SYA 1

367 42 18
                                    

Vote dan comment,
Jangan tahu baca saja.
Belajar cara menghargai.
Maaf typo!

"Renjun,kau dah siapkan kerja matematik minggu lepas?" soal seorang lelaki kepada sahabatnya.

Lelaki yang bernama Renjun itu mengangguk dan tersenyum.

"Kenapa?Nak tiru lagi?" soal Renjun seakan-akan faham soalan kawannya itu.

Lelaki bernama Jaemin itu menggaru lehernya dan tersengih. Renjun hanya menggeleng seraya mengeluarkan buku dari beg sekolahnya.

"Nah. Ingat, Na. Dalam periksa, kau tak boleh meniru." pesan Renjun. Jaemin mencebik dan menyambut huluran Renjun.

Jaemin menyelak dahulu beberapa helai muka surat sebelum membetulkan posisi duduknya dan mula menyalin jawapan Renjun.

Dasar.

"Meniru saja kerja kau. Bila nak pandai?!" sergah seorang lelaki yang entah dari mana muncul. Jaemin yang kusyuk menyalin jawapan daripada buku Renjun terkejut dan hasilnya, Jaemin terconteng buku Renjun.

Bukan sikit, tapi satu muka surat digaris dan terhenyuk sedikit. Gara-gara lelaki yang bernama Lee Jeno.

Jaemin membulatkan matanya dan perlahan-lahan menoleh ke arah Renjun dibelakangnya dan Renjun juga dari tadi menatap belakang Jaemin.

"Mian...aku t-terconteng buku k-kau...." Ujar Jaemin sebaik sahaja dia dan Renjun saling beradu tatapan.

Renjun awalnya nak marah, tapi bila difikirkan balik apa gunanya?

"Ni semua salah Jeno!Dia punca!" ujar Jaemin cuba untuk membela diri.

"Aik, aku pula?" soal Jeno tak mengaku salahnya.

"Sudah terang lagi bersuluh cahaya matahari kau yang buat aku terkejut!" Balas Jaemin tak puas hati.

"Eh,yang kau nak terkejut sangat dah kenapa?Aku buat sikit je kot. Ei..." ujar Jeno.

"Salah kau!"

"Kau!

"Ka- Ish sudahlah!" Renjun mencelah untuk menghentikan pergaduhan dua sahabatnya itu.

"Sakit telinga aku dengar korang bergaduh tahu tak?!Ei macam budak-budak. Aku tenyeh dengan cabai naya ja korang berdua ni," kata Renjun berleter memarahi Jaemin dan Jeno.

"Dia yang mula dulu."

"Tak,engkau dulu!"

"Kau!"

Renjun mengeluh. Nasib kawan, kalau tidak memang dia tendang keluar dari kelas ni.

"Ya Tuhan! Berhentilah wahai manusia...sudah, pasal buku tu biarkan. Nanti aku pandai-pandailah bagitahu cikgu. Semua ni salah aku,kalau aku tak bagi buka dekat Jaemin, mesti semua ni tak akan jadi dan kau, Jaemin. Kalau kau tak minta buku dari aku maka buku aku tak akan terconteng dan kau, Jeno. Salah kau juga sebab buat dia terkejut dan hasilnya buku aku yang jadi mangsa. Jadi semua ni salah kita bertiga. Berhenti bergaduh dan minta maaf cepat!" kata Renjun panjang lebar.

Jaemin dan Jeno memandang antara satu sama lain sebelum Jeno menghulurkan tangannya mahu meminta maaf kepada Jaemin,"Aku minta maaf,aku janji tak buat lagi," ujar Jeno.

"Erm, aku pun!" balas Jaemin tak kalah dengan Jeno."Hug?" soal Jaemin dan Jeno mengangguk.Mereka berdua pun berpelukan.

Renjun yang menyaksikan gelagat dua manusia itu hanya tersenyum.

"Kau nak peluk juga?" soal Jeno pada Renjun sebaik sahaja pelukan dia dan Jaemin terlerai.

Renjun menggeleng laju tanda tidak mahu.

"Jangan malu kalau kau nak," ujar Jaemin seraya bangun dari duduknya dan menghampiri Renjun, begitu juga Jeno.

"Aku tak mahu gila!" kata Renjun tegas tapi Jaemin dan Jeno tak endahkan.

1
2
3

"Arrghh!!!" Renjun menjerit nyaring sebaik sahaja kedua tubuh besar itu memeluknya.

Sungguh dia tidak menyukai skinship dari mulanya garis persahabatan mereka bertiga.

Tapi bila sudah dua orang yang menyukai skinship dan seorang lagi benci akan skinship,siapa yang menang?

Renjun pastinya kalah.

Tenang sahaja, mereka bukannya gay.Hanya beberapa ketul kentang yang terjual di pasar.

Hahah maaf.

Pernah dengar tentang persahabatan?

Ya, itulah mereka.
Persahabatan yang diwarnakan dengan gelak tawa dan air mata.

Seperti sehelai kain putih yang bersih namun tiba-tiba kain putih tersebut diwarnakan oleh pelbagai jenis warna. Tapi hanya satu warna yang mereka mahu elakkan,warna hitam.

Bohonglah kalau mereka bertiga tak pernah bergaduh. Tapi pergaduhan tersebut selalunya terjadi antara Jaemin dan Jeno manakala Renjun menjadi orang tengah yang meleraikan pergaduhan tersebut.

Mereka bertiga datang dari keluarga yang berada. Tapi sejujurnya, mereka bertiga tak pernah memilih untuk dibuat kawan.

Jaemin dan Jeno merupakan murid paling terkenal disekolah mereka. Renjun pun tak kalah terkenal cuma dua sahabatnya itu lebih menonjol. Tak disangkal lagi ketampanan mereka bertiga.Memang kacak!

Setiap persahabatan yang mempunyai tiga orang sahabat pasti salah seorangnya akan terasa dipinggirkan.Tapi tak bagi mereka bertiga.

Tak pernah mengabaikan dan diabaikan.

Lee Jeno.
Mempunyai keluarga yang kaya dan dipenuhi kasih sayang.Terdiri dari papanya,Lee Donghae dan mamanya Lee Yuri.Mempunyai seorang adik perempuan berumur 11 tahun.

Eye smile miliknya mampu membuatkan para gadis berterbangan di udara.Dia memilik sifat yang sukar diduga.Kadang manja,kadang mengada-ngada kadang tegas.Begitulah.

Na Jaemin pun terlahir dalam keluarga yang bahagia.Dia anak tunggal jadi dia memang manja dengan ibu bapanya.Na Siwon dan Na Yoona

Kacak.Galak seperti Jeno tapi dia ada sifat introvert bila dengan orang lain kecuali Renjun dan Jeno.

Huang Renjun.
Anak kedua daripada empat adik beradik.Tak seperti Jeno dan Jaemin, keluarganya tak sebahagia keluarga itu.Mungkin keluarganya tapi bukan dia,Renjun.

Anak yang disisihkan kerana dituduh menjadi punca suatu kemalangan.

Kita dah terlalu jauh dari tempat kita bermula,kan? - SYA

Kita dah terlalu jauh dari tempat kita bermula,kan? - SYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TBC
Vote juseyoo~

(C)See You Again [Huang Renjun]Where stories live. Discover now