𝕭𝖆𝖇 : 1

144 29 27
                                    

Hari ini adalah hari jadi Yuvin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini adalah hari jadi Yuvin. Aku memandu ke kedai hadiah untuk mengambil chocolate bouquet yang aku tempah minggu lalu. Tak sabar rasanya nak beri kejutan padanya.

Selesai membuat bayaran dan mengambil hadiah itu, aku segera ke rumah Yuvin.

Tidak sampai 1 jam pun aku sudah sampai dihadapan rumahnya. Tidak lah jauh mana pun rumahnya dengan kawasan kedai tadi. Aku keluar dari kereta dan berjalan kemuka pintu pagar rumahnya. Ini rumah keluarga Yuvin, Yuvin sebenarnya duduk di dorm kolejnya.

Ting-tong! Aku menekan loceng pagar rumahnya. Kelihatan ada seorang wanita tua berjalan kearah aku. Aku sangat mengenalinya. Ianya pembantu rumah keluarga Yuvin.

" Ahjumma. Yuvin ada? " tanyaku.

" Yuvin tak balik rumah dah masuk seminggu yang lalu, Hye. Apa kata kamu pergi tengok dekat kolej dia. Mungkin dia stay dekat sana " ujarnya.

" Ah, ye ke. Tak apa lah kalau macam tu. Hye pergi dulu ye " ucapku dan terus memandu meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

Telefon bimbit milikku aku keluarkan dari beg sandang aku. Nombor seseorang aku dail. Lama juga untuk dia mengangkat panggilan aku itu.

" Hello? " jawabnya.

" Nayeon unnie, kalau tuan Seojun cari saya nanti beritahu dia yang saya keluar pergi ke kolej Kim tau. Kalau dia tanya lebih-lebih, pandai lah awak jawab. Bye! " aku cepat-cepat menamatkan panggilan itu.

Sesampainya aku di kolej itu, aku terus memakir kereta aku diluar kolej. Sikit lagi waktu belajarnya akan habis. Perasaan gembira ini sudah tidak terkawal.

Tepat waktunya, kelihatan beberapa pelajar keluar dari perkarangan kampus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tepat waktunya, kelihatan beberapa pelajar keluar dari perkarangan kampus. Tidak semua pelajar. Sesetengah pelajar sahaja. Ini bukan sekolah.

Tidak lama kemudian, wajah Yuvin muncul disebalik pagar. Aku terus menapak kearahnya sambil membawa chocolate bouquet itu. Sebuah senyuman manis aku ukirkan untuknya.

" Yuvin-ah! " panggilku dengan hati yang berbunga-bunga. Yuvin tentu saja perasaan akan kehadiran aku disitu.

" Oh, Shinhye-ah. Awak buat apa dekat sini? " tanyanya dengan nada biasa sahaja. Aku mencebik. Lengannya aku pukul manja.

" Awak ni. Salah ke saya nak jumpa teman lelaki saya ni? Hari inikan hari jadi awak. Awak lupa? " tanyaku.

" Bukan. Saya ingat. Tapi.. " kata-katanya terhenti tatkala muncul seorang gadis yang tingginya lebih kurang dengan aku.

" Yuvin-ah. Kenapa tak tunggu your sweetie ni, hurm? " tanyanya manja. Lengan kekar Yuvin dia ragut perlahan. Aku agak terkejut dengan kelakuan gadis itu.

" Oh, siapa ni? Kakak awak? " tanyanya. Aku memandang Yuvin dan gadis itu berganti. Yuvin sudah tidak senang duduk disitu. Seperti cacing kepanasan.

" Elly, awak tunggu dekat motor. Nanti saya datang " arahnya kepada gadis bernama Elly itu.

Setelah gadis itu pergi, Yuvin cuba memaut lengan kecilku. Aku berundur sedikit ke belakang untuk mengelak darinya.

" Apa semua ni? Tergamak awak buat macam ni belakang saya Yuvin " ujarku menahan sedih di hati.

" Shinhye.. "

" Tak cukup bagus ke saya untuk jadi teman wanita awak? Iya saya tahu saya selalu sibuk dengan kerja dekat hotel tu. Tapi, saya takkan lupa segala hari kebahagiaan awak tahu tak. Saya sanggup datang sini nak sambut hari jadi awak " kataku. Sikit lagi pecah lah empang air mata aku ni.

" Shinhye, dengar. Saya rasa, kita patut tamatkan hubungan ni. Saya dah tak dapat rasa sayang awak tu. Terima kasih sahaja lah " ujarnya dengan nada dingin. Menusuk kehati aku mendengar kata-katanya.

Dalam suasana menyedihkan itu, Kim muncul dari dalam kawasan kolej. Aku memandang kearahnya. Air mata aku terus pecah serta merta. Kim berjalan kearah aku. Dan dia nampak wajah Yuvin juga disitu.

" Apa benda kau buat ni, Yuvin-ssi? " tanyanya dingin.

" Apa? Dia yang nak menangis tiba-tiba. Nak kata aku pukul, tak ada pulak. Aku cuma mintak putuskan hubungan kami ni dengan segera. Aku dah muak dengan dia ni " katanya dengan kasar sekali. Hilang segala adabnya. Tanpa menunggu, tangan kecil Kim amat pantas untuk menampar ke muka Yuvin.

" Berani kau budak- " Yuvin ingin membalas. Tetapi Kim lagi pantas. Ahli taekwondo lah katakan.

" Sebelum aku buat 'scandal' kau tu pun tinggalkan kau, baik kau berambus sekarang. Tercemar mata aku lihat permandangan jijik macam kau ni, Yuvin " Kim melemparkan kata-kata mautnya itu. Segera Yuvin meninggalkan aku dan Kim disitu.

Aku memeluk Kim seerat-eratnya. Melepaskan segala kesedihan yang aku tanggung sejak tadi.

" Yang kau lembik sangat ni kenapa? Macam budak-budak menangis sebab lelaki. Dah, masuk dalam kereta tu. Aku nak balik " katanya.

" Kau ni.. " rengek aku. Dikesat berkali-kali air mataku. Seperti tiada guna aku mengandu domba dengan minah berperwatakan kasar dan dingin ini. Bukan makin sedih, makin sakit hati aku dibuatnya. Tabah lah wahai hati.

Aku segera memandu ke hotel setelah kejadian sedih tambah sakit hati itu melanda sebentar tadi.

To be continued..

[ © ] 𝗨𝗡𝗪𝗥𝗜𝗧𝗧𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗬 - 𝗬𝗢𝗨𝗡𝗚𝗛𝗢𝗢𝗡Where stories live. Discover now