Drama : Pulang

1.6K 104 23
                                    

Setelah habis meminum hot choco itu, Boboiboy pun sambung menolong Ochobot membersihkan kokotiam itu. Boboiboy sapu daun kering di sekeliling kokotiam dan kumpulakannya di satu tempat. Sambil sambil tu, dia siap berangan menyanyi atas pentas lagi. Dia guna batang penyapu sebagai microfon.

Boboiboy : Ku duduk sendiri~~~~~ bercakap dengan buLANNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!

PLAK!!!

Ha, tak pasal pasal kepala Boboiboy kena ketuk dengan buku yang Ochobot guna untuk ambil pesanan pelanggan. Tebal noh. Mananya tak tebal kalau hari hari berpuluh pelanggan datang setiap hari, sampai satu hari tu dia kena mengadap drama pasangan pergi lamar satu sama lain sebab nak khawin.

Ochobot : Dah kenapa tetibe menyanyi ni? Suara kau tu dah lah macam Ular tercekik Kambing!

Boboiboy : Alahhhhhh nak berseronok sikit pun tak boleh. Kacau semangat betul lah Ochobot ni!

Ochobot : Dah dah dah! Sambung sapu daun kat belakang sana pulak. Dah macam taman daun kering aku tengok!

Boboiboy : Hm.... yelah tuanku.

Dengan malasnya, Boboiboy berjalan ke arah belakang rumah Tok Aba. Memang betul cakap Ochobot. Daun kering bertebaran sana sini, sampai dah tak ada jalan nak pijak. Macam taman daun kering! Boboiboy siap ternganga lagi tengok seberapa banyaknya daun kering dekat sana.

Boboiboy : Paisapa banyak sangat ni?! Bukannya ada banyak sangat pokok pun kat belakang rumah ni!

Boboiboy melihat ke arah rumah jiran merka yang hanya dipisahkan oleh pagar kayu.

Boboiboy : Ni mesti kerja pakcik jiran sebelah ni. Haih..... kenalah sapu semua~

Boboiboy pun mula menyapu daun daun kering itu dengan malasnya. Siapa je rajin nak sapu semua daun kerin, PENUH belakang rumah, SORANG SORANG!!! Ochobot mana? Tengah kira berapa untung dia dapat hari ni. Boboiboy yang nak tolong sangat kan? Ochobot bagilah kerja sapu daun kering.

Skip time, setelah dua jam sapu daun kering, akhirnya satu kawasan rumah Tok Aba, BERSIH! TIP TOP! Boboiboy pulak dah terlentang atas tanah sebalh timbunan daun kering yang dah menggunung. Ochobot pun kembali semula ke Boboiboy setelah menyimpan semua benda di tempat sepatutnya.

Ochobot : Hah, siap dah?

Boboiboy : Habis tu..... yang menggunung..... macam Gunung Kinabalu kat tepi aku ni APA?!?!

Ochobot : Eh eh, jangan marah. Aku tanya je. Hah, kerja kau tak siap lagi.

Ochobot menggunakan kuasanya, dan membuat sebuah portal kecik, yang Manusia setinggi Boboiboy tak muat nak masuk. Kalau kecik macam tu tak de lah kuras banyak sangat tenaga, hehe.

Ochobot : Hah, pi sodok semua daun kering ni kedalam portal ni hah. Tak boleh nak bakar smeua daun kering ni, pencemaran alam!

Boboiboy pun hanya mampu menangis tak berlagu bila kena sambung buat kerja balik. Apalah nasih.

Boboiboy pun mula menyodok semua daun kering tu satu persatu sodokkan ke dalam portal kecil itu.

Boboiboy : Huhuhu..... apalah nasib dapat boss sementara macam ni~


💖

💖

💖

💖

💖

Selepas 30 minit, Boboiboy pun berjaya menyodok kesemua daun daun kering itu masuk kedalam portal. Ochobot pun menutup portal itu.

Nak tahu portal tu membawa ke mana? Luar angkasa.

(Alien : %$_£¥£^/:&!;(◇◇♤¤♤♡》▪︎[[>>¤? (Apa benda yang terapung banyak kat luar sana tu?)

Setelah selesai semuanya, Boboiboy pun masuk ke dalam rumah, capai tuala dan nak mandi. Dah bau macam taik gajah dah badan Boboiboy!

Selesai mandi, Boboiboy pun baring di atas sofa, kepenatan. Walaupun dah mandi, kelihatan masih ada lagi beberapa titis peluh tertinggal di dahi budak bertopi dino itu.

Boboiboy's POV

Haiiiihhhhh, apalah nasib kena bagi kerja banyak macam tu. Kalau aku tahu kena buat kerja banuak macam ni, dah lama aku cabut balik rumah terus!

Tapi, takpe lah. Perkara dah berlalu. Bukannya selalu. Sekurang kurangnya, aku dapat tolong Ochobot.

.....................

Kenapa sunyi sangat ni?

Haihhhhh. Tok Aba tak de, Ochobot tengah cas bateri. Tinggal aku sorang jelah, huhuhuhu. Single sangat ke hidup aku ni.

Nak buat benda, tak ada satupun yang best. Semua game Papa Zola semua aku dah tamatkan. Kerja sekolah, sekolah tahun ni dah tamat! Nak tengok TV, tak de siaran best hari ni. Hm..... tengok youtube jelah-

Eh? Apa tu?

Boboiboy's POV end

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Tapi, tiba tiba, Boboiboy mendengar bunyi seperti enjin kereta masuk ke dalam pekarangan rumahnya. Suaranya kuat, jadi, jelaslah yang kereta tu berada betul betul di depan rumah Tok Aba.

Boboiboy : Hm? Siapa tu?

Boboiboy pun membetulkan rambutnya yang dah kusut masai tahap rupa macam sarang burung itu, dan mula berjalan ke arah pintu rumah.

Pintu rumah dibuka, memperlihatkan cahaya yang datang dari kereta itu. Kereta Xpander maroon, hohoho.

Kelihatan 2 tubuh manusia dewasa keluar dari dalam kereta itu. Walaupun wajah samar samar akibat cahaya kereta, Boboiboy boleh cam siapa mereka. Air mata mula mengalir setitis demi setitis sehingga menjadi air mata air dari mata coklat gelap miliknya.

Boboiboy  M-MAKKKKK!!!! AYAHHHHHH!!!!

Boboiboy berlari ke arah mereka berdua, dan memeluk mereka berdua serentak. Sosok Maknya, mengelus lembut kepala anak lelakinya itu. Dengan nama diberi Aisyah, Aisyah membongkok separas tinggi anak lelakinya itu.

Aisyah : Hai Boboiboy. Lama tak jumpa.

Boboiboy : M-Mak! A-Ayah! Kenapa dah 3 tahun tak lawat Boboiboy! Boboiboy rindu Mak dan Ayah tahu tak!

Amato : Maafkan Ayah dan Mak Boboiboy.

Mereka berdua memeluk tubuh anak lelaki mereka dengan erat setelah 3 tahun tidak bertemu. Air mata membasahi baju kedua pasangan suami isteri itu. Tapi, mereka membiarkannya, membiarkan anak mereka melepaskan rindu yang telah dipendam lama.

Memang Boboiboy ada cakap yang merkea pernah rancang nak pergi ke Pahang, tapi semua tu di dalam telefon sahaja. Punya lah Boboiboy bersemangat, mengemas barang setiap kali itu dan menunggu kedua ibu bapanya pulang, tapi harapannya hancur setiap kali itu juga. Sehingga, sudah 3 tahun dia tidak mampu berjumpa dengan kedua ibu bapanya secara berhadapan.

Amato : Dah dah sayang. Jom masuk rumah dulu.

Boboiboy : *lap air mata dengan lengan baju dia* O-ok.....




923 perkataan

My Overprotective BrotherWhere stories live. Discover now