Bab 24

930 32 5
                                    

Kepala Hoodie dipakai di kepalanya. Darius memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Masuk saja ke dalam Mansion, semua konco Darius menunduk kepala hormat pada sang ketua. Muka Darius beku tanpa apa-apa reaksi.

" Welcome Master." tunduk konco Darius.

Darius masuk ke dalam bilik bawah tanah bersama konco-konconya. Tidak lupa juga, Darren kini berada di belakang Darius. Berjujuran mereka beratur membentuk bulat. Di tengah pula Forbio yang siap sedia telah diikat kedua kaki dan tangannya.

" Hye..." sapa Darius sinis.

Tersungging senyum senget Darius melihat anak mata ketakutan milik lelaki tua itu. Darius culik Forbio bersebab. Musuhnya telah merancang untuk memecah masuk syarikatnya. Semua informasi dia dapat dari Darren. Darius ketawa sinis. Kelakar bila ingat balik Darius telah berbaik dengan Darren atas sebab dia telah lepaskan lelaki itu. Kebanggaan bagi Darius apabila Darren menculik lelaki itu dengan kadar yang cepat. Tak adalah membazir masa Darius. Darius tahu Forbio mahu jatuhkan syarikatnya. Lelaki tua itu tak pernah putus asa. Dah bagi peluang untuk hidup pun, masih juga menganggunya. Mungkin Forbio belum kenal Darius siapa bukan?

" Da'rus tolong lepaskan aku. Kau salah faham. Aku masuk pejabat kau untuk bertemu muka dengan engkau. Bukan berniat buruk terhadap engkau." tipu Forbio dengan raut wajah yang sengaja disedihkan. Menagih simpati daripada Darius.

" Aku ada hadiah untuk kau." Darius memberi isyarat pada konconya.

Dalam beberapa minit, sebuah sangkar diletak elok di depan lelaki tua itu. Darius akan pastikan Forbio suka dengan hadiahnya ini. Itu janjinya. Cara menunjukkan lelaki itu suka adalah dengan jeritan. Kalau menjerit, itu sudah menjawab setiap dari bicara lelaki itu bahawa lelaki itu sukakan hadiahnya. Tak sabar pulak Darius nak tunjuk hadiah ini. Haih!

" Kau nak tahu ini apa?" Darius mengambil kerusi dan duduk di depan lelaki tua itu.

Dengan anak mata kosong Darius menatap lelaki tua itu. Tak ada jawapan dari pertanyaannya itu. Anak mata itu masih fokus pada sangkar yang telah ditutup dengan kain. Pasti Forbio dah tak sabar bukan?

" Kau tahu Inland taipan?"

Berkerut dahi Forbio. Tidak mengerti apa yang cuba Darius sampaikan. Darren yang ada beberapa meter dari Darius kelihatan tersenyum. Menakutkan sekali senyuman itu.

" Inland taipan...Oxyuranus microlepidotus" Darius menggantungkan seketika ayatnya. Dikerling Forbio. Lelaki itu diam mendengar setiap bait katanya.

" Also commonly known as the western taipan, the small-scaled snake or the fierce snake, is a species of extremely venomous snake in the family Elapidae. The species is endemic to semi-arid regions of central east Australia." Terbuntang mata Forbio.

Gelisah tidak menentu tubuh itu. Terketar-ketar tangan Forbio. Forbio cuba melarikan diri. Tapi sayang, lelaki itu tetap ada di atas kerusi itu. Tak dapat lari dengan keadaan Forbio yang terikat sebegini.

" Jangan buat aku begini. Tolonglah... Aku janji. Aku takkan ganggu kau dah. Tolonglah... Jangan buat aku macam ni. Aku mohon..." rayu Forbio dengan anak mata berkaca. Dah dapat bayang andai ular yang dikatakan Darius keluar nanti. Sungguh Forbio takut.

" A single bite of Inland Taipan is 110 mg and the venom is so toxic that just one bite is enough to kill at least 100 human adults. Depending on several factors a bite if left untreated as the potential to kill someone in as little as 30 to 45 minutes." jelas Darius panjang lebar.

आप प्रकाशित भागों के अंत तक पहुँच चुके हैं।

⏰ पिछला अद्यतन: Nov 11, 2023 ⏰

नए भागों की सूचना पाने के लिए इस कहानी को अपनी लाइब्रेरी में जोड़ें!

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें