Maafkan aku Younghoon..
Pergilah kau bahagia dengan teman kau..
Aku hanyalah beban hidup orang..
Maaf...

To be continued..

[ © ] 𝗨𝗡𝗪𝗥𝗜𝗧𝗧𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗬 - 𝗬𝗢𝗨𝗡𝗚𝗛𝗢𝗢𝗡Where stories live. Discover now