Tanpa disedari, ada seseorang yang baru sahaja pulang dari tandas dan tidak sengaja mengatur langkah kakinya melepasi kelas sunyi itu. Namun sebaik sahaja dia terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, pelajar yang mempunyai rambut berwarna biru gelap itu menghentikan langkah kakinya. Kepalanya ditolehkan, melihat suasana di dalam kelas itu.

"Uh? Dia buat apa tu?"




















✏️


















Jaemin menghempas perlahan buku latihannya di atas meja. Jiae mengangkat kepala perlahan sebaik sahaja dia merasakan itu. Dengan keberanian yang tinggi, dia melihat raut wajah Jaemin yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Sepanjang Jaemin mula menukar tempat duduknya dengan Haeun, dia tidak berani sedikit pun untuk mengangkatkan kepalanya. Matanya hanya mampu tertumpu pada buku latihannya sahaja dan telinga yang hanya fokus mendengar bait bait penerangan daripada si guru.

Setelah dia berjaya mengangkatkan wajahnya kini, Jiae baru sedar bahawa hanya tinggal mereka berdua sahaja di ruangan itu. Gadis itu tiba tiba terkejut melihat kertas kerja karangan miliknya yang diambil oleh Jaemin secara tiba tiba.

Lupakan apa yang Jaemin fikirkan sebelum ini, sekarang dia mahu mengikut campur di dalam semua urusan gadis itu.

Siapa suruh cari hal dengan dia?

"Hei! Awak buat apa tu?!"

Jiae ingin menarik kembali kertas karangannya tetapi cepat cepat dihalang oleh Jaemin. Dengan serta merta, kertas milik Jiae yang berada di tangan lelaki itu dikoyakkan berkali kali.

"Na Jaemin!"

Jiae menjerit tidak percaya melihat Jaemin yang dengan senang hati mengoyakkan kertas kerjanya yang akan dihantar pada sesi kelas seterusnya. Manakala Jaemin terhenti selepas mendengarkan jeritan yang diberikan kepadanya.

"Kau berani panggil nama penuh aku? Huh?" ujarnya perlahan lalu senyuman sinis diukirkan di bibir. Matanya tertuju tepat pada cebisan cebisan kertas di atas meja kini.

"Oh? Dah habis aku koyakkan. Maaf" sambungnya selamba dan cebisan itu ditolakkan ke meja milik Jiae yang kini masih lagi terkaku.

Gadis itu seakan akan tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan oleh Jaemin terhadapnya. Hampir luluh jantungnya melihat kerja yang disiapkan olehnya sepanjang malam tadi.

Jaemin?

Dia menyambung kembali membaca buku pelajarannya setelah itu. Apa pun prestasinya sebagai pelajar cemerlang harus dikekalkan.

Jahatnya Jaemin.
















✏️
















"Jiae? Awak tak buat kerja saya?"

Jiae hanya menundukkan kepalanya sahaja sebelum menggeleng perlahan. Semua mata di dalam kelas itu sedang tertuju khas kepada Jiae kecuali Jaemin. Lelaki itu juga menundukkan kepalanya, sambil menyembunyikan senyuman jahatnya.

"Maaf cikgu. Saya tak ingat" perlahan sahaja suara Jiae tetapi itu tidak membuatkan semua yang berada di dalam kelas sunyi itu tidak mendengarnya.

Guru itu bercekak pinggang sambil menunjukkan reaksi marahnya.

"Kerja ni saya dah bagi minggu lepas. Apa yang buatkan awak lupa? Seteruk teruk Yangyang, dia pun buat walaupun hanya separuh. Awak tak buat langsung?" tanya cikgunya sekali lagi masih menaruh harapan untuk Jiae.

Jiae menggeleng.

Dia sungguh takut untuk mengatakan hal yang sebenarnya berlaku. Bukan dia tidak tahu, lelaki di sebelahnya kini sedang berpuas hati dalam diam melihat dirinya yang dilayan sebegitu rupa.

"Jiae, saya minta maaf. Tetapi kalini saya terpaksa denda awak. Jangan buat macam ni lagi" kata si guru dalam nada yang kecewa.

"Baiklah cikgu—saya minta maaf" jawab Jiae lalu menundukkan hormat kepada gurunya sebelum mula melangkah keluar ke pintu kelas.

Sempat matanya bertentang dengan milik Jaemin yang seperti ingin mengatakan sesuatu. Kepala lelaki itu diserongkan dan menggerakan bibirnya menyebut 'byebye' kepada Jiae sebelum dia menghilang daripada penglihatannya.

Haeun juga terpaku dibuatnya melihat kepergian si sahabat.

"Habistu, kerja yang dia buat malam tadi tu apa?" tanya dia seorang diri.

Mark disebelah Haeun hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tahu yang Jaemin sedang berpuas hati sekarang. Tetapi buat masa ini, dia tidak mahu mengikut urusan mereka terlebih dahulu. Matanya kini difokuskan kepada sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

Namun,

Bukan Haeun sahaja, Haechan juga terkilan.

"Eoh? Apa yang dia dah buat dekat si sleeping beauty tu?" tanya Haechan.

Renjun mengangkat kedua dua bahunya. Setelah melihat kejadian yang berlaku tadi, Renjun mula mencapai sebiji gula gula yang khas dibawa oleh Haechan sekotak untuk mereka berdua. Gula gula itu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Selalunya gadis gadis yang senasib dengan Jiae, sepatutnya akan hanya dibiarkan sahaja oleh Jaemin selepas sesi yang berlaku di tandas kemarin. Jaemin ialah orang yang tidak berminat untuk meneruskan perlakuan perlakuan seperti ini.

Tetapi, kenapa sekarang dia nampak seperti begitu berminat dengan gadis itu?

"Tak tahu. Biarkan dia, aku nak tengok apa lagi yang dia boleh buat"
















.

okay lepas ni kita balas dendam! buli jaemin cukup cukup biar padan muka !

terima kasih!

salam sayang daripada saya ''

JAEMIN ✔︎Where stories live. Discover now