H.H - 01

383 28 22
                                    

Suasana kelas yang begitu bising tiba-tiba menjadi senyap apabila seorang yeoja berwajah dingin dengan tiba-tibanya masuk ke dalam kelas dalam keadaan yang marah. Semua pelajar fokus kearah orang itu yang sedang menuju ke belakang kelas.

Satu kerusi ditarik lalu duduk disebelah seorang namja yang sedang meletakkan kepalanya diatas meja. Dalam 1 minit Siyeon diam tidak berbuat apa-apa dan seterusnya tangannya naik menarik rambut namja tersebut sehingga timbul suara meringis kesakitan. Dia hanya memaparkan senyuman sinisnya sahaja.

"Sakit?" Soal Siyeon datar.

"Kau nak apa?"

Belum sempat namja yang di kenali sebagai Yeonjun itu bangun dari tempatnyanya, tiba-tiba ada sepasang tangan menahan bahunya dari belakang dan membuatkan dia kembali duduk. Kepalanya menoleh kearah yeoja tersebut lalu kembali menatap Siyeon.

"Aku nak apa? Aku sepatutnya tanya soalan tu dekat kau. Apa kau nak? Apa kau dah buat kat kereta aku bodoh?"

Marah Siyeon. Geram betul bila dapat tahu tayar depan keretanya bocor dicucuk paku. Sesi persekolahan belum sentuh 5 jam lagi tau, ini dia dah dapat berita buruk tentang keretanya. Siapa lagi yang buat kalau bukan namja berambut hazel ni? Terlalu banyak mata-mata yang tengok kejadian tersebut sehingga dia dapat kenal pasti siapa pelakunya.

"Apa motif kau buat huh? Siapa suruh kau buat? Soobin?" Soal Siyeon.

"Bukan aku!"

"Yah!"

Pipinya ditampar pelan. Dah buat tak nak mengaku pulak tu. Bagus sangatlah tu perangainya. Rambutnya semakin ditarik.

"Aku tanya lagi sekali, siapa suruh kau bu--"

"Lim Siyeon!"

Tiba-tiba satu suara berat memanggilnya. Tangannya lepas dari rambut Yeonjun lalu menoleh ke hadapan kelas melihat seorang namja yang di gilai ramai orang. Namja itu bertubuh tegap, berbaju kemeja putih, lengan baju dilipat sedikit dan dihiasi vest hitam serta berseluar hitam. Rambutnya digayakan ala retro iaitu belah tengah namun masih kelihatan cool di depan semua orang. Belum lagi ditambah beg silang yang melekat di badannya.

PERFECT!

Tapi tidak untuk Siyeon. Namja yang sedang menatapnya itu adalah cikgu paling dia benci. Kenapa? Sebab dialah cikgu yang suka denda pelajar walaupun kesalahannya sekecil kuman. Siapa je suka dekat cikgu macam tu?

Siapa lagi kalau bukan Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai Sir Kim. Seorang cikgu bahasa Inggeris yang berhati batu, tiada belas kasihan dan kedekut senyuman.

Walaupun banyak kekurangan, dia tetap menjadi cikgu paling popular disekolah sebab mempunyai wajah yang maskulin dan bertubuh tegap. Hanya itu yang buatkan dia popular. Tapi masih tak boleh kalahkan Jeon Jungkook a.k.a cikgu sukan. Cuba bayangkan kalau dia pendek dan gemuk, mesti makin dibenci. Paras rupanya menyelamatkan dia dari dibenci oleh pelajar.

"Awak buat apa dekat kelas saya?" Soal Taehyung sambil sebelah tangan mencekak pinggang.

Siyeon bangun dari tempatnya. Tidak ada jawapan yang keluar dari mulutnya melainkan melangkah keluar melalui pintu belakang kelas. Taehyung hanya memerhatikan sahaja dengan tatapan dinginnya.

"Choi Yeonjun." Panggil Taehyung.

"Yes sir." Jawab Yeonjun.

"Apa dia nak?" Soal Taehyung.

"Molla." Jawab Yeonjun.

"Jeongmal? Jawab jujur atau lari padang 3 pusingan tanpa kasut?" Soal Taehyung begitu datar. Takde riak muka langsung.

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now